Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Amora Lemos Bakal Ikut Jejak Krisdayanti Jadi Penyanyi?

Eksklusif kali ini, Freda Hassan menghubungi Krisdayanti di Jakarta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai puteri keduanya, Amora Lemos dan bakat nyanyiannya yang semakin menyerlah.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aura penyanyi Indonesia Krisdayanti sebagai penghibur terkenal masih menyengat sehingga kini.

Setiap kali diva tersebut menjayakan konsert sama ada di Kuala Lumpur, Jakarta atau Singapura, beliau pasti berhasil memukau peminat dengan persembahan luar biasa sebagai penghibur papan atas.

Bakat Krisdayanti itu diwarisi anak perempuannya, Aurel Hermansyah yang baru-baru ini muncul dengan single duet berjudul 'Hari Bahagia' bersama suaminya, Atta Halilintar.

Sehingga kini, lagu 'Hari Bahagia' mendapat 42 juta tontonan di YouTube. Hebat bukan? Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi?

Nampaknya, seorang lagi puteri kesayangan Krisdayanti iaitu Amora Lemos juga berbakat seperti ibu dan kakaknya.

Tiga bulan lepas, Amora yang bakal menginjak usia 10 tahun pada 15 September ini menyanyikan semula lagu Inggeris, 'Heather' sambil bermain piano yang dikongsi di YouTube.

Penghayatannya cukup mengagumkan malah penguasaan bahasa Inggeris Amora juga sangat baik.

Eksklusif kali ini, penulis menghubungi Krisdayanti di Jakarta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Amora. Krisdayanti yang kini aktif dengan dunia politik berkongsi rasa syukur dikurniakan anak yang berbakat. 

“Kehadiran anak dengan bakat itu adalah rahsia Tuhan dan kita harus bersyukur.  Dia sudah menunjukkan minat suka menyanyi ketika berusia empat tahun termasuk menerusi bahasa tubuh,” katanya. 

Rupa-rupanya Amora didedahkan dengan kelas muzik seawal usia empat tahun. Akui Krisdayanti atau mesra disapa Mimi, pendedahan awal telah berjaya membuatkan Amora lebih genius dalam hal ketepatan nada apabila menyanyikan sebuah lagu.

“Saya hanya boleh menyanyi tetapi untuk mencari ketepatan note, saya masih meraba-raba. Amora walaupun sekadar bersenandung, dia tahu kord dan note yang tepat.

“Jadi, apabila menyanyi ditambah lagi dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, dia melantunkan suaranya secara natural,” katanya. 

Jelas isteri kepada Raul Lemos itu lagi, untuk menjadi penyanyi pada zaman sekarang mungkin tidak seperti dahulu.

“Saya fikir dengan rujukan muzik yang lebih luas, anak-anak zaman sekarang boleh menyanyi dengan baik. Saya tidak tahu apa mungkin Amora mempunyai pendengaran yang baik (muzik) sehingga dia mampu berimaginasi dengan rujukan muzik internasional,” katanya. 

Ditanya sama ada dia dan suaminya, Paul Lemos menggalakan Amora menyanyi, penyanyi yang popular dengan lagu 'Menghitung Hari' dan 'Mencintaimu' itu mendedahkan mereka mempunyai perspektif yang berbeza. 

“Ayahnya mahu Amora menamatkan persekolahan dan berharap dia menjadi seorang doktor. Ayahnya tidak melihat nyanyian akan menjadi karier Amora. 

“Ada rasa ingin tahu di hati saya, tidak mungkin anak ini tidak ada bakat dalam bidang muzik kerana separuh dalam dirinya ada darah saya. Anak adalah gabungan orang tuanya dan kalau berbakat dan dilatih, secara teknikal dia akan ada ilmu untuk boleh menyanyi,” katanya. 

Sudah tentu Amora turut menjalani latihan vokal pada usia muda kerana latihan demi latihan dapat menajamkan lagi bakat sedia ada itu. 

Namun, diva kesayangan ramai itu bukanlah guru vokal kepada anaknya. Saat ditanya mengapa bukan dia, penyanyi yang peramah, berjiwa rendah hati dan mesra media itu menjelaskan biarlah tugas itu digalas mereka yang lebih mahir. 

“Sebagai orang tua memang saya berbakat tetapi kalau Amora bertemu guru vokal itu lebih baik. Saya mungkin ada pengetahuan tetapi tidak ada keupayaan untuk mengajar teknik yang tepat. Mungkin dorongan kita menjadi emosi atau manja.

“Namun, jika dengan gurunya, akan ada persaingan dan cabaran dalam setiap kelas yang dihadiri,” ujar Krisdayanti. 

Berdasarkan koleksi nyanyian Amora di YouTube, Amora dilihat lebih cenderung membawakan lagu Inggeris berbanding lagu Indonesia. Ketika ditanya mengenainya, ini respons Krisdayanti tanpa berselindung.

“Mungkin dari kecil dia belajar di sekolah antarabangsa jadi dia ada kelemahan jika menyanyi lagu Indonesia. Tidak bagus menyanyi lagu Indonesia jika sebutannya kaku. Semua gurunya menyarankan dia harus banyak membaca buku bahasa Indonesia,” kata Krisdayanti seraya ketawa. 

Sebagai orang tua, beliau dan suami pasti mahukan  yang terbaik untuk Amora. Menurut Krisdayanti, suaminya ada perancangan untuk bawa Amora ke luar negara selepas pandemik reda nanti.

 Untuk apa membawa Amora ke luar negara Kris?

“Untuk rasa bagaimana rakaman di luar negara. Boleh dapat lagu Inggeris yang bagus. Apapun, biarlah dia habis belajar dahulu dan capai cita-citanya, mungkin menjadi doktor seperti yang kami harapkan,” kata Krisdayanti. 

Mengulas perkembangan terkini, Krisdayanti muncul dengan lagu 'Hanya Memuji' yang dinyanyikan semula bersama Sandhy Sondoro. 

Lagu ciptaan Melly Goeslaw itu pernah dipopularkan Shanty dan Marcell sebelum ini.

Selamat maju jaya kepada Amora Lemos. Semoga dia menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya nanti! - Getaran, 14 Ogos 2021

Gambar: Ihsan Krisdayanti

Isu Pada

Whulandary – Puspa Bangsa Di Bumi Malaysia

14 Aug 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA