web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilih Mesin Basuh Tepat Untuk Cucian Lebih Mesra Alam 

Sebagai pengguna, anda sebenarnya boleh memainkan peranan memelihara alam sekitar dengan melakukan perubahan kecil dalam menjalani rutin harian di rumah. 

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 1:13PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan persekitaran yang semakin mencabar, adalah sangat penting untuk kita menjaga segala aspek kehidupan termasuk kesihatan, tempat tinggal dan alam sekitar.

Berikutan norma baharu akibat pandemik, dunia sebenarnya berhadapan dengan masalah pembuangan topeng muka pakai buang yang penggunaannya semakin meningkat saban hari.  Situasi ini tidak dapat tidak perlu dihadapi kerana pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

Jenama elektronik global, Samsung Electronics memahami bahawa menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu menjaga kelestarian alam demi generasi akan datang. 

Oleh itu, Samsung memegang teguh komitmen untuk membolehkan pengguna dari seluruh pelusuk dunia memilih mengutamakan kelestarian alam sekitar melalui pelaburan besar syarikat dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan produk yang mesra alam. 

Antara rutin harian yang banyak menggunakan tenaga ialah mencuci pakaian menggunakan mesin basuh dan mengeringkan pakaian tersebut menggunakan mesin pengering pakaian. Sebagai pengguna, anda sebenarnya boleh memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar dengan melakukan perubahan kecil dalam menjalani rutin harian di rumah. 

Salah satu langkah yang boleh diambil ialah memilih peralatan elektronik yang bukan saja menjimatkan dan pintar, malah ia juga mesra alam. Di sini,  terdapat beberapa tip cucian daripada Samsung untuk anda yang ingin melakukan perubahan.

1. Kurangkan pelepasan karbon dengan teknologi penjimatan tenaga

Penggunaan air panas dalam kitaran cucian menggunakan tenaga dengan banyak. Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan untuk mencuci pakaian anda, pilihlah cucian bersama air sejuk atau tetapan pencucian dengan suhu yang dioptimumkan.

Dengan teknologi EcoBubble™ Samsung, anda tidak perlu risau akan pencucian yang kurang berkesan. Walaupun pada suhu yang sejuk (15°C), teknologi EcoBubble™ akan melarutkan detergen dengan berkesan dan mencampurkannya dengan udara dan air untuk menghasilkan buih yang diserap pakaian bagi menanggalkan kotoran degil. 

EcoBubble™ memberikan penyerapan fabrik yang lebih baik dan kadar penyingkiran kotoran sebanyak 24%. Tambahan pula pakaian anda pasti terjaga dengan prestasi penjagaan pakaiannya sehingga 45.5%.

Cara lain untuk mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan dan bil elektrik adalah dengan mengurangkan masa mencuci. Fungsi QuickDrive yang ada pada mesin basuh Samsung boleh menjimatkan masa cucian hingga 50% tanpa menjejaskan prestasi pembersihan. Anda boleh mencuci baju hanya dalam 39 minit!

2. Mengurangkan penggunaan air dan pencuci

Sebilangan besar detergen pakaian mengandungi mikroplastik, jadi sangat penting untuk menggunakan jumlah detergen yang diperlukan sahaja semasa mencuci pakaian. Walaupun setiap cucian yang anda lakukan akan berbeza, cara terbaik untuk memastikan bahawa anda tidak membazir detergen atau air semasa mencuci pakaian adalah dengan menggunakan fungsi kitaran yang paling sesuai.

Fungsi AI Wash Samsung dapat membantu anda melakukan pilihan yang tepat: AI Wash menggunakan empat jenis sensor yang berbeza untuk mengesan berat cucian anda sebelum mengeluarkan jumlah air dan detergen yang diperlukan untuk setiap cucian. Sensor kekeruhan yang dipatenkan juga memantau tahap kotoran sepanjang kitaran pencucian, menyesuaikan jumlah detergen atau jenis cucian jika perlu.

3. Pilih peralatan mesra masa depan yang dibina untuk tahan lama

Tip terakhir untuk membuat cucian anda lebih mesra alam adalah dengan memilih peralatan yang tahan lama. Ini sekali gus mengurangkan sampah di tempat pembuangan sampah, melestarikan sumber sambil mencegah pencemaran alam sekitar dengan bahan toksik dan pengurangan gas rumah hijau yang terhasil semasa membina memproses bahan baru. 

Produk mesin cuci dan pengering baju Samsung telah direka untuk penggunaan jangka panjang, dilengkapi dengan jaminan supaya pengguna yakin bahawa keputusan mereka adalah yang terbaik buat alam sekitar.

Kredit foto : Samsung Global Newsroom

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN