web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elon Musk Selesai Beli Twitter Bernilai US$44B, Pecat Eksekutif Kanan

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 3:07PM

Elon Musk (kanan) telah menyelesaikan pemerolehan US$44 bilion Twitter selain memecat tiga eksekutif kanan utama syarikat, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Parag Agrawal (kiri) - Gambar AFP/Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk menyelesaikan pemerolehan US$44 bilion Twitter selain memecat tiga eksekutif kanan utama syarikat dan bersedia untuk merangka hala tuju baharu laman sesawang microblog itu, menurut beberapa laporan.

Selain memuktamadkan pembelian itu dan menambah syarikat baharu kepada portfolio teknologinya yang luas, Musk menjadikan Twitter sebagai syarikat persendirian dan membayar pemegang saham harga lebih tinggi daripada asal sebanyak US$54.20 sesaham, lapor agensi Anadolu.

Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan Vijaya Gadde, ketua dasar undang-undang, amanah dan keselamatan, dipecat, lapor The Washington Post memetik sumber.

Penasihat Am Twitter Sean Edgett juga dipecat, menurut Washington Post.

Penyelesaian perjanjian itu membawa kepada penamatan tindakan undang-undang dari Twitter yang berusaha untuk memaksa Musk menyelesaikan tawarannya selepas beliau cuba mengingkari perjanjian itu.

Musk pada awal Khamis memberi isyarat bahawa perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam tempoh yang singkat, menukar bio Twitternya kepada "Chief Twit" dan menulis panjang lebar -- mengikut piawaian Twitter -- yang memberi jaminan kepada pengiklan bahawa beliau tidak mahu laman sesawang itu "percuma-untuk-semua."

Beliau telah lama mengambil pendekatan lebih tegas terhadap kebebasan bersuara, namun dalam mesej yang ditujukan kepada pengiklan, beliau berjanji untuk meneruskan dasar Twitter bagi mengawal pelbagai kandungan termasuk ucapan benci dan ancaman keganasan.

"Saya memperoleh Twitter kerana tamadun masa depan perlu mempunyai dataran bandar digital yang sama, dengan pelbagai kepercayaan boleh dibahaskan secara sihat tanpa menggunakan keganasan," tulis Musk. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

2

Politik 2 tahun yang lalu

'Ada Ura-Ura Saya Bakal Dipecat' - Isham

3

TARA 2 tahun yang lalu

Berita Elon Musk Cipta Robot Wife Satu Penipuan, Namun Adakah Ia Mustahil

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN