web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lima Kes Godam Terbesar Dunia

Ketahui lima kes godam terbesar dunia didalangi kumpulan penggodam Anonymous yang ditubuhkan pada 2003.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 5:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggodam atau lebih popular dikenali sebagai hacker dalam Bahasa Inggeris adalah mereka yang mempunyai kemahiran hebat dalam memasuki dan mengganggu sistem komputer berprofil tinggi seperti bank, pusat kerajaan dan seumpamanya. 

Sebuah kumpulan penggodam terkenal dunia yang digelar ‘Anonymous’ ditubuhkan pada 2003 dan mempunyai bilangan ahli yang ramai dari merata tempat. 

Mereka yang menggelarkan diri sebagai 'hacktivist' ini dikatakan memperjuangkan keadilan sejagat yang tidak dapat diselesaikan oleh rakyat dan memberi kesedaran kepada pemimpin-pemimpin besar negara.

Segmen Teknovasi hari ini ingin berkongsi lima kes godam terbesar dunia angkara kumpulan Anonymous.

Gambar: Playstation.com
Gambar: Playstation.com

Sony Computer Entertainment 

Syarikat pengeluar permainan dalam talian dan elektronik terkemuka ini pernah menjadi berita tergempar dunia apabila digodam kumpulan Anonymous pada 2 april 2011.

Penggodam tersebut telah berjaya memasuki laman sesawang syarikat ini dan memberi kesan terhadap salah sebuah produk terkenal meraka iaitu Playstation Network.

Pada ketika itu, sesiapa yang memiliki konsol peranti ini akan mengalami kerosakan, iaitu ia tiba-tiba terpadam sewaktu digunakan dan tidak boleh berfungsi lagi. Operasi yang dilancarkan oleh penggodam Anonymous ini dipanggil #OpSony bertujuan untuk menjatuhkan penggunaan Playstation.

Ini berlaku berikutan tindakan pihak Sony yang telah memutuskan untuk membawa George Hotz, seorang jurutera perisian Amerika ke mahkamah.

Beliau dibicarakan di mahkamah selepas dikatakan mencipta dan mengedar sebuah perisian yang membolehkan pemilik konsol playstation memasang sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat Sony Computer Entertainment.

Gambar: Unplash
Gambar: Unplash

Bank Negara Amerika (BoA) E-Mail Drop.

Bank Negara Amerika adalah sebuah institusi perbankan yang mempunyai pelbagai jenis pelaburan dan perkhidmatan kewangan sejak 1998. Bank ini pernah dikatakan terlibat dalam pengamalan rasuah dan sistem gadai janji tidak mengikut prosedur yang betul dengan pelanggan-pelanggan mereka.

Pada 14 Mac 2011, kumpulan Anonymous telah memecah masuk sistem dan membocorkan laporan sumber dalaman maklumat melalui peti e-mel salah seorang kakitangan bank tersebut.

Tambahan pula pemilik e-mel tersebut sudah berkhidmat selama tujuh tahun dan perkara ini telah disebarkan melalui laman sesawang bankofamericasucks.com.

Isu ini menimbulkan spekulasi dan perbincangan hangat di antara bank-bank seluruh negara. Namun, setelah disiasat, dikatakan maklumat e-mel tersebut tidak menunjukkan sebarang kesalahan yang jelas untuk membuktikan pekerja tersebut bersalah.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Laman Sesawang Fine Gael

Serangan terhadap laman sesawang ini pula dikatakan hanyalah serangan pada tahap yang rendah namun godaman yang telah dilancarkan menimbulkan impak yang besar terhadap organisasi ini.

Fine Gael adalah sebuah organisasi liberal konservatif dan parti politik demokrasi di Ireland yang merupakan parti politik  terbesar bilangan ahlinya di parlimen Eropah.

Sekumpulan penggodam Anonymous telah berjaya memecah masuk dan mengawal laman sesawang parti tersebut ketika hari  pilihan raya Ireland yang berlangsung pada 25 Februari 2011.

Kumpulan penggodam ini telah menguasai laman sesawang tersebut dan menghantar gambar yang mempunyai lambang Anonymous berserta kenyataan 'Nothing is safe, you put your faith in this political party, and they take no measures to protect you. They offer you free speech, yet they censor your voice. WAKE UP!'.

Dalam erti kata lain, pernyataan ini membawa maksud jangan percaya pada ahli politik negara terbabit.

Gambar: Washingtonpost.com
Gambar: Washingtonpost.com

The Pentagon

The Pentagon adalah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan merupakan bangunan yang mempunyai sistem keselamatan paling hebat dan sensitif di dunia. Ia telah dibina sejak perang dunia kedua oleh tentera Amerika Syarikat.

Pada 7 Mac 2008 muncul satu berita gempar kala 20 individu yang berasal daripada China telah berjaya memecah masuk sistem keselamatan bangunan Pentagon. Menariknya, operasi serangan daripada Anonymous ini dilaksanakan dari pangsapuri yang terletak di sebuah pulau di China.

Perkara ini disebarkan lewat berita yang disiarkan saluran terkemuka CNN dan menjadi perkara paling gempar dalam sejarah. Buat julung kalinya sistem keselamatan terbaik dunia berjaya diceroboh! 

Berikutan insiden itu, The Pentagon mangambil langkah mempertingkatkan lagi tahap keselamatan bangunan tersebut.

Gambar: Centralbanking.com
Gambar: Centralbanking.com

Pusat Bank Russia 

Pusat Bank Rusia adalah sebuah bank pusat yang diasaskan pada 1860 dan ibu pejabatnya terletak di Neglinnaya Street, Moscow.

Pada 2016, negara ini dikejutkan dengan kecurian wang sebanyak 21,000,000 dolar dan rompakan ini dilaksanakan sekumpulan penggodam Anonymous melalui sistem transaksi ciptaan mereka.

Tambahan pula, kumpulan penggodam ini melakukan perkara tersebut tepat pada waktu di mana kadar harga pasaran mata wang sedang melambung tinggi.

Kes ini semakin serius apabila lapan bank pusat lain termasuk Bank Pusat Dutch, Bank Negara Greece dan Bank Negara Mexico dirompak selepas itu. 

Kejadian ini masih menjadi tanda-tanya banyak pihak. Ramai tertanya-tanya bagaimana dan kaedah yang dilakukan pada skala sehebat itu. 

Sesetengah kes masih lagi tidak berjaya ditemukan atau diselesaikan. Selain itu, sehingga kini masih tiada siapa yang mengetahui siapakah ketua kumpulan ini. Persoalannya, adakah kumpulan ini berjuang atas nama keadilan atau sebaliknya? Hati-hati dengan urusan dalam talian anda! - Getaran, 19 Januari 2022

Sumber: Compleks.com 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Ulangi Jaminan Keselamatan Sistem PADU

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dulu Mangsa, Kini Pakar Dapatkan Semula Akaun Telegram Digodam

4

Politik 3 tahun yang lalu

Kerusi Panas ‘Lembah Klang’ Jadi Rebutan Calon Berprofil Tinggi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden