Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tingkat Jualan 'Online' Dengan Aplikasi Tepat

Aplikasi Yezza membolehkan anda memiliki kedai 'online' di WhatsApp. Caranya mudah sahaja, hanya perlu mendaftar di Yezza dan boleh berurusan niaga seperti biasa dengan lebih efisien.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 4:16PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan situasi semasa yang membataskan pergerakan ke sana-sini, ramai mula memilih untuk membeli-belah secara online untuk mendapatkan barangan keperluan harian mahupun bagi tujuan lain. Jadi, tidak hairanlah mengapa perniagaan online ketika ini semakin berkembang sehingga membuatkan beberapa platform e-dagang meraih keuntungan luar biasa.

Suatu ketika dahulu, mana mungkin kita dapat melihat program televisyen membuka ruang untuk platform e-dagang membuat jualan secara besar-besar. Kini, ia pendekatan biasa kerana platform e-dagang mampu menyediakan bajet mega bagi tujuan pemasaran mereka. 

Selain membeli-belah di platform e-dagang yang sudah punya nama besar, ramai juga di antara kita gemar membeli di media sosial kerana ada kalanya barangan yang dijual itu lebih unik dan tidak boleh didapati di tempat lain. Situasi ekonomi negara yang terjejas gara-gara pandemik turut membuatkan ramai peniaga mempromosikan jualan mereka di alam siber. Ini norma baharu perniagaan yang harus diadaptasi.

Tidak terhenti di situ, ramai juga di antara kita mula menceburi bisnes online selepas kehilangan punca pendapatan. Sama ada dibuang kerja mahupun majikan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu lagi menanggung kerugian demi kerugian. Dalam satu laporan baru-baru ini, kebanyakan pemilik perniagaan secara online merupakan usahawan muda cuba bangkit untuk memperbaiki situasi kewangan semasa. Adakah anda di antara mereka ini? Jika ya, platform yang mana menjadi pilihan? 

Tidak dinafikan ramai ‘menumpang’ di platform e-dagang dengan membuka kedai sendiri bagi memasarkan produk jualan, namun ramai juga memilih membuat jualan di media sosial seperti di Facebook dan Instagram. Salah satu sebabnya, kerana tidak mahu berkongsi keuntungan atau membayar komisen dengan platform e-dagang.

Walau apa pun pilihan anda, masih ada cara lain untuk memasarkan atau pun meningkatkan hasil jualan. Manfaatkanlah aplikasi digital yang tersedia ketika ini iaitu, Yezza yang membolehkan anda memiliki kedai online di WhatsApp. Untuk memulakan perniagaan di aplikasi perbualan ini, pertama sekali anda haruslah mendaftar di Yezza untuk membina kedai online anda. Proses pendaftaran ini cukup mudah, hanya sembilan minit! Boleh tonton video ini sebelum memulakan pendaftaran.  

Selepas selesai pendaftaran dan memuatkan naik butiran produk-produk yang ingin dijual berserta pilihan pembayaran, anda akan mendapat link kedai sendiri dan link inilah yang boleh dikongsi ke WhatsApp. Andai kata ada yang berminat, mereka hanya perlu tekan link yang diberikan untuk terus dibawa ke kedai anda serta membuat bayaran. 

Selain itu, pelanggan berpotensi juga boleh ‘chat’ dengan anda sekiranya mereka mahukan maklumat lebih lanjut. Satu lagi kelebihan lain ialah, anda juga boleh menguruskan maklumat (database) pelanggan secara sistematik apabila mempunyai akaun dengan Yezza. Jadi, senanglah untuk buat tindakan susulan dengan prospek atau pelanggan di kemudian hari. 

Lihat perbandingan di bawah ini agar anda mendapat gambaran jelas. 

Anda juga boleh merujuk maklumat di bawah untuk melihat bagaimana Yezza berfungsi.

Jika ada cara yang lebih efektif, mengapa masih menggunakan cara lama? Kedai WhatsApp ini sudah semestinya boleh membantu anda meningkatkan jualan. 

Kredit foto : Dimitri Karastelev, Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Cybersecurity Keluar Amaran Aktiviti Menyamar, Tipu Melalui Akaun WhatsApp 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Minat Komuniti Perniagaan Melabur Di Malaysia Bukti Kestabilan Negara - PM

4

TARA 1 tahun yang lalu

7 Tip Guna WhatsApp Lebih Baik Di Bulan Ramadan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi