Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Honor 70 Mengejutkan Pengguna Telefon Pintar Dengan Harga Dan Teknologi Yang Ditawarkan

Untuk segmen teknovasi hari ini, mari ikuti ulasan penulis mengenai model terbaharu telefon pintar Honor 70.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Aug 2022 6:22PM

Honor 70 dijual pada harga RM1,999 dengan beberapa varian warna. - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan menawarkan ciri-ciri hebat pada bahan binaan badan peranti serta teknologi kamera yang canggih, tak siapa pun akan menyangka bahawa telefon pintar Honor 70 dijual pada harga yang cukup berbaloi iaitu RM1,999. 

Ya, pasti berita ini akan membuatkan ramai pengguna setia jenama Honor berasa terkesima dan tidak sabar untuk memilikinya selepas model baharunya ini dilancarkan minggu lepas.

Lebih setahun yang lalu, jenama telefon pintar daripada China ini telah pun melancarkan model Honor 50 dan sejak itu, ia dilihat rancak bersaing dengan jenama lain untuk memancing pengguna di pasaran.

Untuk segmen teknovasi hari ini, mari ikuti ulasan penulis mengenai model terbaharu telefon pintar Honor 70.

Bahagian kamera utamanya mempunyai teknologi Penderiaan Super IMX800 yang pertama di Malaysia.
Bahagian kamera utamanya mempunyai teknologi Penderiaan Super IMX800 yang pertama di Malaysia.

Melihat badan peranti model ini, Honor 70 menampilkan sesuatu yang mengerlip bersama gabungan warna yang menarik.

Rekaan luarnya dibina dengan corak yang diinspirasikan daripada gelas kristal dan kilauan berlian. 

Ia menggunakan teknologi tekstur tiga kali ganda dan dwi lapisan yang mampu membiaskan bayangan seakan-akan kilauan berlian, sekali gus menjadikan ia tampak elegan dan mewah.

Pada bahagian kameranya pula, dipasangkan resolusi sebanyak 54 MP untuk kamera belakang (Utama), 50 MP mod ultra lebar dan 2 MP untuk mod kedalaman, manakala 32 MP untuk lensa kamera mod swafoto. 

Hebatnya peranti ini, pada bahagian kamera utamanya mempunyai teknologi Penderiaan Super IMX800 yang pertama di Malaysia.

Justeru ia menghasilkan gambar yang cantik dan lebih terperinci menerusi kecanggihan sensor IMX800. 

Selain itu, baterinya memiliki kuasa 4800mAh dengan sistem pengecasan 66W yang mampu memberikan kadar pengecasan sebanyak 60 peratus dalam masa 20 minit. 

Honor 70 mempunyai beberapa varian warna termasuk hitam.
Honor 70 mempunyai beberapa varian warna termasuk hitam.

Telefon pintar bergaya ini boleh dikatakan mempunyai berat yang ideal.  Apa tidaknya, dengan berat 176 gram, ia mudah dibawa ke mana-mana sama ada digenggam atau disimpan di dalam poket serta beg tangan.

Kesimpulannya, penulis merasakan Honor 70 ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia memiliki teknologi yang berada di tahap yang baik dengan harga kurang dari RM2,000. 

Anda boleh mendapatkannya dengan varian warna `hitam tengah malam', 'hijau zamrud,' 'biru ais' dan 'perak kristal' untuk storan 128GB 8GB RAM. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 23 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran