Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Lima Model Telefon Pintar Terbaik Bawah RM2,000

Sepanjang tahun 2021, pelbagai model telefon pintar telah dilancarkan di Malaysia. Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima model telefon pintar pilihan yang bernilai bawah RM2,000.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 3:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang tahun 2021, pelbagai model telefon pintar telah dilancarkan di Malaysia. Banyak kelebihan dan peningkatan teknologi yang telah diterapkan pada peranti-peranti ini.

Permintaan pelanggan terhadap telefon pintar nampaknya akan terus kekal kerana hampir semua perkara memerlukan fungsi pelbagai alat ini.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima model telefon pintar pilihan yang dikeluarkan pada tahun 2021 yang bernilai bawah RM2,000.

 

Vivo V23e 5G

Vivo V23e 5G adalah model yang dikeluarkan pada awal bulan Disember lalu. Jenama yang terkenal dengan kualiti gambar ini telah dinaik taraf terutamanya pada gambar ciri kamera swafoto.

Dipasangkan dengan resolusi 50MP, ia dilengkapi dengan teknologi Autofokus Mata. Pada mod potret pula, ia menghasilkan gambar yang mempunyai resolusi 44MP dengan kesan bokeh yang menawan.

Dengan dua pilihan warna iaitu warna Cahaya Pelangi dan Hitam Malam, model ini hanya berharga RM1,599 bagi storan 8GB+128GB.

 

POCO M4

Telefon pintar ini pula dikeluarkan pada awal November lalu. Model ini tidak mempunyai penambahbaikan yang ketara berbanding model POCO yang sebelumnya.

POCO M4 tidak memfokuskan kepada fotografi tetapi ia sesuai untuk pengguna yang gemar bermain permainan dalam talian seperti PUBG dan seumpamanya.

Jadi anda boleh menjadikan model ini sebagai telefon kedua yang khas untuk bermain permainan dalam talian sahaja. Anda boleh memilikinya dengan harga RM999 bagi storan 6GB+128GB.

 

Samsung A52s 5G

Bagi jenama Samsung pula, model A52s 5G antara model yang terbaharu yang dikeluarkan pada pertengahan September lalu.

Telefon Samsung masih mempunyai teknologi yang baik dan resolusi kamera depan dan belakang yang memuaskan hati.

Akan tetapi terdapat satu teknologi yang mengagumkan dalam model ini iaitu sistem bunyi Dolby Atmos.

Gema bunyi asas yang dikeluarkan sangat luar biasa dan anda boleh mendengarkan lagu dan muzik dengan jelas serta teliti sama ada menggunakan fon telinga ataupun tidak.

Ia juga mempunyai chispset pemprosesan Snapdragon yang menyokong permainan dalam talian yang mempunyai data yang tinggi.  

Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM1,899 dengan storan 8GB+256GB. 

 

Xiaomi 11T Series

Telefon pintar jenama Xiaomi model 11T Series ini tidak kurang hebatnya dan dilancarkan pada awal Oktober lalu.

Model 11T Series ini menampilkan reka bentuk yang tidak jauh beza dengan Xiaomi 11 Lite 5G NE yang dikeluarkan sebelumnya namun teknologi yang dipasangkan pada 11T Series jauh lebih hebat.

Resolusi paparan dan pemprosesannya jauh lebih tinggi serta berbaloi untuk dimiliki. Menariknya, model ini dilengkapi bersama Xiomi Smart Pen yang berfungsi untuk mencatat nota dan memadamkannya dengan cepat pada skrin telefon.

 

OnePlus Nord CE 5G

Akhir sekali, telefon pintar OnePlus Nord CE 5G yang menampilkan sedikit kelainan. Model ini dilancarkan pada awal bulan Jun. Reka bentuk silinder di bahagian tepi telefon yang berfungsi sebagai butang mod senyap atau getar telah dihilangkan.

Namun, pada bahagian skrinnya, ia dipasangkan teknologi skrin sentuh 90HZ berkadar segera yang menampilkan kelancaran yang agak baik apabila disentuh dan digerakkan menggunakan jari.

Ini memudahkan anda membuat pencarian maklumat. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM1,599 bagi 12GB+256GB. - Getaran, 29 Disember 2021


Gambar: Ihsan setiap jenama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 7 bulan yang lalu

Model Kenderaan Aston Martin Muncul Dalam PUBG Mobile

2

Teknovasi 9 bulan yang lalu

PUBG Versi Dragon Ball Super,  Gabungan Unik Dan Mengamit Memori

3

TARA 10 bulan yang lalu

Polis Evo 3 Kini Boleh Didapati Dalam  Permainan PUBG Mobile, Bersama Pek Suara Inspektor Sani Dan Inspektor Khai 

4

Teknovasi 11 bulan yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi