web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HONOR Magic Book 14 Sesuai Untuk Pelajar

Penulis kami mencuba komputer riba terbaharu keluaran jenama HONOR dan memberikan ulasan lengkapnya.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 11:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komputer riba kini menjadi satu keperluan ramai kerana ia alat yang mudah dibawa kemana-mana. Terdapat banyak model komputer riba yang dikeluarkan bagi memenuhi pelbagai kehendak pengguna. 

Baru- baru ini, jenama peranti HONOR telah mengeluarkan sebuah model komputer riba terbaharunya iaitu HONOR Magic Book 14. 

Kami di Getaran berpeluang mencubanya dan segmen Teknovasi hari ini mengulas apa yang anda perlu tahu tentang model ini.

Kali pertama memegangnya, penulis merasakan model ini mempunyai berat yang agak ringan. Warna yang ditampilkan juga sangat menawan iaitu kelabu angkasa. Beratnya 1.38 kg dengan kenipisan 15.9mm dan boleh dikatakan bersaiz kompak.

Berdasarkan reka bentuknya, penulis merasakan ia memang sesuai buat penggunaan pelajar sekolah atau universiti yang sering terbabit dengan pembelajaran dalam talian. 

Model ini juga dipasangkan dengan tiga port USB, satu port HDMI dan satu port audio. Ia turut menggunakan teknologi sistem pemprosesan (AMD Ryzen ™5 5500u) dan kad grafik (AMD Radeon) yang terbaharu. 

Tambahan lagi, sistem WIFI 6 ada pada model ini. Ciri ini pastinya akan memberikan sambungan internet yang laju dan lancar. Sistem penyejukanturut dipasang pada peranti ini. Ia mempunyai dua saluran haba pada badan komputer dan ini akan melindungi komputer daripada menjadi terlalu panas jika digunakan secara kerap.

Jenis layar yang digunakan ialah IPS LCD bersaiz 14 inci. Ia juga mempunyai resolusi 1080P dan tahap kecerahan 300 Nits yang baik. Bagaimanapun, ia mungkin kurang sesuai untuk penggunaan di bawah cahaya matahari kerana tidak mempunyai kecerahan yang padat.

Apa yang menarik tentang model ini, ia dipasangkan dengan teknologi cahaya biru rendah yang berfungsi mengurangi pantulan pencahayaan skrin pada mata dan ia melindungi mata anda daripada rosak. Tambahan pula, sistem TÜV Rheinland Flicker juga dipasangkan yang berfungsi untuk memberi rasa selesa pada mata dan membuat anda tidak pening jika melihat skrin terlalu lama. 

Sistem imbas sentuhan juga dipasang bagi memudahkan anda menghidupkan komputer riba ini. Layarnya juga boleh dibuka sehingga 180 darjah dari permukaan papan kekunci. Ia menggunakan sistem pengecas segera 67 watt dengan wayar penyambung USB jenis C atau Type C. 

Bagi penggunaan permainan dalam talian atau Online Game, anda tidak akan mempunyai masalah untuk permainan CPU yang asas seperti DOTA namun mungkin tidak berapa sesuai untuk penggunaan permainan GPU yang menggunakan muatan data dan grafik yang lebih berat.

Uniknya, komputer riba ini mempunyai posisi kamera yang berlainan daripada model lain. Kedudukan kamera berada di tengah-tengah papan kekunci antara butang F6 dan F7. Namun bagi penulis, kedudukan ini sedikit tidak sesuai kerana ia tidak berada di paras mata yang baik untuk berkomunikasi dalam talian.

Jadi, secara keseluruhan komputer riba ini mempunyai beberapa kelebihan dan sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga RM2,699 untuk 8GB + 256 GB dan RM2,999 bagi 8GB + 512GB. 

Buat penulis, HONOR Magic Book 14 sesuai menjadi pilihan anda yang hanya menggunakan kapasiti pengisian komputer ribasecara sederhana, khasnya mereka yang memerlukannya untuk tujuan pembelajaran (sekolah dan universiti). - Getaran, 8 Disember 2021

Gambar: HONOR

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

2

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

3

Teknovasi 11 bulan yang lalu

HONOR 400: Telefon Kelas Pertengahan Serba Hebat Yang Mesra Poket

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

HONOR Lancar Barisan Produk Untuk Gaya Hidup Pintar 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN