web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Honor MagicBook 15 Lebih Kompak, Berkuasa

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersempena pelancaran jualan rasmi komputer riba Honor MagicBook 15 di seluruh negara bermula 13 Mei lalu, pembeli berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM300 yang merangkumi sebuah beg galas komputer riba, tetikus bluetooth dan kotak hadiah Honor.  

Komputer riba itu turut dilancarkan bersama gelang pintar Honor Band 6 dan pembeli boleh mengunjungi Honor Experience Stores di seluruh negara untuk mendapatkannya. Selain itu, pembeli juga boleh dapatkan gelang pintar itu di platform Lazada Honor Flagship Store dan Shopee Honor Official Store.

Berbanding dengan model komputer riba terdahulu, Honor MagicBook 15 memberi prestasi lebih cekap kerana menggunakan pemproses terbaru Generasi 11 Intel Core i5 serta WIFI-6 yang tidak menimbulkan masalah lengah ketika menggunakan aplikasi persidangan video dan audio mahupun sewaktu membuat kerja. Ia sesuai dimiliki pengguna yang melakukan tugasan pejabat seharian termasuk pelajar kerana perlu meluangkan masa yang panjang di hadapan skrin.

Skrin paparan penuh bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 X 1080 komputer riba ini turut diperakui persijilan ‘Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland’ selain tidak berkelip. Ciri berkenaan melindungi kesihatan mata daripada cahaya biru, sekaligus memastikan pandangan mata pengguna lebih selesa serta tidak berasa penat.

Komputer riba ini mempunyai daya ketahanan baik kerana dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium serta telah melalui pelbagai ujian makmal menjadikannya tidak mudah tercalar jika terhentak pada permukaan keras.

Honor MagicBook 15 dipasangkan memori 16GB RAM DDR4 dan storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD manakala kad grafik menggunakan Intel Iris Xe Graphics. Komputer riba ini seringan 1.56kg dan senipis 16.9mm memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana saja. 

Selain itu, komputer riba ini turut dimuatkan teknologi pengecasan pantas 65W yang disokong USB jenis C. Baterinya mampu mencapai 46% selepas pengecasan selama 30 minit. 

Honor MagicBook 15 dijual pada harga RM3699, manakala HONOR Band 6 berharga RM189. Ia boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey. - Getaran, 26 Mei 2021.


 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

3

Teknovasi 11 bulan yang lalu

HONOR 400: Telefon Kelas Pertengahan Serba Hebat Yang Mesra Poket

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

HONOR Lancar Barisan Produk Untuk Gaya Hidup Pintar 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi