web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lenovo Perkenal Komputer Riba Terbaharu Untuk 'Gamers'

Nampaknya para 'gamers' boleh tersenyum dengan kehadiran komputer riba terbaharu Lenovo. Di sini kami kongsikan perincian mengenai model terbaharu ini.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komputer riba permainan biasanya menawarkan prestasi dan spesifikasi yang hebat dibandingkan dengan komputer desktop yang lain. Sebagai salah satu syarikat teknologi terkemuka di dunia, Lenovo sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan gamers di seluruh dunia. 

Menurut Pengurus Besar, Lenovo Malaysia, Varinderjit Singh, mereka hadir dengan teknologi gajet terbaharu iaitu Lenovo Legion 5 Pro dan Lenovo Legion 5 AMD yang memberi fokus kepada gamers di Malaysia.

"Tak kisahlah sama ada anda baru berjinak-jinak dengan dunia permainan video atau sudah mempunyai pengalaman, Lenovo sentiasa komited untuk membawa teknologi pintar bagi memberi pengalaman permainan video yang lebih baik. 

“Kami berhasrat memberikan prestasi yang optimum untuk semua pengguna kami dengan menawarkan peranti yang akan meningkatkan gaming anda,” kata Varinderjit.

Apa yang menarik mengenai model terbaharu ini, adalah Lenovo Legion 5 Pro dan Lenovo Legion 5 AMD disokong oleh Legion Ultimate Support yang baru. Modul Lenovo Legion 5 Pro dikuasakan oleh Mobile Processor AMD Ryzen 7 5800H dan NVIDIA GeForce RTX 3070 GPUs bagi menyediakan permainan yang mampu bertindak balas dengan pantas untuk membantu pengguna mengejar kejayaan kejuaraan eSports.

Bukan itu sahaja, komputer riba ini mempunyai kecerahan sehingga 500 nits, paparan IPS 16 inci yang mempunyai kadar penyegaran (refresh rate) 165Hz yang membuatkan pengguna dapat melihat skrin dengan lebih jelas.

Manakala bagi modul Lenovo Legion 5 AMD juga tidak kurang hebatnya apabila tampil dengan gaya minimalis. Komputer riba ini dilengkapi dengan Mobile Processor AMD Ryzen 7 5800H terbaru yang dilengkapi  dengan NVIDIA GeForce RTX 3060 GPUs. Paparan skin model ini pula, IPS 15.6 inci dan mempunyai kejelasan warna sRGB 100 peratus bagi memastikan permainan nampak lebih menarik.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan modul ini, Lenovo menawarkan promosi pra-pesanan yang menarik. Promosi ini akan dijalankan dari sekarang hingga 18 April 2021. Bukan itu sahaja, pembeli berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,000 seperti TTRacing Surge Gaming Chair, Steam Wallet Voucher bernilai RM200 dan barangan eksklusif Legion. 

Berikut adalah harga pra-pesanan:

1.    Lenovo Legion 5 Pro (harga bermula dari RM6,799)

2.    Lenovo Legion 5 AMD (harga bermula dari RM6,099)

Promosi ini boleh didapati di mana-mana pengedar Lenovo yang sah seperti kedai rasmi Lenovo (Lazada dan Shopee), kedai e-Eksklusif Lenovo (Lazada NBP dan Shopee TMT) dan kedai rasmi NVIDIA (Lazada). - Getaran, 14 April 2021



 

Berita Berkaitan

1

Indie 3 tahun yang lalu

Legion Wakili Suara Harapan Rakyat Tentang Ahli Politik Gila Kuasa Dalam Single Haprak 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Xbox Mengumumkan 5 Permainan PC Terbaharu

4

Teknovasi 5 tahun yang lalu

Honor MagicBook 15 Lebih Kompak, Berkuasa

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi