web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Lapangan Terbang Berbahaya Dunia

Ketahui lima lapangan terbang yang dianggap paling bahaya di dunia dan masih wujud sehingga kini.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 11:47AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir setiap negara pasti mempunyai lapangan terbang dan ia berfungsi sebagai pusat kawalan operasi pesawat yang mahu berlepas atau mendarat. Terdapat pelbagai jenis kawasan permukaan bumi yang digunakan untuk membina landasan lapangan terbang.

Ada yang dibina di kawasan berpasir, bersalji dan macam-macam lagi.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima lapangan terbang yang dianggap paling bahaya di dunia dan masih wujud sehingga kini.

Gambar: Timo Breidenstein
Gambar: Timo Breidenstein

Lapangan Terbang Antarabangsa Courchevel, Perancis. 

Lapangan terbang ini terletak di Perancis dan telah berusia 60 tahun sejak dibina pada 1962. Ia terletak di kawasan bergunung salji dan mempunyai ketinggian sehingga 6588 kaki  (sekitar 2008 meter) dari dasar laut. Keluasannya pula sebanyak 2,808 kaki persegi dan panjang landasan hanyalah 537 meter panjang.

Landasan ini menjadi cabaran kepada juruterbang untuk mendarat atau berlepas kerana laluannya dikelilingi pegunungan salji dan mempunyai kecuraman gunung sebanyak 18 peratus pada permukaan lapangan terbang.

Tambahan pula, kapal terbang yang mendarat harus mempunyai ciri-ciri sayap yang lebih kecil bagi mengelakkan pelanggaran dengan kiri dan kanan gunung. Para pengunjung yang mendarat di sini kebanyakannya ingin melakukan aktiviti ski dan menginap di sebuah resort yang mempunyai pemandangan indah gunung sajli.

Gambar: wilingtonairport.c.nz
Gambar: wilingtonairport.c.nz

Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington, New Zealand

Dibina pada 1959, lapangan terbang ini terletak di New Zealand. Ia mempunyai landasan sepanjang 2,081 meter serta keluasan 270 ekar.

Lapangan terbang yang berada di pinggir bandar ini juga berperanan khusus sebagai transit untuk ke Rongotai di Wellington. Ini adalah satu-satunya lapangan terbang yang hanya mempunyai landasan satu hala untuk berlepas dan mendarat.

Cabaran bagi juruterbang adalah untuk mendapatkan informasi dan masa yang tepat ketika berlepas dan mendarat agar tidak berlaku pertembungan dengan pesawat lain. 

Tambahan pula, pengawalan stering memainkan peranan penting kerana angin bertiup kencang di kawasan ini. Ketika turut dari pesawat, para penumpang diingatkan supaya segera masuk ke dalam bangunan kerana dikhuatiri berselisih dengan kapal terbang lain. 

Gambar: Flickr @killia_red
Gambar: Flickr @killia_red

Lapangan Terbang Saba, Antille Belanda 

Lapangan terbang ini terletak di Saba yang merupakan sebuah pulau Carribean dan berada dalam kategori negara konstituen di bawah kerajaan Netherland. Ia dibina sekitar era 60-an dan mempunyai landasan yang panjangnya 2,300 kaki (sekitar 701 meter).

Cabaran bagi juruterbang yang mahu mendarat di landasan ini ialah mereka memerlukan kemahiran dan kesabaran untuk mencondongkan kapal terbang kerana landasan tersebut mempunyai permukaan tebing yang berigi-rigi.

Tambahan pula, landasan ini dikhususkan buat juruterbang yang pakar dan berpengalaman sahaja bagi mengelak melanggar tebing tersebut.

Gambar: ig @malaysiaairport
Gambar: ig @malaysiaairport

Lapangan Terbang Tioman, Malaysia

Malaysia tidak terkecuali mengisi senarai lapangan terbang yang berbahaya di dunia. Lapangan terbang Tioman terletak berdekatan Pantai Kampung Tekek. Ia telah dibina pada tahun 2004.

Lapangan ini menjadi cabaran kepada juruterbang kerana landasannya yang mempunyai kepanjangan 3,254 kaki (sekitar 991 meter) dan memerlukan pusingan tajam pesawat sebanyak 90 darjah untuk berada di kedudukan mendarat sejurus hampir tiba.

Ini kerana kawasan sekelilingnya penuh dengan hutan, batu dan pada penghujung landasan adalah laut lepas. Juruterbang perlu merendahkan kadar kelajuan yang stabil dengan segera semasa mendarat bagi mengelakkan kapal terbang terlajak dan jatuh ke dalam laut.

Gambar: Timesofindia.com
Gambar: Timesofindia.com

Lapangan Terbang Lukla, Nepal 

Ini antara lapangan terbang popular yang dikunjungi pendaki gunung Everest. Ia juga salah satu landasan terpendek di dunia. Lapangan terbang Lukla dibina pada 1964 di atas gunung yang mempunyai ketinggian 9,325 kaki (2842 meter) dari permukaan laut.

Dengan panjang landasan 1600 kaki (sekitar 488 meter), hanya kapal terbang bersaiz sederhana sahaja dibenarkan mendarat di sini.  Cabaran bagi juruterbang adalah mereka perlu berhati-hati dan membuat kiraan yang tepat ketika mendarat kerana di hujung landasan terdapat cerun gunung yang sangat tinggi.

Selain itu tiada penerbangan yang akan dibenarkan beroperasi di landasan ini jika terputus kuasa elektrik kerana sistem komunikasi memainkan peranan penting untuk mendarat. - Getaran, 12 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden