web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tandas Sekolah Dibaik Pulih, Bukankah Ini Reformasi?’ - Netizen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 8:12AM

Antara tandas sekolah yang sedang dalam proses dibaik pulih. gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai penambahbaikan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah cerminan bahawa reformasi mampu membawa kebaikan.

Mengambil contoh tandas sekolah, keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan untuk membaik pulih prasarana itu disambut dengan penuh kesyukuran, khususnya oleh warga pendidik dan ibu bapa.

Di aplikasi X, Syawana Murad berkata,  dia amat terharu membaca pelbagai perkembangan terkini mengenai proses menaiktaraf tandas sekolah.

Menggunakan handle @Nsyawana dia berkata, senario itu adalah sinar baharu untuk semua sekolah terlibat, selepas sekian lama menggunakan tandas yang uzur.

“Pelbagai update pasal Tandas Sekolah. Syahdu baca posting ni, Bertahun minta budget sebab pam rosak, tandas teruk.

“Jika PMX tak tadbir, sambung lagi tahun ke tahun hal begini diabaikan. Nak listkan byk lagi reform yg hanya under Malaysia Madani,” katanya.

Jelas Syawana, dia sebenarnya tidak pernah terfikir pemimpin bergelar Perdana Menteri boleh memikirkan hal di luar ‘agenda semasa’  seperti tandas sekolah. 

“Tak terfikir sebenarnya seorang PM boleh pandang hal tandas sekolah. Pergilah mana mana posting, semua sebut tandas mostly memang rosak dan bertahun tahun tak dapat guna penuh.

“Tempat mengaji ilmu, hal begini diambil berat. Apatah lagi hal hal besar. Bukankah ini Reformasi,” katanya. 

Menerusi bebenang, Syawana turut menyenaraikan beberapa penambahbaikan lain dibuat di bawah pentadbiran Anwar.

Antaranya, proses menaik taraf medan selera dan pusat penjaga demi memastikan keselesaan penjual serta pelanggan diberi keutamaan.

“Untuk rakyat biasa, hal hal gerai penjaja di tambah baik, tak pernah Ada mana mana PM pandang. Effectnya apa?  Meniaga selesa, pelanggan bertambah, kontraktor kecil dapat Job.

“Korea, Jepun beginilah mereka jaga gerai2 tepi jln bersih Dan kemas. Bukankah ini satu reformasi,” katanya.

Pandangan senada dikongsi akaun @FaktaBukanAuta, yang memetik keadaan terkini tandas di sebuah sekolah di Ipoh, Perak.

“Tahukah anda wajah tandas sebuah sekolah di Ipoh yg menggunakan peruntukan RM70,000 oleh KPM.

“Alhamdulillah cantik sangat kejadiannya. Ada PM guna RM38 juta renovate kediaman rasmi.

“Ada PM guna RM38 juta renovate tandas di 542 sekolah,” katanya.

Hal sama dipetik akaun @asratamalaysia, yang menyarankan supaya pihak sekolah mewajibkan penglibatan pelajar bagi memastikan kemudahan itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Syukur anak-anak sekolah sekarang di bawah PMX. Masih ingatkah bagaimana situasi tandas sekolah kebanyakan kita di seluruh negara?

“Seterusnya adalah tanggungjawab pihak sekolah untuk pastikan kekal bersih dan pastikan pelajar turut terlibat bersama,” katanya. - Getaran, 26 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

3

Semasa 5 hari yang lalu

PM Selar Hipokrasi Barat, Gesa Perpaduan Negara Islam Diperkukuh Untuk Hentikan Kezaliman

4

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

oleh Wartawan Getaran