web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berkhatan Dalam Masa Seminit Dengan Circumstar-1

Datuk Dr Siew Kuang Chong mencipta peralatan berkhatan paling cepat, selamat dan berkos rendah yang dinamakan Circumstar-1.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 5:37PM

Gambar: Sinar Harian

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dahulu apabila bercakap tentang berkhatan atau bersunat kepada anak-anak lelaki, pasti ramai yang pucat lesi. Ini kerana daripada datuk nenek, ibu ayah sehinggalah ibu dan saudara mara akan bercerita tentang kesakitan proses bersunat.

Disebabkan itu, sudah menjadi kebiasaan di kampung, kanak-kanak yang ingin disunatkan akan diraikan beramai-ramai untuk menghilangkan rasa gementar.

Logiknya, proses bersunat dahulu menyakitkan kerana ia dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan ubat bius. Kini, zaman telah berubah, amalan bersunat yang diwajibkan ke atas umat Islam ini menjadi semakin mudah.

Ramai ibu bapa memilih untuk melakukannya di klinik perubatan kerana lebih terjamin keselamatannya, dan yang paling penting tidak menyakitkan seperti cara tradisional.

Gambar: Sinar Harian
Gambar: Sinar Harian

Proses ini menjadi semakin mudah apabila pakar bedah plastik, Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, mencipta peralatan berkhatan paling cepat, selamat dan berkos rendah. Alatan yang dinamakan Circumstar-1 itu merangkul pingat emas dan anugerah khas di 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada pada 28 Ogos lalu.

Bercakap kepada pihak media, Dr Siew memberitahu dia mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk menghasilkan alatan yang merupakan 100 peratus buatan tempatan itu.  Kelebihan utama alatan ini ialah ia hanya mengambil masa seminit berbanding peralatan bersunat yang pernah dicipta oleh beliau sebelum ini. Malah, ia juga tanpa jahitan.

"Ia adalah selamat sepenuhnya dan proses penyembuhan juga agak cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan," ujarnya.

Anak jati Johor itu berharap inisiatif ini boleh menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencipta produk inovasi yang berguna kepada masyarakat.

Sehingga kini, beliau berjaya merangkul 49 anugerah bagi inovasinya termasuk 25 pingat emas dan 11 pingat khas bagi produk pengguna dan peralatan perubatan dalam pertandingan termasuk yang diadakan di peringkat nasional selain di China, Hong Kong, Japan dan Thailand. - Getaran, 22 September 2021


Semua Gambar: Circumstar

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN