Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Hantaran Twitter Menarik Kala Rakyat Malaysia Berdebar Tunggu Siapa PM Ke-10

Apapun, banyak hantaran dan ciapan menarik dan lucu yang telah dimuat naik di Twitter saat rakyat Malaysia menunggu keputusan yang mendebarkan ini sehingga menjadi trending.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 7:00PM

Petugas media berkumpul di luar Istana Negara semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, rakyat Malaysia masih menanti dengan penuh debaran tentang siapakah pilihan Perdana Menteri Ke-10 yang bakal memegang tampuk kerajaan baharu.

Ia menjadi topik yang cukup hangat diperkatakan sehingga menjadi trending di ruang platform media sosial di Twitter Malaysia.

Lebih-lebih lagi apabila pengumuman yang sepatutnya dibuat pada Isnin lalu masih lagi ditunda sehingga ke hari ini. 

Bermacam-macam komen menarik telah dilontarkan netizen dan rata-rata telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila pengumuman masih Perdana Menteri Malaysia Ke-10 masih belum dibuat.

Namun, pada masa yang sama mereka juga terpaksa akur bahawa mereka perlu menghormati keputusan dan proses yang perlu dilaksanakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan pihak Istana Negara.

Apapun, banyak hantaran dan ciapan menarik dan lucu yang telah dimuatnaik di Twitter. Getaran telah memilih lima hantaran dan ciapan yang benar-benar meraih perhatian: -

Seorang pengguna sosial @spicysangs menggunakan beberapa foto Mr Bean dengan kapsyen: “menunggu untuk mereka mengumumkan Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Pengguna @thefnma132 pula mencuit hati apabila memuat naik gambar sebuah kereta Honda yang tertera plat nombor kereta PM 10.

Dia menulis kapsyen: Rasmi, Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Menggunakan foto seorang badut, @LoneReRanger menulis: “Rakyat Malaysia menyemak telefon mereka setiap dua saat untuk mengetahui perkembangan Perdana Menteri Ke-10 #GE15.

Pengguna twitter @nueizz ini memilih gambar beberapa manusia yang mungkin telah sekian lama menunggu sambil berpayung sehingga menjadi tulang rangka.

Kapsyennya berbunyi: “Rakyat Malaysia yang menunggu keputusan Perdana Menteri Ke-10”. 

Lawak sungguh mime yang dimuatnaik pengguna @zikrizameri apabila dia menggunakan gambar penyanyi terkenal, Taylor Swift dan rapper Nicky Minaj.

“Keputusan rasmi: Emeritus Datuk Dr Tayloriah Swiftis menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 bersama  Datin Nickiah Minajah yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,” tulisnya.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Gara-Gara ‘Salah Petik’, Wanita Pertikai Rukun Negara Terima Kecaman 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerap Suruh Pelanggan ‘Bergelek’ Punca ‘Zaitoun’ Disita? 

3

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

4

TARA 8 bulan yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 23 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran