web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malam Seram Bersama Bigo Live

Teknologi masa kini bukan sahaja digunakan untuk bersosial tetapi boleh juga dipakai untuk mengabadikan pengalaman seram atau paranormal. Getaran diundang Bigo Live untuk melalui pengalaman tersebut. 

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 12:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia Paranormal dan alam mistik sering menjadi satu tarikan buat masyarakat Malaysia. Ada yang mempercayainya dan ada yang tidak. Namun bagi umat Islam, percaya kepada yang ghaib adalah sebahagian daripada rukun Iman. Ia adalah tanda kekuasaan Tuhan yang Maha Esa.

Untuk mengupas topik ini, pada tanggal 21 Oktober lalu, pasukan Getaran bersama dengan sebuah kumpulan penyiasat paranormal yang dikenali sebagai BOSSTEAM telah diundang oleh wakil aplikasi Bigo Live untuk merasai sendiri pengalaman paranormal. 

Pasukan BOSSTEAM yang popular dengan kandungan paranormal mereka itu mempunyai 209,000 pengikut di platform Bigo Live. Malam itu mereka diberi peluang membuat siaran langsung di platform mereka sekali lagi. Alat yang digunakan adalah dua telefon pintar, alat pencahayaan, tripod serta walkie-talkie.

BOSSTEAM yang diketuai Ahmad Safuan Mohd Yunan atau lebih mesra disapa Bosswan telah membawa kami ke sebuah balai polis di Gombak yang telah lama ditinggalkan.

Pasukan BOSSTEAM
Pasukan BOSSTEAM

Balai polis Gombak lama ini dibina sekitar 1948. Ia didirikan untuk menjaga keselamatan orang asli sekitar kawasan Gombak daripada ancaman komunis. Lokasi balai ini terletak di jalan lama Gombak menuju ke Bentong Pahang.

Telah lama ditinggalkan, struktur banggunan ini tidak seperti balai polis yang ada. Ia seperti rumah teres setingkat yang berkeluasan lebih kurang 20x40 kaki persegi.

Pelbagai kisah misteri dan seram premis itu sering diceritakan masyarakat setempat seperti penjelmaan nenek kebayan, orang bertapa dan kelibat seorang perempuan menggantung diri dalam balai tersebut. 

Apabila ditanya mengapa memilih lokasi tersebut, mereka mengatakan ia antara tempat yang agak mudah buat mereka merakam aktiviti mistik. Seramai tujuh individu termasuk kru BOSSTEAM menyertai aktiviti ini. Kebiasaanya Bosswan hanya melakukan aktiviti ini berdua sahaja. 

Seperti yang dirancang, kami sampai ke lokasi pada jam 12.00 tengah malam dan memulakan penggambaran tepat jam 1.00 pagi. Keadaan cuaca agak dingin kerana hujan baru sahaja berhenti.

Tugasan kami pada malam itu adalah untuk meneroka dan mengalami sendiri jika ada kehadiran aktiviti paranormal serta menjalankan uji nyali (ujian keberanian) di balai tersebut.

Sebelum memulakan aktiviti, kami dipanggil untuk sedikit taklimat dan pesanan oleh Bosswan. 

“Mulut jangan celupar dan hati-hati kerana jalan agak licin,” itu antara yang ditekankan Bosswan. 

Kami memulakan perjalanan dengan beberapa doa pelindung yang diamalkan oleh Bosswan sendiri.

Semasa sampai di lokasi, mata tertumpu pada bangunan yang sangat usang depan mata kami. Keadaan di dalam premis itu gelap dan hanya diterangi sinar bulan. 

Kami dibawa masuk ke dalam bangunan tersebut dan meninjau setiap bilik di dalamnya. Keadaan persekitaran dipenuhi dengan botol kaca, kayu-kayu, rumput dan pokok liar yang menjalar di lantai.  

Di luar kawasan balai tersebut, terdapat serpihan kayu yang merupakan sisa peninggalan keranda yang digunakan dalam penggambaran sebuah produksi. 

Tidak dapat dikenal pasti mengapa keranda tersebut ditinggalkan.

Kami meneruskan perjalanan ke sungai yang dikatakan ada kejadian menakutkan. Ketika perjalanan menuju ke tempat tersebut, tiba-tiba kedengaran suara bayi ketawa. 

Kejadian itu membuatkan langkah kami terhenti dan memandang antara satu sama lain.  

“Ada sesiapa dengar tak?” tanya Bosswan.

Kami hanya menganggukkan kepala dan terus berjalan meninggalkan tempat tersebut. Tubuh penulis diselubungi rasa seram. 

Kami akhirnya sampai di sungai dan kawasan yang dikatakan pernah kelihatan orang bertapa. Kami menjumpai satu laluan dan pokok seakan-akan pintu gerbang menuju kawasan tersebut. Apabila merapati kawasan tersebut, keadaan persekitaran bertambah dingin namun penulis anggap mungkin itu adalah desiran air sungai yang berdekatan memercik ke badan.

Selepas itu  kami kembali semula ke balai polis tersebut untuk membuat uji nyali. Penulis bersama rakan setugas, Haikal telah ditinggalkan berdua dalam balai tersebut selama 30 minit. Bagi penulis inilah saat yang paling mendebarkan namun kami menyahutnya sebagai cabaran. 

Kami diletakkan berdua, betul-betul di tengah balai berhadapan kawasan yang dikatakan pernah muncul kelibat seorang perempuan menggantung dirinya di kayu bumbung balai tersebut.

Penulis menjalani uji nyali atau ujian keberanian.
Penulis menjalani uji nyali atau ujian keberanian.

Sejauh 50 meter di hadapan kami, terdapat kamera telefon pintar yang masih bersiaran langsung di Bigo Live dengan lampu hijau dipancarkan serta sebuah walkie-talkie

Kami ditinggalkan oleh para kru yang lain. Penulis duduk di atas kerusi yang disediakan. Jam menunjukkan hampir 2.00 pagi dan keadaan masih dingin. 

Pesanan daripada pasukan BOSSTEAM tika itu mudah, “Jika berlaku apa-apa jangan lari, kami berdekatan dengan awak”. 

10 minit kemudian, terjadi satu lagi insiden yang mengejutkan penulis. Kedengaran jelas seperti seseorang sedang berjalan meredah semak-samun di sebelah dan ia berulang dua hingga tiga kali. 

20 minit kemudian, Ting! kedengaran bunyi umpama dua gelang tangan diketuk. Masa berlalu amat perlahan, 10 minit umpama satu jam. 30 minit berlalu dan kami dijemput semula oleh kru  dan dibawa ke tempat berkumpul.

Alhamdulilah, tiada apa-apa kemalangan yang tidak diingini berlaku. Penggambaran melalui Bigo Live itu disaksikan hampir 2,000 penonton dalam satu masa. 

Bosswan
Bosswan

Sebelum bersurai penulis sempat bertanya Bosswan dari mana terinspirasi untuk membuat pengisian paranormal ini. 

Katanya, “Saya terinspirasi daripada rakan-rakan.  Masa sama ibu bapa saya juga pengamal perubatan tradisional, jadi perkara ini biasa dalam  kehidupan saya. Segala ilmu hutan dan petua yang saya belajar, saya bawa ke dalam Bigo Live untuk berkongsi dan mencari kebenaran terhadap aktiviti paranormal.”

Apa yang pasti, ada babak-babak seram yang terjadi sewaktu eksperimen uji nyali ini dijalankan (terutama semasa ditinggalkan di dalam balai kosong itu). Namun, ia juga pengalaman yang  sukar dilupakan.

Apapun, dengan adanya teknologi canggih masa kini gunakanlah dengan betul untuk kebaikan bersama dan peringatan buat masyarakat. Jangan salah guna ilmu yang ada. Terima Kasih Bigo Live untuk pengalaman ini.

Orang ramai boleh menonton pelbagai kisah menarik paranormal dengan memuat turun aplikasi Bigo Live. - Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN