web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Google Lancar Gemilang Bantu Rakyat Malaysia Peroleh Kemahiran Digital

Di bawah program 'Gemilang', 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google akan ditawarkan untuk membantu rakyat Malaysia mengembangkan kemahiran digital dan mendapatkan akses kepada pekerjaan permintaan tinggi.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 7:10PM

Marc Woo bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Google telah melancarkan program latihan digital baharu iaitu "Gemilang" untuk membantu rakyat Malaysia mengembangkan kemahiran digital dan mendapatkan akses kepada pekerjaan permintaan tinggi. 

Pengarah Urusan Google Malaysia Marc Woo berkata di bawah program itu, 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google akan ditawarkan melalui rakan kongsi tempatan termasuk institusi pendidikan, rakan industri dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bagi mendapatkan sijil tanpa sebarang kos. 

Google juga telah membentuk konsortium majikan untuk menghubungkan pencari kerja daripada program Gemilang dengan bakal majikan yang mengiktiraf kelayakan tersebut. 

"Inisiatif Sijil Kerjaya Google tersedia kepada semua rakyat Malaysia untuk memperoleh kemahiran teknologi dalam enam bidang seperti analisis data, sokongan IT, automasi IT, pengurusan projek, reka bentuk UX termasuk pemasaran/e-dagang," kata Woo pada pelancaran Gemilang di Kuala Lumpur hari ini. 

Google Cloud bekerjasama dengan Universiti Tenaga Nasional dalam menawarkan kurikulum latihan Google Cloud untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknikal dalam pengkomputeran awan serta mempersiapkan mereka bagi kerjaya dalam analisis data, pembelajaran mesin dan pembangunan aplikasi.

"Laporan oleh AlphaBeta mendapati bahawa teknologi digital jika dimanfaatkan sepenuhnya boleh menghasilkan sehingga US$257.2 bilion (US$1=RM4.45) nilai ekonomi setiap tahun di Malaysia menjelang 2030," katanya. 

Woo juga berkata data oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia menunjukkan kekosongan jawatan digital Malaysia mencecah hampir tiga kali ganda setakat April tahun lepas.

"Laporan oleh PricewaterhouseCoopers mendedahkan 88 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau bersedia mempelajari kemahiran baharu atau dilatih semula agar kekal relevan untuk bekerja pada masa akan datang. 

"Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi mendapati bahawa kemahiran digital yang paling mendapat permintaan di negara ini adalah analisis data besar, pemasaran digital dan kecerdasan buatan," kata Woo.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam ucapannya, mengalu-alukan pelancaran Gemilang dan berharap lebih banyak alat dapat disediakan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam meningkatkan rantaian nilai mereka. 

Beliau berkata tanpa bakat, tidak ada negara yang mampu beralih kepada pendigitalan.

"Kami mengakui bahawa beberapa bahagian di Malaysia dan negeri-negeri yang kurang maju telah mencatatkan perbezaan dalam pertumbuhan ekonomi, jadi saya menyokong sepenuhnya apa yang anda (Google) lakukan untuk memimpin orang ramai, mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dan mendapatkan pertumbuhan yang lebih adil, ini amat mengagumkan. 

"Kami perlu memastikan bahawa pertumbuhan ini dikongsi oleh semua rakyat Malaysia. Jadi, kami menggalakkan apa sahaja yang anda buat untuk mengurangkan jurang berkenaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Salah Tukaran Ringgit-Dolar AS, Google Malaysia Mohon Maaf

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pendapatan Iklan: Organisasi Media Jadi Teraju, KKD Sedia Bantu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan