web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Unit Pertama Isuzu Giga Prime Mover Generasi Baharu Dimiliki Xinsteel 

Model kenderaan yang dimiliki ini akan digunakan untuk mengangkut kepingan besi Xinsteel kepada pelanggan di seluruh negara .

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 6:00PM

Majlis penyerahan unit pertama Prime Mover GIGA EXZ460 6x4 kepada pembeli pertamanya Xinsteel Sdn. Bhd. - Gambar Isuzu Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat pengilang kepingan besi yang berpangkalan di Klang, Xinsteel Sdn. Bhd. telah membeli dan menerima unit pertama prime mover GIGA EXZ460 6x4 bertransmisi manual baru-baru ini.

Ia merupakan Isuzu GIGA Prime Mover generasi terkini yang baharu sahaja dilancarkan dan Xinsteel Sdn. Bhd juga telah menempah dua lagi unit model GIGA sebagai unit tambahan.

Ia akan diserahkan dalam tempoh dua bulan lagi dan ketiga-tiganya dibeli menerusi pengedar sah Isuzu iaitu SV Prestige Sdn. Bhd.

Model kenderaan yang dimiliki ini akan digunakan untuk mengangkut kepingan besi Xinsteel kepada pelanggan di seluruh negara.

Prime Mover GIGA EXZ460 6x4 - Gambar Isuzu Malaysia
Prime Mover GIGA EXZ460 6x4 - Gambar Isuzu Malaysia

Isuzu GIGA EXZ460 juga merupakan sebahagian daripada rangkaian model Prime Mover generasi baharu yang menawarkan kuasa kuda dan prestasi lebih baik. 

Ia dijana oleh enjin 15.6-litre 6WG1 dengan piawaian emisi Euro 3 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 460 kuasa kuda.

Tampil dengan pelbagai ciri untuk operasi yang optimum, trak GIGA baharu dilengkapi meter paparan LCD bersaiz empat inci baharu pada papan pemuka. Ia memaparkan maklumat- maklumat penting seperti gear, kawalan jelajah, brek, meter penjimatan bahan api, tolok suhu air dan banyak lagi. 

Maklumat tersebut dikategorikan ke dalam empat seksyen paparan iaitu bantuan pemandu, transmisi, utiliti dan paparan yang sentiasa dihidupkan. Ruang kabin yang lebih baik dan ergonomik pada trak GIGA dan ia dipasang dengan tali pinggang keledar yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Jerman ISRINGHAUSEN. 

Kini kenderaan model Isuzu sedang dipertingkatkan lagi untuk pelbagai model sama ada jentera berat seperti trak pikap untuk kegunaan penghantaran barang mahupun kenderaan gaya hidup (SUV) dengan pelbagai kelebihan. - Getaran, 17 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nombor Pendaftaran Kenderaan Pertama Malaysia Kelihatan Di Klang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidiladha: Polis Jangka Sejuta Kenderaan Masuk Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN