Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Model Telefon Pintar Bawah RM1000

Tidak semua telefon pintar mahal. Kami cadangkan tiga telefon pintar mampu milik yang mungkin akan menarik minat anda.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kadang-kala sesetengah individu hanya menggunakan telefon pintar untuk tujuan tertentu sahaja. 

Namun kebanyakan telefon pintar pasti mempunyai pelbagai fungsi seiring dengan kemajuan teknologi yang dipasangkan pada peranti-peranti  ini. 

Kini, terdapat beberapa model telefon pintar yang menawarkan harga mampu milik mengikut keperluan pengguna.

Teknovasi hari ini berkongsi tiga model telefon pintar yang berharga di bawah RM1000.

Honor X7

Honor adalah sebuah jenama telefon pintar terkenal dari China. Salah satu siri  telefon pintar mampu milik mereka iaitu Honor X7 sudah boleh didapati bermula bulan April ini. 

Ia menampilkan reka bentuk bersaiz 167.6 x 77.2 x 8.6mm dan berat sebanyak 198g. 

Kameranya pula dipasangkan resolusi sebanyak 48MP (kamera utama), 2MP(ultra lebar) dan 2MP (kamera makro dan dalaman). 

Selain mempunyai kapasiti kuasa bateri sebanyak 5000mAh, ia juga menggunakan chipset Snapdragon 680 4G (6nm). 

Jadi ia masih sesuai untuk pemain tegar permainan dalam talian yang perlukan data yang besar namun masih dalam kadar kekerapan yang sederhana. 

Manakala kadar segar semulanya hanya memiliki 90Hz sahaja.  Tetapi kelebihannya, dengan kuasa bateri yang ada ia mampu digunakan dalam jangka masa yang agak lama. 

Mempunyai dua varian warna sahaja iaitu perak titanium dan biru laut, harga bagi seunit model ini hanya serendah  RM699 dengan storan 4GB RAM+128GB.

 Jadi ia mampu dimiliki dan  sangat disarankan untuk pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian.

Realme C3

Seterusnya ialah telefon pintar Realme jenama C3 yang juga berasal daripada China dan dilancarkan pada Mac 2022. 

Reka bentuknya mempunyai saiz 164.4 x 75 x 9mm dan beratnya pula 195g. 

Ia merupakan model yang mempunyai spesifikasi yang agak rendah namun ia masih dipasangkan dengan sistem teknologi terkini. 

Ia menggunakan chipset Mediatek Helio G70 (12nm) dan mempunyai 5000mAh kuasa bateri.

Ia juga dipasangkan dengan sistem android 10. 

Walau bagaimana pun, ia hanya mempunyai tiga bahagian kamera sahaja dengan resolusi kamera yang agak rendah iaitu  kamera hadapan (12MP), kamera dalaman (2MP) dan kamera swafoto (5MP). 

Masih sesuai untuk menstrim permainan dalam talian dan menangkap gambar serta merakam video namun kualitinya berada di tahap yang agak rendah. 

Dengan teknologi yang dipasangkan pada model ini, harga bagi seunit model hanyalah RM499 dengan storan 3GB RAM+32GB.

Ia datang dalam empat varian warna iaitu biru beku, merah menyala dan kelabu debu.

Honor X8

Sebuah lagi telefon pintar mampu milik adalah Honor X8. 

Ia menampilkan rekaan bentuk bersaiz 163.4 x 74.7 x 7.5mm dan beratnya lebih ringan iaitu 177g. 

Pada bahagian kamera, hanya lensa utama sahaja mempunyai resolusi yang agak tinggi iaitu 64MP. 

Namun, resolusi bagi  mod ultra lebar pula ialah 5MP manakala 2MP untuk mod kamera makro dan dalaman. 

Tambahan lagi, bahagian kamera swafoto pula memiliki resolusi sebanyak 16MP. 

Berbeza dengan X7, model ini mempunyai kuasa bateri yang lebih rendah iaitu sebanyak 4000mAh. 

Dengan menggunakan sistem android 11 Magic UI 4.2, Chipset yang ditanam dalam badan peranti pula adalah Snapdragon 680 4G (6nm). 

Jadi masih tidak mempunyai masalah untuk anda menggunakannya untuk menstrim permainan dalam talian, menangkap gambar dan merakam video. 

Akan tetapi perlu diingatkan, chipset ini juga sesuai untuk tahap penggunaan yang sederhana sahaja. 

Jadi jika anda memuat turun aplikasi atau permainan dalam talian yang banyak dan memakan data yang tinggi, ia kemungkinan akan melembabkan kelancaran sistem pada peranti tersebut. 

Menawarkan varian warna sebanyak  tiga jenis iaitu perak titanium, hitam malam dan biru laut, harga bagi seunit model ini dengan storan 6GB RAM + 128GB hanya bernilai RM899 seunit. - Getaran, 13 April 2022


 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN