web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Periksa Kesihatan Mental Secara Percuma

SEHAT - ciri terbaharu aplikasi SELANGKAH mengurangkan stigma masyarakat terhadap kesihatan mental.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:33AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, seramai satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Baru-baru ini pula, negara kita menyaksikan peningkatan jumlah kes bunuh diri yang mendadak akibat kesan COVID-19.

Sehubungan itu, Selangkah Ventures (SVSB) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan WhatsDoc mengambil pendekatan untuk menyediakan sokongan kesihatan mental dan psikososial secara menyeluruh di dalam aplikasi SELANGKAH.

Melalui Selangor Mental Sihat (SEHAT), ciri terbina dalaman terbaru ini bertujuan bagi menangani pelbagai isu kesihatan mental yang sedang membelenggu penduduk Selangor.

SEHAT bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental, malah program ini juga akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan awal menerusi modul saringan kendiri daripada kaunselor profesional dan forum sokongan.

“Pendidikan kesihatan mental ialah langkah utama bagi mencegah kes-kes baharu. Ia memperkasa masyarakat supaya mereka memahami dan mendapatkan rawatan segera,” kata Dr Muhammad Adil Zainal Abidin, Pakar Perubatan Kesihatan Mental IIUM.

Pakar Kesihatan Awam IIUM, Dr Mohamad Farhan Rusli pula menambah, “Pendidikan dalam talian juga salah satu cara berkesan untuk mendidik orang ramai, sekali gus mengurangkan stigma menerusi perkongsian maklumat yang tepat mengenai kesihatan mental.”  

5 BANTUAN DI HUJUNG JARI

SEHAT boleh diakses menerusi butang khas di skrin utama aplikasi SELANGKAH. Pengguna hanya perlu mengisi maklumat peribadi mereka sebelum menggunakan fungsi-fungsi berikut:

#1 Ujian saringan mental

Anda perlu menjawab soalan untuk menilai kadar tekanan yang dialami. Jawapannya nanti bakal memperlihatkan sama ada anda perlu mendapatkan bantuan profesional atau tidak.

#2 Saringan risiko

Ciri ini mengenal pasti jika anda pernah terfikir (sedar atau separa sedar) untuk mencederakan diri sendiri.

#3 Video psiko pendidikan

Pakar kesihatan kongsi tip dan nasihat mengenai cara bagaimana anda boleh menguruskan kesihatan mental.  

#4 Portal WhatsDoc

Ciri ini akan membawa anda ke aplikasi WhatsDoc di mana anda boleh berbincang mengenai masalah dengan kaunselor profesional atau menyertai kumpulan sokongan dalam talian.

#5 Skala literasi kesihatan mental

Pengetahuan dan pemahaman pengguna terhadap topik kesihatan mental akan dinilai dan diterajui oleh sekumpulan pengamal kesihatan mental dari IIUM

Dibangunkan oleh WhatsDoc, SEHAT adalah percuma dan boleh diakses dengan menggunakan kod promo yang diberikan setelah anda selesai menonton mana-mana video psiko pendidikan. 

Jangan bimbang, semua keputusan analisa kesihatan mental pengguna akan dirahsiakan dan hanya boleh diperolehi oleh panel perubatan dan pakar kesihatan mental untuk penilaian akhir.

SELANGKAH boleh dimuat turun di Google PlayStore, Apple Store dan Huawei App. Layari SELANGKAH.MY untuk maklumat lanjut. - Getaran, 22 September 2021

Semua gambar: Selangkah

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN