Berita Terkini

2 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 2 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 2 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 2 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


‘Ruang Cikgu’, Platform Pembelajaran Atas Talian Untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

Platform pembelajaran atas talian 'Ruang Cikg'u mengumumkan pelancaran rasmi sistem khas bertujuan untuk membantu mempermudahkan pelajar TVET di seluruh negara.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform pembelajaran atas talian Ruang Cikgu mengumumkan pelancaran rasmi Learning Management System (LMS) untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dinamakan RC TVET bermula hari ini, 7 April 2021.  

Dengan cabaran pembelajaran secara digital, platform ini dilancarkan bertujuan untuk membantu mempermudahkan pelajar TVET di seluruh negara mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi atas talian agar lebih tersusun dan teratur melalui platform tunggal yang lancar.

Pelancaran ini sejajar dengan rangka Tindakan Ekonomi Digital Nasional, MyDigital yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, kerana kerajaan ingin menjadikan pendidikan lebih mudah diakses oleh lebih ramai pelajar di seluruh negara. 

Dengan matlamat untuk mensasar 500,000 pekerjaan baru melalui rangka Tindakan Ekonomi, ekonomi digital sekaligus menyumbang kepada 22.6% KDNK Malaysia menjelang 2025. Terdapat keperluan untuk lebih banyak lagi tenaga mahir yang dilengkapi teknikal untuk menuju era digital Malaysia. 

RC TVET bertujuan untuk menyediakan kaedah untuk mencapai matlamat ini melalui platform semua-dalam-satu. Dalam menghadapi norma baharu, ia tertumpu kepada usaha penyusunan semula metodologi dalam penyampaian pembelajaran bagi kedua-dua institusi kemahiran awam dan swasta (ILKA/ILKS). 

RC TVET berupaya melaksanakan potensi ini melalui kerjasama erat dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia.

 “Kami gembira dapat melancarkan RC TVET, penyelesaian yang telah kami usahakan dengan teliti sejak menyedari jurang dalam sistem TVET semasa. COVID-19 telah memberi komplikasi sistem pembelajaran dan kami mendapati bahawa sudah tiba waktunya untuk memperkenalkan solusi yang akan membantu ratusan ribu pelajar di seluruh negara bersama tenaga pengajar yang telah berjuang menyampaikan pengajaran mereka.”

“Melalui kepakaran ‘in house’ pakar IT anak tempatan, platform siap pakai kami berjaya dibina untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk sepenuhnya mendigitalkan bahagian teori TVET untuk pelajar.”

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Majlis TVET Nasional (MTVET) yang baru dilancarkan untuk memanfaatkan RC TVET demi kepentingan pelajar dan pendidik TVET dalam memaksimumkan potensi bakat digital Malaysia,” ujar Ketua Pegawai Ekeskutif Ruang Cikgu, Latt Omar Shariman.

Tenaga pengajar TVET juga mendapat banyak manfaat kerana RC TVET dilengkapi dengan ciri-ciri untuk memastikan guru TVET dapat menyampaikan pembelajaran dengan lebih efisien walaupun ketika keadaan runcing akibat pandemik.”

Antara salah satu batasan pembelajaran atas talian melalui platform yang tersedia seperti Google Hangouts atau Zoom adalah apabila ia memerlukan kelas secara langsung dengan kekangan internet pada waktu tertentu.

Ini menyukarkan pelajar dan guru kerana masih banyak isi rumah di Malaysia masih menghadapi masalah penggunaan internet yang terhad. Penyelesaian yang ditawarkan oleh RC TVET adalah rakaman kelas, menjadikan kandungan dipilih mengikut permintaan dan tersedia untuk difahami oleh pelajar secara fleksibel. 

Antara isu lain ialah kurangnya penyertaan dan ketidakhadiran pelajar – masalah utama yang perlu ditangani untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi peperiksaan mereka. Ini diselesaikan melalui sistem Pengesahan Kehadiran Pelajar RC TVET di mana soalan berdasarkan masa diajukan pada selang masa tertentu untuk memastikan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam setiap pelajaran.

 RC TVET menyediakan semua ciri ini dan lebih banyak lagi di papan pemuka mesra pengguna untuk pendidik dan pelajar TVET. Matlamat utama adalah untuk membantu kemajuan kemahiran digital Malaysia pada tahun mendatang, kerana institusi TVET menjadi semakin penting dalam memperkembangkan tenaga pekerja berkemahiran tinggi dan mahir digital. 

Dalam usaha meningkatkan pengalaman belajar untuk semua pendidik dan pelajar TVET, Ruang Cikgu menawarkan platform RC TVET secara percuma sehingga setahun kepada semua institusi TVET yang diiktiraf di Malaysia.  

Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana RC TVET memudahkan cara pembelajaran digital untuk rakyat Malaysia pada hari ini dan masa hadapan melalui kursus TVET di https://www.rctvet.com/ - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 hari yang lalu

Tindakan Undang-Undang Bukan Penyelesaian Tunggal Isu Keciciran Pelajar

2

Semasa 2 hari yang lalu

60 Syarikat Gergasi, Multinasional Diminta Tampung Pembiayaan TVET - Anwar

3

Pendidikan 6 hari yang lalu

Ahmad Zahid Saran Majikan Bayar Gaji Minimum RM3,000 Kepada Graduan TVET

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepimpinan Negara Mahu Lihat Aspek Adab, Akhlak, Integriti Diutamakan

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

oleh Wartawan Hiburan Getaran