web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kenderaan Laut Canggih Yang Mampu Menyelam

Teknologi dan inovasi hasil pemikiran yang sangat kreatif mampu menghasilkan kenderaan laut canggih yang boleh menyelam.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 2:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenderaan laut yang biasa berada dalam kotak pemikiran kita adalah kapal, feri, bot dan seumpamanya. 

Namun, kini dengan teknologi dan inovasi hasil pemikiran yang sangat kreatif, terdapat pelbagai kenderaan canggih lain mampu bergerak pada permukaan dan juga di dasar laut.

Hari ini segmen teknovasi berkongsi lima kenderaan laut canggih yang mampu menyelam.

Nereus

Kenderaan ini adalah hasil gabungan jetski dan kapal selam. Jetski pertama yang boleh menyelam dicipta di bawah jenama Kawasaki berasal daripada Jepun pada 1973. Kini, kenderaan ini telah dipertingkatkan dengan teknologi lebih canggih dengan reka bentuk yang lebih menawan. 

Jetski yang diberi nama Nereus ini dicipta oleh pereka bernama Mathias Koehler. Ia bukan sahaja menggunakan elektrik malah kenderaan ini menggunakan sistem angin untuk menggerakkannya tanpa sebarang bahan api. 

Nereus dicipta dengan kemampuan untuk bergerak di permukaan dan dasar laut serta mampu memecut dengan laju. Dari segi reka bentuknya pula, ia seperti motosikal yang mempunyai pemulas. Bahagian tepinya seperti sirip ikan dan bahagian hadapanya pula seakan kepala ikan jerung tukul atau hammerhead (Sphyrna).

Spymaster Minisub

Kenderaan peribadi ini dikeluarkan di United Kingdom dan termasuk senarai kenderaan laut peribadi yang mewah. Ia dicipta supaya manusia berpeluang merasai pengalaman menerokai lautan.

Reka bentuk yang dicipta seakan-akan tempat duduk perseorangan yang hanya melindungi kepala dan dipasangkan tong oksigen di bahagian hadapan sambil menyalurkan udara ke dalam pelindung kepala.

Kenderaan ini mampu menyelam sehingga 40 kaki ke bawah dan berharga RM 76,000. Ia bergerak selaju 1 km/j umpama perisik yang sedang bergerak di bawah air secara senyap. 

sQuba

Kenderaan ini mencatat sejarah sebagai kereta pertama yang mampu menyelam ke dalam air. Dicipta oleh syarikat pembinaan kereta Rinspeed Inc yang berasal dari Switzerland, kenderaan ini pertama kali ditayangkan semasa Pertunjukkan Motor Geneva 2008 dan menjadi kereta pertama yang boleh menyelam.

Idea asal kenderaan ini diilhamkan daripada pengasas dan CEO Rinspeed, Frank M. Rinderknecht yang terinspirasi melalui filem James Bond 1977 The Spy Who Loved Me

Reka bentuknya seperti kereta mewah yang lain dan ia mampu bertukar menjadi seperti kapal selam. Ia mampu menyelam sehingga 10 meter ke bawah air. Ia juga dipasangkan dengan dua kipas sebagai penggerak semasa menyelam dan mempunyai dua pemacu kawalan pada tempat duduk pemandu dan penumpang disebelahnya. 

Scubaster

Sebuah lagi kenderaan yang boleh menyelam ke dalam laut yang dicipta oleh Rousson dan sekumpulan pelajar Universiti dalam jurusan kejuruteraan dari Perancis. Scubaster dikatakan kenderaan selam paling comel pernah dicipta dan mempunyai kelajuan sehingga 6.2 batu sejam.

Kali pertama kenderaan ini diuji adalah di lautan Mediterranean di pantai Nice untuk menilai kekuatannya. Menariknya, kenderaan ini hanya boleh dinaiki oleh seorang sahaja dan pemandu perlu berpakaian lengkap sut snorkeling termasuk tong oksigen. 

Ia perlu dikayuh menggunakan kaki untuk menggerakkan dua kipas yang dipasangkan pada kiri dan kanan kenderaan tanpa menggunakan sebarang bahan api mahupun bateri.

Tambahan lagi, kenderaan selam ini bagus kerana ia tidak mengganggu ekosistem perairan dan hidupan laut kerana tidak menggunakan bahan api seperti minyak dan sebagainya.

Kapal Layar The U-010

The U-010 adalah antara kapal layar yang paling mewah di dunia. Ini kerana reka bentuknya yang sangat elegan dan mempesonakan. Ia bukan sahaja mampu bergerak di atas permukaan air, malah ia mampu menyelam hingga 200 kaki.

Ia menggunakan dua enjin elektrik berkuasa 800hp dan diesel sebagai bahan api. Ia dilengkapi dengan spa, ruang legar terbuka, empat cabin tetamu dan dek utama yang luas.

Tambahan pula, kapal layar ini mempunyai sebuah bilik yang mempunyai kapal selam mini sebagai kenderaan untuk pengembaraan laut yang lebih dalam. - Getaran, 22 Disember 2021

Sumber dan Foto: Trendhunter.com

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN