web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Webtoon Berdasarkan Kisah Sebenar BTS,TXT, ENHYPEN Akan Dihasilkan!

Siri yang dihasilkan ini juga diambil daripada kisah benar yang dilalui para selebriti ini namun diolah jalan ceritanya untuk lebih unik dan menarik.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 8:56AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di Korea Selatan, komik digital atau lebih dikenali sebagai webtoon memang sebuah industri yang besar dengan jumlah pembaca yang ramai.

Namun, menarik untuk kali ini apabila syarikat HYBE mengumumkan kolaborasi mereka bersama syarikat Naver Webtoon untuk menghasilkan beberapa siri komik beberapa kumpulan selebriti terkenal Korea Selatan iaitu BTS, TXT, dan ENHYPEN.

Perancangan ini dihasilkan dengan teliti termasuklah daripada aspek jalan cerita serta hak intelektual siri ini yang akan dipegang oleh HYBE. 

Apa yang lebih menarik, katanya siri ini diambil bedasarkan kisah benar para selebriti ini namun diolah dengan jalan cerita yang lebih unik dan menarik.

Idea ini tercetus apabila HYBE ingin keluar daripada norma kebiasaan media sedia ada. 

Maka, menerusi kolaborasi ini, karya-karya tersebut akan menemui para peminat melalui beberapa platform dalam format novel web, kartun dan animasi.

Setakat ini, empat siri akan dihasilkan iaitu 7Fates menampilkan BTS, The Star Seekers menampilkan TXT dan Dark Moon menampilkan ENHYPEN.

Ketiga-tiga siri ini dijangkakan bakal menemui pembaca pada Januari 2022 di Naver Webtoon.

 

BTS 7Fates: ‘Chakho’

Mengisahkan tentang cerita fantasi urban yang diinspirasikan daripada pemburu harimau semasa dinasti Joseon yang dipanggil ‘chakhogapsa’.

Tujuh jejaka yang tinggal di bandar ini entah bagaimana boleh ditakdirkan bertemu untuk menghadapi rintangan dan cabaran bersama-sama.

 

ENHYPEN: ‘Dark Moon’

Bertemakan vampire atau pontianak. Tentang bagaimana pelajar sekolah berjumpa dengan seorang gadis dalam rahsia. 

 

TXT: ‘The Star Seekers’

Juga mengenai sekumpulan pelajar sekolah yang juga merupakan selebriti Korea namun tinggal di dalam dunia yang penuh magis. 

Meriah betul industri hiburan dan animasi Korea Selatan. Tak sabar membaca serta menontonnya tahun hadapan! - Getaran, 9 November 2021

Gambar: International The News, YouTube Hybe Labels

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN