Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 Permainan Dalam Talian Yang Menjadi Kegilaan 

Segmen teknovasi ingin berkongsi empat permainan dalam talian yang pernah menjadi kegilaan ramai di kafe siber satu ketika dahulu dan kini sudah boleh dimainkan di kediaman sendiri.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengimbau kembali lewat era 90-an, kafe- kafe siber pernah menjadi lokasi utama untuk bermain permainan dalam talian (Online Game). Ketika itu belum ada telefon pintar dan tiada satu pun telefon bimbit dijadikan sebagai peranti utama untuk bermain permainan atas talian. 

Hanya komputer di kafe siber sahaja menjadi tumpuan ramai untuk bermain permainan dalam talian tanpa mengira siang atau malam.

Hari ini segmen teknovasi ingin berkongsi empat permainan dalam talian yang pernah menjadi kegilaan ramai di kafe siber satu ketika dahulu dan kini sudah boleh dimain dengan peranti di rumah.

Gambar: Momo Culture.com
Gambar: Momo Culture.com

Ragnarok Online

Ragnarok Online adalah sebuah permainan berkonsepkan pengembaraan dalam talian yang mempunyai peta sangat luas untuk diterokai.

Ia juga bermotifkan pemburuan sebagai proses untuk bertahan dalam penjelajahan sambil mendapatkan syiling khas bagi meningkatkan tahap kekuatan karakter wira yang dipilih menerusi pembelian senjata dan perisai.

Tujuan utamanya adalah untuk berlawan dengan musuh yang juga pemain rawak Ragnarok lain yang turut berada di dalam talian. Hanya ahli yang berdaftar sahaja akan disambungkan bersama pemain dalam talian di seluruh negara.

Dikeluarkan pada 2002 dan berasal dari Korea Selatan, dalam masa dua tahun permainan ini telah merebak sehingga ke Amerika Syarikat, Australasia dan semua negara eropah. 

Kini, susulan Ragnarok Online sudah memiliki lebih 120 juta pemain dari serata dunia maka dilancarkan versi baharu iaitu Ragnarok: The Lost Memories.

Dibangunkan oleh Gravity NeoCyon Inc, peminat sudah boleh bermain permainan dalam talian ini menerusi telefon pintar. Boleh didapati dengan memuat turun aplikasi permainan Ragnarok: The Lost Memories di Apple App Store dan Google Play Store.

Dota/War

DotA atau Defense of the Ancients adalah sebuah permainan yang berbentuk arena pertempuran dalam talian (MOBA). Ia menjadi fenomena di kebanyakan kafe siber.

Ia juga mempunyai pelbagai karakter atau watak baik dan jahat serta terbahagi kepada tiga jenis kategori iaitu Agility, Strength dan Intelligence.

Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri sebagai wira pilihan pemain. Arena pertempuran ini perlu disertai pemain dengan konsep lima lawan lima. Misi terpenting adalah memusnahkan markas utama yang terletak di kawasan pelindung kerana ia kunci utama untuk memenangi permainan ini. 

Dikeluarkan buat kali pertama pada 2002, permainan ini tersebar luas sehingga dianjurkan di pelbagai pertandingan dunia antaranya Kejohanan Permainan Dunia Siber atau dikenali sebagai E-Sukan Olimpik.

Permainan dalam talian ini mempunyai pelbagai versi dan mempertingkatkan kualiti dari tahun ke tahun. Kini ia telah dinaik taraf kepada DotA 2 yang mempunyai grafik dan kualiti lebih tinggi. 

Counter Strike

Sebuah lagi permainan dalam talian yang memenuhi dan memeriahkan hampir kesemua premis kafe siber adalah Counter Strike. Ia lebih sesuai buat individu yang gemar bermain permainan menembak.

Ia menampilkan pertempuran tembak-menembak antara pasukan pengganas dan anggota pertahan seperti polis serta tentera di sesebuah lokasi. Menariknya permainan ini, senjata yang dipilih atau digunakan oleh pemain semasa beraksi adalah senjata api yang memang wujud di dalam dunia realiti.

Karakter yang boleh dipilih terdiri daripada pengganas atau anggota keselamatan. Antara senjata api yang popular digunakan oleh pemain yang memilih watak pengganas adalah senapang yang dicipta di Rusia pada 1947 iaitu AK 47 manakala bagi anggota pertahanan pula senapang M4A1 atau M4 Carbine yang berasal daripada Amerika Syarikat.

Ia juga ada persiapan tempur seperti bom, baju kalis peluru dan seumpamanya yang turut dipasangkan pada karakter pilihan pemain.

Diperkenalkan secara rasmi pada 2000, versi terbaharu permainan ini telah dinaik taraf pada 2012 menjadi Counter-Strike: Global Offensive yang membolehkan permainan secara dalam talian di semua negara.

Gambar: g2a.com
Gambar: g2a.com

Command and Conquer: Red Alert

Ini pula permainan khusus buat individu yang gemar mengatur strategi peperangan. Permainan ini melibatkan dua pihak lawan yang memerlukan kepintaran untuk merancang strategi permainan bermula dengan sebuah tapak yang mempunyai emas sebagai sumber untuk membuat pembinaan.

Bukan seperti permainan peperangan lain, konsep yang ditampilkan dalam Red Alert ialah peperangan masa depan. Ia menampilkan pelbagai aksi dan jentera serta askar yang mempunyai teknologi canggih. 

Gambar: Geek Culture
Gambar: Geek Culture

Kapal terbang dan kapal selam yang mempunyai tembakan laser, tentera yang menggunakan perisai elektronik dan serangga elektrik antara angkatan dan perkara yang boleh dibina semasa permainan.

Masa permainan ini juga bergantung pada persediaan dan pertempuran dalam menguasai kawasan pihak lawan. Kemenangan akan dinobatkan kepada pemenang setelah seluruh aset pihak lawan dimusnahkan termasuk dinding pertahanan.

Dilacarkan pada 1996 di Amerika Utara dan Eropah, ia telah berkembang luas di serata dunia dengan pelbagai versi dan dalam masa setahun ia telah diaplikasikan di dalam peranti Playstation.

Kini kebanyakan permainan dalam talian sudah beralih arah kepada peranti yang lebih canggih dan boleh dimainkan secara sendirian di rumah tanpa perlu ke pusat kafe siber. Semoga fenomena kafe siber menjadi kenangan yang terindah buat semua yang pernah merasakannya. - Getaran, 22 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

2

Semasa 4 bulan yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tentera Israel Musnahkan 60 peratus Rumah Di Semenanjung Gaza

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

5 Rumah Di Sungai Petani Terbakar

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran