web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nombor Pendaftaran Kenderaan Pertama Malaysia Kelihatan Di Klang

Kini nombor tersebut dimiliki oleh Sultan Selangor dan dipasangkan pada kenderaan mewah dalam koleksi baginda

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 8:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan adalah antara ciri-ciri yang wajib dipaparkan di depan dan belakang kenderaan sama ada kereta, motosikal, lori dan seumpamanya.

Penggunaan nombor pendaftaran yang diseragamkan di negara ini bermula sejak selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kerana sebelum itu, kereta yang dibawa masuk didaftarkan mengikut pentadbiran negeri.

Claude Henry Laboory, pemiliki asal nombor pendfataran pertama Malaysia. - gambar Aplikasi X: @AzrenPutra
Claude Henry Laboory, pemiliki asal nombor pendfataran pertama Malaysia. - gambar Aplikasi X: @AzrenPutra

Baru-baru ini, viral sebuah kenderaan jenama Roll Royce dengan nombor pendaftaran kereta A1 kelihatan berada di atas jalan raya di sekitar Klang.

Ia dipercaya adalah nombor pendaftaran pertama diseragamkan di Malaysia dan nombor tersebut asalnya dimiliki serta didaftarkan oleh seorang lelaki British bernama Claude Henry Laboory, seorang kontraktor dan arkitek di Ipoh, Perak.

Walaupun mengikut sejarah pada tahun 1902, seorang peniaga bernama Eu Tong Sen telah diiktiraf sebagai pemilik kenderaan bermotor yang pertama di Malaysia namun Henry direkodkan sebagai individu pertama yang berjaya mendapat nombor A1 tersebut.

Nombor plat kenderaan semasa zaman pemerintahan Jepun. - gambar Iluminasi.com
Nombor plat kenderaan semasa zaman pemerintahan Jepun. - gambar Iluminasi.com

Ketika sistem nombor pendaftaran diseragamkan dan lebih sistematik pada 1945 selepas British kembali ke Tanah Melayu, Perak diberikan penghormatan untuk menggunakan abjad A berikutan kereta pertama dibawa masuk adalah di negeri itu.

Berikut adalah urutan huruf yang ditetapkan ketika itu untuk setiap negeri dengan Selangor memperoleh abjad B, Pahang C, Kelantan D dan seterusnya:

D- Kelantan, J- Johor, K- Kedah, KV- Langkawi, L- Labuan, M- Melaka, N- Negeri Sembilan, P- Penang, R- Perlis, S- Sabah, T- Terengganu, Q- Sarawak, W- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) manakala H untuk nombor pendaftaran teksi dan Z pula khas bagi kegunaan tentera.

Maka, gambar yang menunjukkan nombor pendaftaran A1 itu kini milik Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dipasang pada kereta mewah dan klasik dalam koleksi kenderaan milik baginda. – Getaran, 18 September 2023

Sumber: iluminasi.com

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad