Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masalah Milenial? Anak Ketagih Internet

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 4:18PM

Pantau anak-anak ketika melayari internet. Gambar: Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kehidupan masa kini, penggunaan internet dan telefon pintar sudah menjadi kemestian buat masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Namun kemudahan internet jika tidak diawasi di peringkat awal, boleh mendatangkan gejala yang tidak baik kepada kanak-kanak. Malah ia juga boleh memberi pengaruh sosial yang tidak selamat. 

Anda sebagai orang dewasa, khususnya ibu bapa, bertanggungjawab penuh dalam memantau penggunaan internet di kalangan kanak-kanak (3-12 tahun) dan anak remaja di bawah usia 18 tahun ini. Memastikan mereka selamat semasa melayari internet adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. 

Rangkaian media sosial seperti Facebook, Youtube atau Twitter menjadi wadah baru bagi golongan milenial ini berkenalan secara maya. Ia cara generasi mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, mereka tidak terlepas daripada ancaman dan risiko yang sedia ada di internet, yang juga boleh menggangu-gugat keselamatan mereka.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

5 tip melindungi anak-anak bawah umur di atas talian

1 – Pengawasan

Prinsip utama dan paling asas adalah kanak-kanak tidak boleh sesekali dibiarkan melayari internet atau peranti mudah alih tanpa pengawasan. Mereka mungkin lebih mahir tentangnya berbanding orang dewasa. Namun anda tetap perlu memastikan peraturan dan masa, bila dan di mana mereka boleh menggunakannya. 

2 – Bincang

Salah satu perkara penting yang perlu dilakukan adalah memulakan proses perbincangan tentang keselamatan di atas talian bersama anak-anak sedari usia muda, terutamanya apabila mereka mula melakukan aktiviti yang melibatkan internet.

Jauhi aplikasi, video dan permainan yang bersifat ganas (yang melampau) dan melalaikan. Terangkan fungsi sebenar internet selaras dengan perkembangan terkini. Bimbing mereka mengurus masa semasa melayari internet.

Gambar: Robo Wunderkind, Unsplash
Gambar: Robo Wunderkind, Unsplash

3 – Manfaatkan

Jadikan penggunaan internet sebagai perkara yang boleh mendatangkan manfaat ke dalam diri mereka. Dengan mengambil nilai-nilai murni, mereka dapat merasai kebaikan untuk perkembangan diri mereka. Pantau laman sesawang yang dilawati, video Youtube yang ditonton dan aplikasi yang dimuat turun. 

4 – Sempadan

Menetapkan sempadan dan mengadakan perbincangan yang bersesuaian mengikut umur secara terbuka tentang aktiviti di atas talian mereka. Perkara ini berupaya memupuk minda mereka untuk lebih belajar tentang kelebihan internet serta menyedari akan bahaya internet jika disalahguna.

5 – Nasihat

Nasihat terbaik yang boleh diberikan kepada ahli keluarga, anak-anak dan rakan-rakan adalah, “Jika kamu enggan melakukannya secara berhadapan, jangan lakukannya di atas talian.” - Getaran, 3 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Semasa 7 bulan yang lalu

11.8 Juta Penduduk Guna Data Mudah Alih Bagi Akses Internet

3

Politik 8 bulan yang lalu

Kerajaan Janji Harga Internet Lebih Murah Menjelang September - Fahmi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Internet Lebih Murah Mudahkan Urusan Harian Rakyat

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled