Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin teknovasi minggu ini dimulakan dengan projek terbaharu daripada Xiaomi yang diberi nama "Own My Voice” diikuti dengan penambahan jentera motosikal jenama Royal Enfield yang boleh dibeli melalui platform Dreamshop.

Kemudian sebuah teknologi terbaharu dipraktikkan di dalam mesin pembuat kopi yang dipanggil Nespresso Momento Coffee serta dron pertama tahan pelanggaran daripada Flyability. 

Akhir sekali, pembukaan sebuah kedai runcit gajet Thunder Match Technology Sdn. Bhd. Di Pavilion Bukit Jalil. 

Xiaomi “Own My Voice”

Xiaomi mengumumkan projek “Own My Voice” pada 19 Mei baru-baru ini yang boleh diakses oleh semua penggunanya. 

Projek ini khusus untuk membantu individu yang mengalami masalah komunikasi secara terus. 

Teknologi yang telah dibangunkan oleh Xiaomi Al Lab merupakan satu kaedah yang merujuk kepada sistem text-to-speech melalui penggunaan sistem integrasi AI (artificial intelligence)

Ia dilaksanakan menerusi sistem penghantaran pesanan ringkas yang ditaip dan ditukarkan kepada nada suara yang sesuai mengikut maklumat yang ditulis sejurus sahaja ia sampai kepada penerima. 

Terdapat 200 nada suara dicipta hasil daripada rakaman yang dibuat sebagai contoh suara yang boleh digunakan mengikut kesesuaian pengguna. 

Suara tersebut akan diproses dengan menggunakan teknologi digital yang ada pada Xiaomi dan ini sedikit sebayak membantu memudahkan pengguna telefon pintar dalam urusan seharian mereka. 

Secara dasarnya, projek ini telah mula dibangunkan sejak 2017. Namun hingga kini, ia masih lagi di fasa perkembangan dan masih tiada lagi maklumat terperinci bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi.

Dream Shop X Royal Enfield

Berikutan dengan kejayaan platform E-Dagang kategori automotif yang pertama di Malaysia ini dengan jenama skuter mewah Vespa kira-kira enam bulan lepas, Dreamshop meneruskan langkah dengan mengembangkan lagi platform mereka. 

Kali ini penambahan sebuah lagi jenama motosikal yang ikonik iaitu Royal Enfield disenaraikan.

Kerjasama ini diteruskan bersama Didi Group, pengedar rasmi jenama Royal Enfield di Malaysia dengan gabungan kolaborasi daripada syarikat perbankan Maybank. 

Dengan itu, Dreamshop bakal menjadikan platform ini  ideal bagi pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan model Royal Enfield baharu mereka. 

Bukan itu sahaja, mereka masih mengekalkan juga kerjasama dengan beberapa syarikat perbankan Malaysia yang lain seperti CIMB Bank, AmBank (M) Bhd, RHB Bank Bhd dan banyak lagi. 

Ia bagi memberikan peluang yang lebih luas kepada pengguna untuk mencapai impian memiliki motosikal ini. 

Terdapat lima model Royal Enfield yang ditawarkan dan jika anda membuat pembelian melalui Dreamshop, terdapat pelbagai tawaran tambahan yang boleh dinikmati oleh pengguna menerusi platform ini.

Nespresso Momento Coffee

Nespresso Momento Coffee adalah sebuah siri terbaharu mesin pembuat kopi keluaran Nespresso Professional yang dilancarkan pada 19 mei 2022. 

Ia diilhamkan daripada evolusi cara bekerja ketika musim COVID-19 ini melalui pemasangan beberapa ciri yang teknologi  yang baharu. 

Teknologi tersebut terdiri daripada ciri-ciri tanpa sentuh, kawalan menggunakan alat kawalan jauh, pembancuhan automatik dan pilihan skrin kunci. 

Ini merujuk kepada sebuah aplikasi khas yang dicipta dan dimuat turun melalui telefon pintar. 

Caranya, selepas sahaja meletakkan  kapsul kopi yang dikehendaki ke dalam ruang khas yang disediakan, pencipta kopi hanya perlu mengimbas kod bar yang terpapar di mesin pembuat kopi tersebut. 

Seterusnya ia sudah boleh dikawal dan pengguna boleh memilih jenis bancuhan minuman yang dimahukan dengan mengawalnya melalui telefon anda sahaja.

Jadi ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa dan di mana-mana saja anda berada.

Dron Tahan Pelanggaran Daripada Flyability

Dron merupakan sebuah gajet udara yang digunakan untuk membuat rakaman video dan foto dari udara serta menjadi hobi ramai masa kini. 

Jenama Flyability yang berasal dari Swiss ini telah memperkenalkan dron terbaharu mereka iaitu Elios 3. 

Siri dron ini dipasangkan teknologi tahan pelanggaran (collision-tolerant drone) yang pertama di dunia dan dilengkapi dengan sensor LiDAR untuk pemetaan 3D dalaman. 

Jika diteliti, reka bentuknya mempunyai rangka pelindung dari setiap sudut yang dapat mengelakkan badan peranti ini daripada berlanggar secara terus. 

Selain daripada mempunyai penstabilan yang terbaik di dunia, ia memiliki keupayaan mencipta gambaran model 3D pada waktu sebenar semasa dalam penerbangan. 

Tambahan pula, ia dilengkapkan dengan sensor Ouster OS0-32 LiDAR, membolehkan pemeriksaaan pengumpulan data dengan menggunakan perisian daripada rakan kongsi baharu Flyability, GeoSLAM. 

Cawangan Kelima Thunder Match Technology Sdn. Bhd. Di Pavilion Bukit Jalil

Akhir sekali, sebuah kedai peruncitan teknologi terbesar Malaysia TMT (Thunder Match Technology Sdn. Bhd.) telah mengumumkan pembukaan cawangan kelimanya di Pavilion Bukit Jalil. 

Ia dilancarkan pada 20 Mei baru-baru ini dan ini menjadikan jumlah keseluruhan cawangan kedai tersebut sebanyak 49 buah termasuk Megastore utamanya di seluruh negara. 

Dalam masa yang sama, syarikat ini juga meraikan ulang tahunnya yang ke-25 tahun selepas ia berkembang dengan kuat sejak pembukaan premis pertamanya di Plaza Imbi pada 1997. 

Pembukaan TMT yang baharu ini menawarkan pengalaman pembelian runcit eksklusif dengan rangkaian produk dan gajet yang berkualiti. 

Berikutan itu, TMT telah dianugerahkan sebagai premis "Kedai Berprestasi Terbaik", dan "Kedai Pertumbuhan Tertinggi" oleh rakan kongsi jenamanya yang lain. - Getaran, 25 Mei 2022



 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 10 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 15 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 6 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi