Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cari Pelekat Merah Jika Mahu Lebih Jimat

Kenali pelekat merah dengan jumlah bintang yang wujud pada pelbagai peralatan elektrik di negara ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 6:45PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjenguk ke kedai perkakasan dan peralatan elekrik, mungkin ramai menyedari kewujudan pelekat merah dengan jumlah bintang yang pelbagai di setiap produk.

Pelekat ini sebenarnya adalah Pelabelan Kecekapan Tenaga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memberi maklumat mengenai jumlah penggunaan tenaga setiap peralatan atau perkakasan elektrik dengan jumlah bintang lebih banyak bermaksud lebih jimat atau cekap dari segi penggunaan elektrik.

Secara logiknya, setiap peralatan atau perkakasan elektrik yang dipasang akan menyumbang kepada jumlah penggunaan tenaga dan kos bulanan yang perlu ditanggung.

Gambar: Laman web TNB
Gambar: Laman web TNB

Justeru, di sinilah pentingnya peranan pengguna itu sendiri untuk lebih peka dalam memilih peralatan yang jimat tenaga, kata Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S. Piarapakaran kepada Bernama.

Beliau berkata cekap tenaga bermaksud penggunaan tenaga lebih rendah tanpa mengganggu output aktiviti sesuatu alatan elektrik dan kini, sesuai dengan peredaran zaman, sememangnya terdapat banyak peralatan elektrik di pasaran dengan status cekap tenaga atau penarafan lima bintang daripada ST.

“Jika mahu jimat, pilih peralatan jimat tenaga dan berjimat cermat dalam menggunakannya. Contohnya, kurangkan tempoh mandi ketika menggunakan pemanas air atau tetapkan kapasiti kuasa kuda pendingin udara berdasarkan saiz bilik dan elakkan memasangnya di kawasan terbuka.

“Bergantung kepada amalan berjimat serta penggunaan peralatan cekap tenaga secara purata, julat penjimatan yang boleh dicapai ialah di antara lima hingga 15 peratus,” katanya.

Gambar: Laman web Suruhanjaya Tenaga
Gambar: Laman web Suruhanjaya Tenaga

Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya Profesor Dr Hazlie Mokhlis pula berkata peralatan dengan taraf cekap tenaga lima bintang ST, selain menggunakan tenaga elektrik yang kurang tanpa menjejaskan fungsinya, turut berfungsi dengan lebih baik.

Beliau berkata ini penting kerana berdasarkan satu kajian, hampir 40 peratus penggunaan tenaga di rumah didapati disumbangkan oleh perkakas elektrik yang asas di dapur seperti peti sejuk, ketuhar, ketuhar mikro dan cerek.

“Justeru pengguna disaran menggunakan peralatan cekap tenaga. Pengguna juga perlu bijak mengenal pasti keperluan penggunaan tenaga berdasarkan tiga faktor iaitu peralatan yang digunakan, bilangan alatan dan tempoh penggunaan,” katanya.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Selain itu, Hazlie berkata langkah mengaudit penggunaan tenaga sama ada di peringkat industri atau domestik membolehkan penggunaannya disemak lebih terperinci dan peralatan yang banyak menggunakan tenaga dikenal pasti.

“Pengguna perlu lihat dalam sebulan, banyak mana elektrik digunakan (berdasarkan bil) dan buat sedikit analisis untuk kenal pasti punca bil menjadi tinggi,” katanya.

Mengambil contoh daripada orang ramai, jurutera syarikat swasta How Han Leong, 32, berkata bagi menjimatkan elektrik, beliau lebih banyak memilih menggunakan peralatan elektrik dilengkapi teknologi inverter yang lebih efisyen dalam pengurusan tenaga.

Bagi suri rumah Siti Natirah Sulaiman, 41, yang memiliki tujuh anak, pengalaman menanggung bil elektrik yang tinggi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dua tahun lepas cukup memberi kesedaran kepada ahli keluarganya untuk lebih berdisiplin dalam menjimatkan penggunaan elektrik.

“Anak-anak juga sudah lebih peka… hanya gunakan peralatan jika perlu, misalnya tutup televisyen jika tidak menonton dan kurangkan bermain alat permainan video,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

3

Semasa 5 bulan yang lalu

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Gong Badak

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Guna Tenaga Elektrik

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi