web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melukis Secara Digital Seperti Lakaran Tangan

Peranti lukisan digital, Xencelabs Pen Tablet Medium memudahkan sesi penulisan dan lakaran secara digital untuk golongan profesional.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 8:58AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Xencelabs ditubuhkan oleh sekumpulan pereka kreatif profesional. Dengan semangat seni bersama, mereka merancang untuk membuat satu tanda aras baharu dengan mencipta peranti untuk melukis secara digital. Ia menggabungkan pancaindera manusia dengan inovasi teknologi bagi menghasilkan produk yang mesra pengguna dan progresif. 

Istimewanya, produk ini dikembangkan dengan kerjasama antara komuniti kreatif, termasuk pelukis, jurugambar, ilustrator, animator dan seniman produksi kreatif, agar ia bersesuaian dengan pergerakan dan perasaan semasa melukis dengan tangan. Ia memastikan keselesaan, penyesuaian, ergonomi dan keserasian yang optimum. 

Produk Xencelabs tersedia dalam dua konfigurasi berbeza. Antaranya Pen Tablet Medium dan Pen Tablet Medium Bundle dengan pilihan alat kawalan jauh, Quick Keys Remote.

Set lengkap peranti lukisan digital Xencelabs
Set lengkap peranti lukisan digital Xencelabs

Peranti lukisan digital terbaharu keluaran Xencelabs ini menawarkan reka bentuk yang kemas dan minimalis. Tanpa kekunci dan dengan ketebalan hanya 8mm, ia dilengkapi lengkungan lembut untuk sandaran tangan bagi tujuan keselesaan. Peranti ini boleh digunakan secara nirwayar atau secara sambungan kabel USB. 

Ia adalah satu-satunya tablet yang dilengkapi dengan dua pen pintar bebas bateri dan diameter yang berbeza. Pen nipis mempunyai dua punat sementara pen tiga punat pula khusus untuk pelukis yang melakukan animasi 3D. Kedua-dua pen dilengkapi dengan pemadam digital, tahap kepekaan tekanan, pengecaman kecondongan dan daya pengaktifan pantas tanpa kacauan (lag). 

Quick Keys Remote pula adalah aksesori jarak jauh pilihan untuk peranti Xencelabs dan menawarkan lima set lapan kekunci untuk jumlah 40 pintasan yang disesuaikan untuk setiap aplikasi. Paparan OLED pada Quick Keys Remote menunjukkan penugasan setiap kunci dan dapat digunakan dalam mod potret atau landskap.

Xencelabs Quick Keys Remote
Xencelabs Quick Keys Remote

Xencelabs Pen Tablet Medium merangkumi tablet bersaiz sederhana, kotak pen dengan dua pen pintar, penyesuai USB dan kabel, sarung lengan untuk melukis. Xencelabs Pen Tablet Medium Bundle pula termasuk Quick Keys Remote. – Getaran, 17 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Xencelabs

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 5 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

4

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

5

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

6

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 5 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN