web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BATERI BIDET: Teknologi Tandas Bersih & Sempurna

Coway Malaysia lancarkan BATERI BIDET untuk menambah baik pengalaman pembersihan kendiri dalam tandas dengan mudah.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 10:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, isu kebersihan dan kesihatan amat diutamakan. Semenjak musim COVID-19 ini, lebih ramai orang memberikan perhatian kepada kebersihan diri, termasuk kerap mencuci tangan dan mandi. 

Bagaimanapun, amalan menjaga kebersihan semasa menggunakan tandas masih belum diberikan perhatian secukupnya kerana topik ini sering dipandang sebagai pantang larang bagi sesetengah orang. 

Hakikatnya, kebersihan dan keselesaan ketika menggunakan tandas amatlah penting untuk kesejahteraan kita dalam menjalani kehidupan.

Coway selaku peneraju teknologi kesejahteraan rumah, berusaha menangani permasalahan ini dengan memperkenalkan BATERI BIDET – pemancur air (bidet) berteknologi tinggi khusus untuk tujuan pembersihan kendiri. 

Lengkap teknologi pintar, urusan pembersihan bahagian aras bawah pinggang kini lebih bersih dan mudah. BATERI BIDET mesra pengguna dan menawarkan pelbagai ciri praktikal. 

Fungsi-fungsi pembersihan yang optimum; secara automatik sebelum dan selepas digunakan bagi menjamin tahap kebersihan yang tinggi. Panel sentuhan menawarkan kawalan mudah, serbaguna bagi beberapa posisi pembersihan.

Terdapat dua kawalan tekanan air dan empat tetapan arah air. Dijana sepenuhnya dengan kuasa bateri, pemancur air ini boleh dipasang di atas tandas anda tanpa soket dinding. 

Reka bentuk nipis dan sofistikated
Reka bentuk nipis dan sofistikated

Sementara itu, sensor tempat duduk membolehkan BATERI BIDET diaktifkan hanya apabila berat pengguna dikesan. Ini bagi mengelak percikan air secara tidak sengaja. Kemungkinan untuk ia aktif semasa anak-anak kecil bermain dan menekan-nekan suis tidak akan terjadi. 

Kawalan pintar pada pelarasan pancutan air pula menjanjikan pengalaman pembersihan yang memudahkan untuk golongan warga emas, orang kelainan upaya dan wanita hamil.

“Kita hidup dalam masyarakat yang amat menggalakkan amalan ‘tanpa kertas’. Apa kata kita terapkan juga amalan ini untuk penggunaan tandas? Selain mengurangkan penggunaan tisu tandas, BATERI BIDET menjimatkan air.”

“Tambahan pula, tiada percikan air merata-rata. Seterusnya mencegah lantai tandas basah. Risiko satu daripada tujuh rakyat Malaysia ‘tergelincir dan jatuh’ di dalam tandas juga dapat dihindarkan,” ujar Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Menjimatkan ruang dan menambah keanggunan tandas
Menjimatkan ruang dan menambah keanggunan tandas

BATERI BIDET berharga RM1390 (tunai). Turut sedia untuk sewaan sedari RM49 sebulan serta hadir bersama perkhidmatan selenggara percuma selama tempoh lima tahun. 

Layari Coway Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 24 Februari 2021

Semua gambar: COWAY MALAYSIA

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tandas Sekolah Dibaik Pulih, Bukankah Ini Reformasi?’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Murid Perempuan Cedera Kepala Ditimpa Tangki Pam Tandas

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi