Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sediakan Payung Sebelum Hujan! Rancang Perjalanan Bersama Maxim E-Panggilan

Perkhidmatan e-panggilan Maxim tampil menawarkan harga berbaloi walaupun tempatan dilakukan ketika cuaca buruk.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 5:00PM

Maxim bantu kurangkan kesesakan lalu lintas - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula bulan ini sehingga Disember hadapan, Malaysia akan melalui musim tengkujuh di mana purata taburan hujan akan meningkat. Kebanyakan negeri di Malaysia mengalami hujan pada setiap hari terutama pada waktu petang. 

Ini bermakna, bandar-bandar besar akan mengalami kesesakan trafik yang luar biasa memandangkan ramai yang lebih selesa memandu kereta untuk mengelakkan diri daripada dibasahi hujan. 

Bahkan, mereka yang biasanya menunggang motosikal juga akan bertukar membawa kereta (sekiranya mereka mempunyai kereta) dan ada juga sesetengah daripada mereka menggunakan perkhidmatan e-panggilan. 

Satu perkara yang kita tahu, setiap kali hujan lebat atau banjir kilat berlaku di sana-sini, caj perkhidmatan e-pengguna pasti akan melonjak naik, dan ini sudah pasti membebankan pengguna. 

Gambar ihsan Maxim Malaysia
Gambar ihsan Maxim Malaysia

Menyedari situasi ini, perkhidmatan e-panggilan Maxim tampil menawarkan harga berbaloi walaupun semasa musim hujan. Pengguna juga dapat mengetahui kos perjalanan semasa membuat pesanan di aplikasi, walaupun ketika cuaca buruk atau kesesakan lalu lintas.

Penumpang juga boleh mendapat akses terus ke tempat yang diletak (pin location) di dalam aplikasi dan Maxim e-panggilan akan terus ke destinasi, tidak perlu lagi menunggu bas atau pengangkutan yang lain dalam keadaan basah kerana hujan.

Berhubung ini, pihak Maxim Malaysia mengambil inisiatif dengan mencadangkan beberapa langkah atau cadangan yang boleh digunakan oleh pengguna Maxim e-panggilan:

Membuat pesanan awal di aplikasi Maxim dan berhubung dengan bakal pemandu anda - Pilih tarikh dan masa yang anda mahu di bahagian pra-tempahan, di mana penumpang akan diberi akses untuk berhubung terus dengan pemandu yang akan menjemput.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Hubungi rakan untuk berkongsi kenderaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Penumpang Maxim juga boleh menambah dua alamat penghantaran di mana pemandu akan menghantar penumpang ke dua alamat yang berbeza dengan satu perjalanan. 

Pengguna juga boleh membuat pesanan penghantaran barang dan makanan menggunakan aplikasi Maxim ketika cuaca buruk, ini kerana Maxim Malaysia juga mempunyai kereta penghantar. Jadi pengguna tidak perlu risau tentang risiko barang rosak akibat hujan.

Seperti yang dicadangkan, Maxim Malaysia percaya langkah-langkah ini boleh memudahkan urusan penumpang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan menggunakan perkhidmatan e-panggilan, anda juga sebenarnya telah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas. 

Perkhidmatan e-panggilan Maxim ini boleh didapati di kebanyakan bandar-bandar utama di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Ingat! sediakan payung sebelum hujan. - Getaran, 13 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Rangka ‘Blue Print’, Tubuh Badan Khas Kawal Selia Pekerja E-Hailing, P-Hailing

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Keselamatan Sosial Pekerja E-Hailing, Kerajaan Rancang Wujud Akta - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MOT Seboleh-Bolehnya Tidak Mahu Campur Tangan Isu Kadar Tambang Lantai E-Hailing

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki