web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Soulbond' Tanda Pencapaian Utama Industri Permainan Digital Malaysia

'Soulbond: Rebels Arise' adalah MMORPG (massively multiplayer roleplaying game) blok rantai tempatan pertama menggunakan non-fungible tokens (NFT).

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 9:03AM

Gambar: Soulbond.net

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri permainan digital Malaysia telah mencatat pencapaian besar dengan pelancaran Soulbond: Rebels Arise, MMORPG (massively multiplayer roleplaying game) blok rantai tempatan pertama menggunakan non-fungible tokens (NFT).

Kebanyakan rakyat Malaysia tentu tidak menyedari bahawa pelancaran itu merupakan detik bersejarah bagi industri permainan digital tempatan, terutamanya dari segi pembangunan permainan kerana ia merupakan permainan digital pertama seumpamanya yang dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Soulbond adalah cetusan idea syarikat Metabond, diketuai pengasasnya Datuk Clifford Hii, menggunakan kepakaran Jeremy Choo, pengasas studio pembangunan permainan, Ammobox dan pencipta permainan strategi digital Eximius.

“Banyak yang kami telah harungi untuk berjaya sampai ke tahap ini, bukan saja untuk syarikat kami, tetapi untuk komuniti pemain digital Malaysia dan juga sektor pembangunan permainan digital.

“Apabila orang bercakap mengenai permainan digital di Malaysia, e-sukan terlintas di fikiran. Orang ramai salah tanggapan bahawa  rakyat Malaysia hanya leka bermain permainan digital, mereka tidak tahu bagaimana untuk membangunkannya,” kata Hii semasa sidang media selepas pelancaran Soulbond, di Kompleks Beli-Belah PJPAC@ 1Utama.

Sementara itu, Jeremy Choo, yang tidak dapat menghadiri pelancaran itu, berkongsi bahawa antara cabaran paling sukar yang dihadapinya sebagai pemaju permainan digital tempatan adalah keraguan orang ramai tentang kebolehan syarikat Malaysia untuk menceburi bidang itu dengan baik.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

“Sebagai anak watan Malaysia yang terlibat dalam pembangunan permainan digital, saya sentiasa berbesar hati apabila kita dapat mencapai sesuatu projek yang bukan saja dapat menghiburkan pemain, tetapi juga membantu memajukan industri tempatan,” kata beliau.

Soulbond masih lagi dalam peringkat pembangunan, tetapi prajualan untuk koleksi NFT permainan pertamanya, Ren Empire, telah bermula dengan Student Privilege List pada 19 Mac, dan jualan umum akan bermula pada 27 Mac.

Metabond dijangka menawarkan empat lagi koleksi NFT permainan Soulbond tidak lama lagi sebelum permainan itu lengkap.

Soulbond, yang merupakan MMORPG blok rantai tempatan pertama menggunakan NFT, sebenarnya MMORPG kedua yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

MMORPG Malaysia yang pertama, Fung Wan Online, diterbit oleh Phoenix Games Studios dan dilancarkan pada 2003. Permainan itu ditutup tiga tahun berikutnya pada 2006. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN