web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sentuhan Dan Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22+

Penulis kami berkongsi pandangan pertamanya dan agak kagum dengan kamera ini.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini Samsung telah melancarkan siri terbaharu model telefon pintarnya iaitu Galaxy S22+ dan Getaran berpeluang mengulas prestasi peranti ini. 

Mari kita lihat sentuhan dan pandangan pertama penulis apabila menggunakan Samsung Galaxy S22+.

Sentuhan #1

Pada awalnya, penulis berasa teruja untuk membuka dan melihat model ini kerana dikatakan mempunyai prestasi yang luar biasa. 

Pihak Samsung menghantar model varian berwarna hijau. Dengan menggunakan sistem pengecas segera, ia mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk mengecas bateri peranti ini sehingga penuh.

Sentuhan #2

Semasa memegangnya, berat yang ditampilkan agak ideal. Soal penampilan fizikal pula, peranti berwarna hijau yang diberikan agak gelap dan tidak berapa menonjol apabila berada di bawah pancaran matahari. Jadi jika anda mahukan warna yang lebih menyerlah, penulis menyarankan untuk memilih warna putih, merah jambu atau biru kerana ia lebih menarik dan terang. 

Sentuhan #3

Sejurus ia siap dicas, penulis menekan butang hidup yang ada disisi telefon dan terus menguji bahagian kamera. 

Sentuhan #4

Penulis merasakan, kestabilan kamera telefon ini untuk menangkap gambar atau merakaml video berada di tahap yang baik dan imej yang jelas dapat dihasilkan. Kemudian jika anda menggunakan fungsi zum sebanyak 20 kali, ia akan mengeluarkan sebuah lagi paparan kecil di skrin bagi membimbing anda untuk melihat kedudukan objek yang sebenar. 

Sentuhan #5

Seterusnya untuk kelancaran kadar segar semulanya pula, penulis dapat merasakan kelancaran yang baik dan selesa apabila disentuh menggunakan jari semasa meleretkan jari pada permukaan skrin. Secara umum, peranti Samsung biasanya  tidak mempunyai masalah dan sentiasa memberikan kualiti yang baik terdapat sistem ini.

Jadi inilah pengalaman dan pandangan pertama bagi model Samsung S22+. Anda juga boleh melihat ulasan penuh oleh penulis terhadap model telefon pintar ini di portal Getaran.my. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

TARA 2 tahun yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Perhatian Strimer! Monitor Gaming OLED Ultragear LG Tampil Dengan Rekaan Skrin Melengkung 45 Inci 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden