web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pakaian Bekerja Dari Rumah Yang Bergaya

Bekerja dari rumah semasa COVID-19 mengubah pakaian yang kita pakai semasa bekerja. Memang memerlukan sedikit penyesuaian tetapi ia membantu menjadikan anda lebih peka dan produktif.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 11:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula tahun 2020, amalan Bekerja Dari Rumah (BDR atau WFH) yang dipraktikkan secara meluas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semakin diterima walaupun agak janggal pada awal pelaksanaannya. 

Situasi ini banyak menimbulkan pertanyaan adakah wajar norma baharu bekerja dari rumah ini diteruskan, walaupun pandemik COVID-19 bakal berakhir.

Pada zaman teknologi ini tidak perlu pun kehadiran di pejabat termasuk pekerja berkeperluan BDR seperti, kakitangan awam, pelajar, spa dan kecantikan, peruncit, wartawan dan banyak lagi. 

Mereka boleh guna pelbagai platform di peranti elektronik mudah alih untuk menghantar laporan di mana-mana sahaja termasuk dari rumah. Bekerja dari rumah semasa COVID-19 juga mengubah pakaian yang kita pakai di pejabat. 

Bekerja dari rumah memerlukan sedikit penyesuaian untuk membiasakan diri. Apabila anda berpakaian dengan ‘pakaian sebenar’, itu akan menjadikan perasaan anda lebih peka dan produktif. 

Ia juga berguna apabila majikan anda meminta anda menghadiri panggilan Zoom atau Google Meet pada saat-saat akhir.

Tetapi itu tidak bermakna anda perlu memakai blazer terbaik atau dengan memakai sweatshirt hoodie semata-mata mahupun telekung solat bagi wanita. Anda hanya memerlukan pakaian yang selesa tetapi bergaya supaya terlihat rapi ketika melakukan panggilan video kerja anda.

Untuk membantu, saya mengumpulkan beberapa tip dalam pemilihan pakaian (BDR) yang bergaya dan sangat selesa.

 

Kemeja berwarna cair

Kemeja adalah pilihan yang ideal bagi mereka yang bekerja di pejabat mahupun di rumah. Kemeja merupakan pakaian formal bagi lelaki dan wanita. Kemeja juga sesuai untuk tampak santai bergantung kepada potongan. 

Warna seperti putih dan biru cair, merah jambu cair dan kuning cair adalah pilihan yang sangat baik untuk bekerja dari rumah. Pilih tekstur seperti oxfords dan siku keluang (herringbone) untuk penampilan yang lebih santai tanpa perlu memakai tali leher.

 

Stretch Blazer

Untuk kelihatan lebih sesuai apabila berada di hadapan kamera Zoom, blazer yang paling mudah diubah suai dan disuaipadankan dengan pakaian kasual. Pemilihan material stretchable ataupun elastik membantu anda untuk sentiasa tampil bersedia.

Ini kerana ia material yang tidak mudah berkedut dan jatuhan yang kemas apabila digayakan. Malah ia selesa dipakai terutama di tempat yang tiada penyaman udara. 

Pilihlah warna kelabu dan biru gelap kerana rona ini masih mampu menonjolkan ciri-ciri profesional anda.

 

Blaus yang selesa

Bagi pakaian dalam persidangan video, perlu mempertimbangkan pilihan baju yang lebih selesa. Pemilihan material yang bersifat ringan menjadi keutamaan seperti flanel dan kapas kerana ia boleh digunakan dengan pakaian apa pun selain bekerja dari rumah. 

 

Kemeja Polo

Baju kasual klasik untuk semua orang, kemeja polo sangat bagus untuk sesiapa sahaja yang ingin kelihatan semiformal. Pilihlah corak yang tidak terlalu kasual dan warna dalam kategori medium seperti kelabu dan biru.

Tidak kira apa yang berlaku semasa anda bekerja dari rumah, bahkan anda masih boleh menjaga imej profesional semasa memakai kemeja polo. 

 

Tudung/ Hijab

Bagi wanita yang bekerja di rumah, tudung yang paling sesuai dan mudah digayakan adalah jenis instant ataupun sarung. Tidak kira apa jua pemilihan tudung, pastikan ianya perlu kemas.

Pemilihan gaya clean cut, memudahkan anda untuk membuka dan memakai kembali tudung jika perlu terutama untuk mereka yang sentiasa bersedia untuk panggilan video persidangan.

Pemilihan tudung jenis bawal atau selendang juga disarankan untuk mereka inginkan sesuatu yang ringkas, tampak cantik dan selesa. 

 

Kardigan

Kardigan merupakan pakaian pilihan utama bagi wanita. Ianya pakaian tambahan bagi pakaian luar untuk menutup aurat. Mempunyai sama fungsi dengan blazer tetapi materialnya lebih nipis dan selesa.

Kardigan akan memberi anda faktor keselesaan yang tidak dapat ditandingi dan masih mampu untuk tampil dalam gaya semiformal. - Getaran, 14 Ogos 2021

*Fara Azeerin Binti A. Karim merupakan seorang pensyarah fesyen dan pakaian di Kolej Komuniti Raub, Pahang. Berkelulusan Sarjana dalam Teknologi Rekaan Fesyen UiTM Shah Alam, beliau juga pernah berkhidmat sebagai penata gaya untuk rangkaian stesen TV swasta seperti Astro dan Media Prima.

Isu Pada

Whulandary – Puspa Bangsa Di Bumi Malaysia

14 Aug 2021

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini