Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Teknologi Pengecaman Wajah Terunggul di Dunia Kini Di Malaysia

Algoritma NtechLab direka untuk membantu organisasi dan perniagaan membuat keputusan yang lebih baik. Bahkan teknologi ini memperkasakan pihak kerajaan dan perkhidmatan keselamatan untuk bertindak lebih pantas, telus dan mempersiapkan analisis khalayak yang lebih terperinci. 

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 2:43PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NtechLab, peneraju global dalam analitik video, hari ini mengumumkan kemasukannya ke Malaysia dengan FindFace Multi, alat pengesanan wajah, siluet dan kereta dengan tepat dalam penstriman secara langsung.

Algoritma NtechLab direka untuk membantu organisasi dan perniagaan membuat keputusan yang lebih baik. Teknologi ini memperkasakan pihak kerajaan dan perkhidmatan keselamatan untuk bertindak lebih pantas, telus dan mempersiapkan analisis khalayak yang lebih terperinci untuk syarikat-syarikat komersial. 

Dengan menggunakan carian wajah berdasarkan kriteria kecerdasan, sistem dapat mengenal pasti  dan mengesan 'individu yang berkepentingan' hanya dalam beberapa saat. Ini juga memiliki tahap ketepatan yang tinggi dalam mengesan wajah biarpun sebahagiannya tertutup dengan pelitup muka atau pakaian perubatan.

Pengecaman siluet membolehkan pengenalan individu mengikut warna pakaian dan aksesori. Pengecaman kenderaan mengenal pasti jenis rekabentuk, warna, syarikat pengeluar, dan model kereta. Ia berfungsi walaupun plat kenderaan atau bahagian kereta tidak kelihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, NtechLab, Andrei Telenkov, dalam kenyataan medianya memberitahu, Malaysia merupakan negara yang sangat penting untuk memperluaskan kehadiran Ntechlab dalam bidang analisis video.

"Malaysia adalah negara yang sangat penting bagi portfolio perniagaan kami dan akan memperluaskan kehadiran kami dalam bidang analisis video yang semakin meningkat. Kemasukan ke Malaysia menyokong keputusan perniagaan strategik NtechLab dan kempen strategi pertumbuhan global yang bertujuan untuk menawan pasaran baru di rantau Teluk, Amerika Latin dan Asia Tenggara ”, ujar Andrei.

“Pada bulan Ogos, sistem pengenalan wajah NtechLab telah diadopsi oleh kereta api India dalam langkah strategi utama untuk meningkatkan perancangan penting dan mengurangkan jenayah,” ujar Ketua Pegawai Komersial, NtechLab, Liana Meliksetyan.

“Sistem ini akan digunakan di bahagian paling sibuk rangkaian Keretapi India dan memastikan pengiktirafan serentak hingga 50 orang dalam satu kerangka. Kejayaan projek ini meletakkan India ke dalam senarai 30 negara yang sudah menggunakan teknologi kami,” tambah beliau lagi.

Ketua Jualan Asia Tenggara, NtechLab, Dmitry Tameev, pula berkata pihaknya kini mempunyai rakan kongsi di Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam dan masih mencari lebih banyak rakan kongsi di Malaysia untuk mempromosikan teknologi terkini ini.

“Kami kini mempunyai rakan kongsi di Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, dan kami mencari lebih banyak rakan kongsi di Malaysia untuk bersama-sama mempromosikan produk NtechLab, yang semuanya telah menunjukkan keberkesanan yang besar dalam keselamatan, peruncitan, perbankan, dan bidang lain, " ujar beliau.

Algoritma pengenalan wajah NtechLab pada asalnya diintegrasikan ke dalam sistem analisis video di bandaraya Moscow. Fungsi penyelesaiannya membolehkan pengecaman wajah ketepatan tinggi dalam penstriman secara langsung, membandingkan keputusannya dengan pangkalan data individu yang dikehendaki.

Sekiranya terdapat padanan, sistem akan segera menghantar makluman kepada pihak berkuasa. Keseluruhan proses daripada penampilan sebenar seseorang di depan kamera hinggalah ke penerimaan isyarat mengambil masa kurang dari satu saat, yang membolehlah pihak berwajib bertindak dengansegera.

Kaedah pengecaman ini juga boleh digunakan untuk mencari orang hilang. Pada tahun 2020, Ministry of Internal Affairs of Russia mendedahkan lebih daripada 5000 kes jenayah dapat diselesaikan di Moscow dengan menggunakan teknologi terkini ini.  

Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati ntechlab.com 

Gambar: NtechLab

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi