Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Aespa Beraksi Di Pembukaan Wild Rift SEA Championship Grand Finals

Aespa juga bakal muncul dengan album mini pertama mereka, 'Savage' yang turut menampilkan kolaborasi mereka bersama pelakon, penyanyi yang juga penulis lagu dari Amerika Syarikat, Hayley Kiyoko.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2021 8:16AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya laluan Aespa untuk menguasai industri muzik antarabangsa seperti BTS dan Blackpink semakin cerah. 

Ini kerana kumpulan K-pop ini telah dipilih untuk beraksi dalam upacara pembukaan Wild Rift SEA Championship Grand Finals anjuran ESL Mobile Challenge yang akan berlangsung 3 Oktober 2021 ini. 

“Kami sangat teruja apabila dapat menjadi sebahagian daripada Wild Rift SEA Championship Grand Finals ini.

“Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan kami yang akan disiarkan secara live nanti,” kata mereka dalam sebuah video yang dimuat naik untuk peminat-peminat mereka. 

Dianggotai Karina, Giselle, Winter dan NingNing, Aespa yang mula mencipta nama menerusi single pertama mereka, ‘Black Mamba’.

Kumpulan yang ditubuhkan syarikat pengurusan, SM Entertainment in kemudian terus mendominasi carta muzik global dengan megahit mereka, ‘Next Level’. 

Aespa merupakan generasi keempat kumpulan K-pop wanita di bawah naungan SM Entertainment.

Mereka bakal muncul dengan album mini pertama mereka, Savage yang turut menampilkan kolaborasi mereka bersama pelakon, penyanyi yang juga penulis lagu dari Amerika Syarikat, Hayley Kiyoko.

Pasti upacara pembukaan Wild Rift SEA Championship Grand Finals ini adalah permulaan yang baik untuk Aespa mempromosikan Savage yang akan diluncurkan di pasaran pada bulan depan. 

Pengurus Besar Riot Games Southeast dan Taiwan, G. Justin Hulog berkata, dalam tempoh dua tahun lepas, Riot telah berkembang menjadi lebih daripada sebuah syarikat permainan video. 

“Kami sudah mula aktif dengan muzik dan kedua-dua band virtual kami iaitu K/DA dan Pentakill yang telah mengeluarkan EP baharu pada tahun lepas.

“Para peminat e-sukan juga sudah tidak asing lagi dengan usaha-usaha kami dalam bidang muzik, dengan penglibatan MNL48 dalam upacara pembukaan Wild Rift SEA Icon Series Summer Super Cup pada awal bulan Jun tahun ini. 

“Kali ini, kami teruja untuk mengumumkan persembahan Aespa di Wild Rift SEA Championship Grand Finals dan kami ingin terus menggembirakan peminat di rantau ini dengan hiburan yang paling berkualiti,” katanya. 

Mengenai kejohanan ini, 21 pasukan Wild Rift dari Asia Tenggara, Taiwan, dan Hong Kong telah bersaing dengan begitu hebat dalam tempoh dua minggu yang lalu dan kini hanya tinggal lapan pasukan yang masih kekal di League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021.

Kesemua pasukan ini akan bertanding untuk memenangi bahagian terbesar daripada hadiah terkumpul berjumlah USD 200,000 (RM836,600)  dan juga dua slot ke Wild Rift Global Tournament yang bakal diadakan pada bulan November ini.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di saluran-saluran rasmi Riot SEA dan juga saluran-saluran rakan siaran di Twitch, Facebook, dan YouTube. Ia boleh ditonton dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. - Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aespa Tersenarai 'Next Generation Leaders' Majalah TIME!

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran