web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Carta Lima Penstrim Paling Popular Malaysia 2021

Sesetengah penstrim permainan dalam talian menjadikan bidang ini sebagai kerjaya sepenuh masa dan menyifatkan ia lubuk rezeki.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 12:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia penciptaan kandungan dalam talian serta e-sukan atau sukan elektronik lewat permainan video menjadi fenomena sejak beberapa tahun yang lalu.

Malaysia telah melahirkan ramai individu hebat dan menjadi penstrim kandungan serta permainan dalam talian yang berjaya di mata dunia sehingga ke temasya Sukan Sea Hanoi 2021.

Malah sesetengah penstrim telah menjadikan bidang ini kerjaya dan sumber pendapatan sebagai penstrim permainan dalam talian sepenuh masa.

Segmen teknovasi hari ini ingin berkongsi carta lima penstrim paling popular Malaysia 2021.

Daddy Hood

Nureddy Nursal atau dikenali sebagai Daddy Hood menduduki carta kelima penstrim paling popular di Malaysia yang telah meningkat naik dalam dunia e-sukan sejak 2018. Individu ini adalah pengurus kepada kumpulan e-sukan yang terkenal iaitu Team Bosskur dan beberapa pasukan profesional lain.

Mempunyai jumlah pelanggan seramai 590,000 di platform YouTube dan jumlah pengikut di FB sebanyak 1 juta, Daddy Hood telah mengeluarkan belanja sendiri untuk membuat Gaming House atau rumah permainan video di sebuah gudang yang besar.

Ia bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak pemain profesional atau Pro player untuk berlatih dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri ini. Penstrim ini adalah salah seorang yang banyak membantu mengembangkan dan menaikkan komuniti e-sukan di serata tanah air. 

Vokey

Bagi tangga keempat, Muhd Imran Rosli atau dikenali sebagai Vokey adalah anak muda yang sedang meningkat naik dalam dunia e-sukan. Individu ini salah seorang ahli kumpulan e-sukan tempatan iaitu 4Rivals.

Mempunyai 456,000 pengikut di platform YouTube dan 1 juta lagi Facebook, pencapaian Vokey yang terkini ialah berjaya ke peringkat akhir Kejohanan Asia Tenggara Siri 4 dan membawa pulang wang tunai RM27,513.

Individu berumur 21 tahun ini mendapat jumlah tontonan mencecah 10,000 penonton setiap kali menstrim permainan dalam talian di platformnya sendiri.

xkPenjahat

Sofian atau popular dengan gelaran xkPenjahat adalah bekas pemain Pro MLBB Air Asia Saiyan dan salah seorang pengasas kumpulan Team Bosskur. Dia menduduki tangga ketiga bagi carta ini.

Penstrim ini popular dengan corak dan strategi yang hebat menerusi permainan Mobile Legend dan gaya permainannya menjadi ikutan ramai dan dirujuk untuk penggunaan teknik-teknik yang dipamerkan semasa beraksi.

Banyak pesaing lain yang bercita-cita untuk mengalahkannya dalam permainan ini namun xkPenjahat amat sukar untuk ditewaskan. Mempunyai 944,000 pengikut di YouTube dan 1.4 juta pengikut di Facebook, pemain profesional ini sudah tidak lagi berkecimpung dalam kejohanan e-sukan dan hanya memberikan tumpuan sebagai penstrim permainan dalam talian di platfomnya sendiri. 


 

Fredo

Tangga kedua dalam carta ini menjadi milik Fredo yang juga salah seorang pengasas pasukan Team Bosskur.

Fredo masih mengekalkan status sebagai pemain profesional dan menariknya, dia dikenali ramai kerana menampilkan persembahan yang hebat dalam dua permainan dalam talian iaitu Mobile Legend dan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG).

Fredo pernah mewakili Malaysia dalam sebuah kejohanan PUBG bersama pasukan Yoodo pada 2020. Mempunyai 500,000 pengikut di YouTube dan 1.4 juta pengikut di Facebook, Fredo dikatakan antara permain profesional yang digeruni ramai.

Soloz

Soloz atau nama sebenarnya, Faris Zakaria tidak lekang disebut apabila berbicara mengenai dunia e-Sukan. Penstrim yang menduduki carta pertama ini digelar Mahaguru Soloz kerana dianggap pakar dalam semua jenis permainan dalam talian.

Soloz yang terkenal di Malaysia mahupun di Asia mempunyai 1.5 juta pengikut di YouTube dan 2.5 juta pengikut di Facebook ini menjadi ikon kepada semua penstrim di Malaysia.

Perwatakan Soloz yang selamba dan lucu ketika bermain permainan dalam talian menjadikannya idola ramai penstrim. 

Soloz juga antara pengasas pasukan Team Bosskur yang pernah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan Sea Filipina 2019 (e-sukan) dan kini menjadi pengurus kepada beberapa pasukan professional yang lain.

Semoga mereka menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengasah potensi diri di arena penstriman permainan dalam talian. - Getaran, 15 Disember 2021

Gambar: Instagram semua penstrim terbabit

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN