web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Antara Negara Paling Tinggi Berbual Tentang K-Content, ‘Snowdrop’ K-Drama Paling Banyak Diciap

Di Malaysia, ‘Snowdrop’ merupakan K-Drama yang paling banyak diciap pada tahun ini, diikuti dengan ‘Twenty Five Twenty One’ serta ‘Business Proposal’ di tempat kedua dan ketiga.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 4:17PM

Gambar ihsan Data Internal Twitter

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demam K-Content tidak pernah reda. Bahkan semakin hangat. Daripada K-Pop, K-Drama, K-Movies, hingga ke webtoon dan banyak lagi, Twitter merupakan tempat perbualan K-Content berlaku.

Setelah berkembang dengan pesat di rantau Asia, K-Content kini berada di peringkat global dengan negara-negara di Eropah, Amerika Utara, malah Peru menjadi antara 20 negara teratas yang paling banyak membuat ciapan tentang K-Content setakat tahun ini. 

Sejajar dengan perkembangan perbualan K-Pop, bilangan Tweet tentang K-Content telah meningkat sebanyak 546 peratus  sepanjang 10 tahun lalu .

Ketua Global Perkongsian K-Pop & K-Content di Twitter, Yeon Jeong Kim, memberitahu peminat dari seluruh dunia menerajui globalisasi K-Content dengan menyertai perbualan berkaitan di Twitter dalam masa nyata (real-time). 

"Komuniti K-Pop di Twitter sungguh bersemangat dan kami dapat melihat budaya fandom yang kuat ini akan terus berkembang, termasuk dengan pelbagai K-Content. Peminat dari seluruh dunia menerajui globalisasi K-Content dengan menyertai perbualan berkaitan di Twitter dalam masa nyata. Di mana sahaja anda berada, apa sahaja yang anda tonton, orang ramai boleh bercakap mengenainya di Twitter.” 

Meskipun tujuh daripada sepuluh negara teratas yang paling banyak membuat ciapan tentang K-Content adalah negara-negara Asia, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom, Mexico, Kanada, Perancis, Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Peru turut menyertai perbualan berkaitan K-Content di seluruh dunia. Malaysia pula berada di kedudukan ke-7 di dunia. 

Persilangan aktiviti bintang K-Pop turut mendorong minat masyarakat dunia untuk mengikuti pelbagai kandungan K-Content. Sebagai contoh, kemunculan bintang K-Pop Kim Se-Jeong dalam K-Drama ‘Business Proposal’, Lee Jun-Ho dalam K-Drama ‘The Red Sleeve’, Lee Ji-Eun (IU) dalam filem ‘Broker’, dan Ok Taec-Yeon dalam filem ‘Hansan: Rising Dragon’ menyumbang kepada lonjakan Tweet dalam kalangan peminat di seluruh dunia. 

K-Drama bertajuk ‘Our Beloved Summer’ merekodkan Tweet paling banyak pada hari original soundtrack dari BTS, V bertajuk ‘Christmas Tree’ dikeluarkan. Manakala K-Drama berdasarkan webtoon seperti ‘All of Us Are Dead’ dan ‘Our Beloved Summer’ membawa kepada perbualan tentang kedua-dua drama dan kandungan webtoon asalnya. 

Di Malaysia, ‘Snowdrop’ merupakan K-Drama yang paling banyak diciap pada tahun ini, diikuti dengan ‘Twenty Five Twenty One’ serta ‘Business Proposal’ di tempat kedua dan ketiga.

Di peringkat global, K-Movie yang paling banyak diciap setakat tahun ini ialah ‘Broker’. Filem itu menarik perhatian dengan pelakon Song Kang-Ho, pemegang anugerah pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Cannes. K-Movie seperti ‘HUNT’ dan ‘The Witch: Part2. The Other One’ ialah K-Movie yang kedua dan ketiga paling banyak di Tweet di dunia.

Sertai perbualan K-Content yang berlangsung di seluruh dunia dalam masa nyata, #OnlyOnTwitter. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

3

TARA 2 tahun yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Saingan Baharu Twitter, Threads Melepasi 10 Juta Pengguna, Kata Zuckerberg

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN