web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Peranti: Galaxy A52s 5G Memang Puas Hati!

Penulis kami memberikan ulasannya tentang telefon pintar terbaharu Samsung A52s 5G

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 17 September lalu, Samsung telah mengeluarkan satu lagi model telefon pintar iaitu Galaxy A52s 5G dengan Tagline - Katakan Hello kepada Galaxy A52s ‘Next-Level’ Anda. Peranti ini menampilkan pelbagai manfaat, fungsi, prestasi, ketahanan dan gaya dengan harga yang berbaloi.

Jom lihat ulasan penulis kami tentang model ini.

Model ini memaparkan skrin 6’5” Infinity-O FHD+ Super AMOLED yang pasti akan memberikan penglihatan yang jelas ketika menggunakannya. Dengan reka bentuk empat segi tepat, ia kelihatan bergaya saat kita menggenggamnya.  

Dari aspek bateri, ia mempunyai kuasa sebanyak 4.500mAh yang boleh bertahan lama dan masih mengekalkan teknologi Pengecasan Pantas atau ‘Fast Charging’. Selain itu, ia hanya perlu dicas selama 30 minit untuk mendapat kandungan bateri sebanyak 50 peratus. Jadi ia sungguh menjimatkan masa dan memudahkan mereka yang banyak bekerja menggunakan telefon pintar.

Bagi yang gemar merakam video, model ini menggunakan sistem OIS (penstabilan imej optik) dan sesuai untuk individu yang suka mengembara. Visualnya yang stabil dan paparan yang jelas pasti dapat menawan hati pengguna. Ia juga memberikan gambar yang lebih terang namun untuk mod malam atau Night mode penulis berasa prestasinya agak sederhana sahaja.   

Galaxy A52s 5G mempunyai empat lensa kamera iaitu kamera utama (64MP), kamera Ultra Lebar (12MP), kamera ke dalam (5MP), Makro (5MP) serta kamera swafoto (32MP). Jadi pelbagai sudut gambar boleh dirakam serta resolusinya pasti tidak akan mengecewakan anda. Ini menjadikannya kamera yang sangat sesuai untuk berswafoto dan mengambil gambar.

Sesetengah individu menjadikan telefon pintar mereka sebagai alat untuk bermain permainan dalam talian. Ia menjadi satu fenomena dan mendorong orang ramai untuk memilikinya. Jika anda seorang penstrim permainan dalam talian, model ini sesuai kerana telah dinaik taraf dengan melengkapkan pemprosesan Chipset Snapdragon 778G. Ini menyokong tahap kelancaran jika aplikasi permainan tersebut mempunyai pengisian berat seperti permainan Call of Duty Mobile (CODM). Tiada lagi masalah gangguan grafik semasa bermain permainan menggunakan model ini. 

Begitu juga dengan penyimpanan data. Walaupun Galaxy A52s 5G sudah dilengkapi dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB, ia boleh ditambah sehingga 1TB menggunakan kad microSD. Jadi anda tidak perlu risau untuk menyimpan pelbagai bahan dengan jumlah pengisian yang banyak. 

Soal permukaan skrin, anda akan mempunyai keyakinan untuk menggunakanya secara lasak kerana ia dilengkapi dengan teknologi kalis air dan anti habuk. Ia juga menggunakan pelindung skrin Gorilla Glass 5 yang tahan calar. Cukup mantap bagi penggemar aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan seumpamanya. Namun, anda digalakkan untuk menggunakan pelindung atau housing kalis air bagi mendapat perlindungan yang lebih baik .

Satu lagi teknologi yang ada pada model ini adalah sistem suara dan bunyi Dolby Atmos. Pengguna yang gemar mendengar muzik pasti mementingkan sistem ini. Ia mampu menghasilkan suara dan bunyi gema yang sangat jelas serta menakjubkan walaupun tanpa fon telinga. Bagi penulis ini satu kehebatan dan kepuasan yang luar biasa.

Kesimpulannya, dengan pilihan warna hitam dan putih serta harga runcit RM 1,899, model ini masih berbaloi untuk dimiliki kerana teknologi yang diberikan memenuhi kehendak pengguna. Bahkan harganya juga tidak keterlaluan. 

Jadi dapatkan Samsung Galaxy A52s 5G di pautan ini untuk anda merasai kehebatannya.

Gambar: Samsung

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

4

TARA 2 tahun yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN