web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penulen Air, Keperluan Asas Untuk Semua

Coway lancarkan NEO PLUS, mesin penulen air mampu milik untuk semua kediaman di Malaysia.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai rakyat Malaysia terpaksa menilai semula, “Kira-kira, apakah sebenarnya perkara mustahak yang dianggap sebagai keperluan asas dalam kehidupan manusia?”

Pertama, ‘kesihatan’ yang baik tentulah menjadi keutamaan. Seterusnya, keperluan asas lain seperti makanan, air minuman bersih, pakaian dan tempat tinggal. Bagi sesetengah orang, makanan kegemaran (misalnya makanan segera) juga boleh dianggap sebagai keperluan asas!

Pun begitu, istilah ‘keperluan asas’ juga merangkumi keperluan lain yang lebih luas. Sebagai contoh, semasa kanak-kanak membesar, ibu bapa akan memastikan makanan, pakaian dan rumah yang selamat untuk dibekalkan. Keutamaan hidup jauh lebih ringkas ketika itu.

Namun, apabila meningkat dewasa, peranan dan keutamaan kita turut berubah. Melangkah ke alam dewasa, kehidupan menjadi lebih rumit. 

Menguruskan hal di pejabat sambil menyantuni keluarga di rumah, di samping perlu juga menjaga kecergasan fizikal dan minda adalah satu senario ‘idaman’ yang mustahil untuk dicapai!

Kembali ke perbincangan asal, salah satu keperluan kita yang paling asas ialah air bersih. Coway selaku pemimpin teknologi kesejahteraan peralatan rumah, memperkenalkan penulen air generasi baharu - NEO PLUS. Paling istimewa, ia penulen air bermutu tinggi yang mampu milik. 

Direka khas untuk kegunaan keluarga moden, NEO PLUS membekalkan air tulen yang boleh diperolehi dengan pantas dalam tiga suhu pilihan iaitu suam, panas dan sejuk. Penulen air ini mempunyai reka bentuk mesra pengguna yang memudahkan penggunaan dari segenap segi.

Anda hanya perlu menekan butang untuk memilih suhu yang dikehendaki bagi mendapatkan segelas air bersih lagi tulen. Mudah!

Ciri ini sangat penting. Ia sesuai untuk ibu muda yang mahu membancuh susu, sambil menghadiri sesi mesyuarat Zoom, misalnya. Pemuda-pemudi yang kehausan selepas sesi bersenam juga turut tersenyum kerana mudah buat mereka meneguk segelas air dingin dengan pantas.

NEO PLUS juga dilengkapi ciri penjimatan tenaga dengan Eco Mode. Kapasiti tangki sebesar 5.8 liter untuk bekalan air bersih dan tulen tanpa gangguan, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. 

“Kita tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati gaya hidup sihat. Kesibukan harian juga tidak bermakna kita perlu mengorbankan kesihatan kita.”

“Salah satu keperluan asas manusia iaitu bekalan air bersih dan tulen, kini boleh didapati pada harga mampu milik di rumah anda,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia. 

NEO PLUS memberikan ketenangan fikiran tanpa sebarang kos tambahan. Kakitangan perkhidmatan profesional Coway akan membersihkan komponen-komponen penulenan air seperti tangki dan penapis secara berkala (dua bulan sekali).

NEO PLUS turut sedia untuk sewaan sedari RM65 sebulan serta hadir bersama perkhidmatan selenggara percuma selama tujuh tahun.

Layari Coway Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 10 Mac 2021

Semua gambar: COWAY MALAYSIA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 13 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 13 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN