Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jeritan Ezah Hashim

Berkat suara yang merdu dan penampilan rupawan, Ezah Hashim menjadi wajah TARA pilihan kami dari Brunei Darussalam untuk kali ini. Dengarkan ‘jeritan’ sanubarinya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 9:01AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jauh nun di Kota Belait, Brunei Darussalam, muncul seorang penyanyi wanita cantik yang punya suara cukup mahal.  Bakatnya tidak hanya menyanyi, tetapi dia juga berkebolehan menulis lagu sendirinya. 

Bermula dengan lagu ‘Seluruh Nafasku’, ‘Tertulis’ dan ‘Tiada Cinta Lain’, dia kini muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Jeritan.’  Penyanyi dan penulis lagu berbakat yang dimaksudkan ini ialah Ezah Hashim, 31.

Mengisahkan tentang cinta yang tidak berbalas, namun hati tidak pernah berubah mencintai seseorang itu sekalipun tidak punya jodoh untuk bersama, kisah lagu ini sama sekali tidak punya kaitan dengan kehidupan peribadi Ezah Hashim. 

Hakikatnya dia cukup bahagia sekali bersuamikan Mohammad Alizul Helmi (Asde Nawang), 31. Selepas mendirikan perkahwinan dengan lelaki yang setia menyuntingnya sebagai suri hidup pada 7 Mac 2014, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata yang comel, Nur Qalisha Medina, 6 tahun dan Nur Hanna Kayyisa, 1 tahun 3 bulan. 

“‘Jeritan’ hanyalah sebuah lagu yang saya hasilkan untuk hiburkan peminat. Sebelum ini, saya mencipta lagu berdasarkan lirik lagu terlebih dahulu. 

“Tapi dalam ‘Jeritan’, saya telah membuat kelainan apabila menghasilkan melodi terlebih dahulu dan untuk lagu ini, saya telah menggunakan khidmat Sang Hikayat sebagai penulis lirik. 

“Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya tidak menulis lirik untuk lagu saya kali ini. Sebenarnya tidak ada sebab-sebab lain. Cuma saya percaya dengan hasil karya Sang Hikayat.

“Dia seorang penulis lirik yang hebat di Brunei dan telah banyak menghasilkan lirik lagu penyanyi-penyanyi di negara ini. Malah, dia pernah menulis untuk lirik lagu saya sebelum ini iaitu ‘Seluruh Nafasku’,” katanya memberi penjelasan. 

Setelah menghasilkan tiga lagu ciptaan dan nyanyiannya sendiri, Ezah mengakui amat gembira dan berbangga sekali apabila ‘Jeritan’ menerima maklum balas yang cukup baik sekali di kalangan peminat-peminatnya di Brunei. 

Namun, pada masa yang sama, model dan influencer ini  juga berharap agar ‘Jeritan’ dapat diterima di kalangan pendengar muzik di negara jiran tetangga lain. 

“Jauh di sudut hati, saya mahu sekali menyebarkan lagu ini ke negara jiran tetangga. Jika lagu saya ini dapat diterima di negara jiran tetangga, saya rasa itu bakal menjadi pencapaian yang baik. 

“Hasrat dan matlamat saya itu bukanlah untuk mencari publisiti atau populariti tetapi apa yang penting, saya mahu negara jiran tetangga mengetahui bahawa di Brunei pun ada lagu-lagu yang berkualiti dan ada penyanyi-penyanyi yang berpotensi.

“Bukan untuk diri saya seorang sahaja tetapi juga untuk penyanyi-penyanyi lain di Brunei.

“Malah, kalau ada peluang juga, saya mahu sekali tampil dan membuat persembahan di negara jiran berdekatan dan jika ada pihak yang berminat mengedarkan lagu saya di Malaysia umpamanya, sudah pasti ia satu peluang terbaik yang tidak akan saya lepaskan,” katanya dengan penuh bersemangat. 

Bekerja di sebuah syarikat perbankan di Brunei, Ezah mengakui bahawa dia terpaksa membahagikan masa dengan bijak di antara pekerjaan utama dengan rumah tangga serta nyanyian. 

“Alhamdulillah, setakat ini, saya masih mampu bahagikan waktu untuk keluarga dan kerjaya. Lagipun saya suka bekerja dan tidak suka duduk diam. 

Show nyanyian dan peragaan pun tidak selalu. Bila ada show baru saya akan sibuk. Kalau tidak ada show nyanyian dan peragaan, saya akan luangkan waktu untuk keluarga serta hasilkan kandungan untuk platform media sosial saya. 

“Tapi, pada hujung minggu, saya akan pilih satu hari untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga dan saya tidak akan memegang telefon bimbit langsung,” katanya. 

Ezah juga turut melahirkan rasa syukur yang amat besar kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami minatnya dalam bidang nyanyian. 

“Mungkin kerana dia sendiri seorang penyanyi, jadi dia bukan hanya setakat menyokong tetapi turut  membantu untuk mengatur perjalanan kerjaya seni saya dengan bertindak sebagai seorang pengurus. 

“Ada juga yang sarankan kami untuk berduet bersama. Sudah tentu saya mahu. Sebenarnya, saya pun ada menyatakan hasrat untuk berduet dengan dia. 

“Tapi dia yang tidak bersedia. Katanya, dia mahu keluarkan single baharunya dahulu. Kemudian dari situ, barulah kami berdua boleh berkolaborasi bersama.

“Apa pun, sebagai pasangan suami isteri, kami saling meletakkan kepercayaan antara satu sama lain dan selagi dia memberi keizinan untuk saya menyanyi, saya akan teruskan menyanyi,” katanya dengan suara penuh ceria. 

Memandangkan dunia muzik di Brunei tidak sebesar mana, Ezah berkata, hubungan sesama rakan-rakan penyanyi yang sedia ada sangat akrab dan mereka saling menyokong di antara satu sama lain. 

“Kami sama-sama menyokong antara satu-sama lain. Kami tumpang gembira jika mereka berjaya mengeluarkan lagu dan saling diterima. Kami tumpang bangga dengan kejayaan masing-masing. 

“Sebenarnya ada ramai penyanyi berbakat di Brunei. Dalam bulan Jun sahaja, ada lebih 10 penyanyi yang keluar dengan single baharu. 

“Ada di antara mereka ini dari kalangan penyanyi yang sudah established dan ada juga penyanyi dari kalangan bakat baharu. 

“Ada yang menyanyikan lagu ciptaan komposer dan ada juga yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan sendiri. Contohnya macam Fakhrul Razi. Tidak kisah siapa pun, kita saling menyokong dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaharu masing-masing,” katanya. 

Bercakap mengenai Fakhrul Razi, Ezah berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah dipelawa Fakhrul Razi untuk berduet dalam sebuah lagu untuk projek akan datang. 

“Sejujurnya, saya memang ada hasrat untuk berduet dengannya. Tapi saya tidak berani hendak luahkan hasrat saya kepadanya. 

“Sebab siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan dirinya, sedangkan dia adalah seorang penyanyi lelaki yang sedang top di Brunei pada masa kini. 

“Tapi, tak sangka pula dia punya hasrat yang sama dan saya rasa sangat beruntung sekali dan sudah semestinya saya tidak sabar menantikan projek ini. 

“Sebenarnya saya tidak pernah lagi membuka cerita ini kepada sesiapa. Kiranya, ini kali pertama saya berkongsi berita ini dan kebetulan pula kepada portal Getaran,” katanya dengan suara yang penuh keterujaan. 

Digelar Wany Hasrita Brunei, Ezah berkata, dia sama sekali tidak mengerti mengapa dia diberi gelaran sebegitu. 

“Bagi saya Wany Hasrita dengan saya jauh berbeza. Dia adalah seorang penyanyi yang hebat dan sangat popular. Suaranya juga sangat sedap dan dia sangat cantik. 

“Mungkin juga kerana saya saya berhijab dan mempunyai ketinggian seperti Wany. Mungkin kerana itu orang menggelar saya seperti itu. Tapi, saya benar-benar menghormati Wany Hasrita,” katanya lagi. 

Menyentuh mengenai kenangan manis sejak bergelar penyanyi rakaman, Ezah Hashim berkata, dia tidak dapat melupakan insiden sewaktu dipilih untuk menjadi penyanyi undangan kepada Khai Bahar dalam satu private show

“Di dalam private show itu, saya juga telah diberikan kepercayaan oleh Khai Bahar sendiri untuk berduet dengannya dan akhirnya kami membawakan bersama lagu ‘Percayalah.’ Lagu itu adalah persembahan penutup di dalam show tersebut. 

“Tidak sangka pula ramai yang sukakan duet kami dengan lagu itu hingga Khai Bahar telah mengundang saya untuk membuat cover lagu itu di dalam YouTube sebelum dia pulang ke Malaysia. 

“Ia memang suatu kenangan dan pengalaman yang cukup berharga. Terus terang saya sebenarnya sangat gementar bila diminta berduet bersama. Apatah lagi, saya tengah starstruck kerana dapat berjumpa dengan dia secara depan-depan. 

“Siapa tahu, suatu hari nanti saya akan dapat merakamkan sebuah lagu dengan Khai Bahar. Siapa tahukan? Tak salah berangan,” katanya sambil tertawa menutup bicara.

Semoga bintang Ezah Hashim akan terus bersinar dan semoga rezekinya untuk melebarkan sayap ke luar Brunei akan tercapai. Kami di Getaran akan sentiasa memberikan sokongan. - Getaran, 31 Julai 2021.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Ezah Hashim

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri  

Teks : Elyna Ali

Suntingan Teks: Ili Farhana

Busana dan Aksesori: Bilang

Solekan : Khalil Kashfi

Jurugambar : Malik Razak

Juruvideo : Asde Nawang

Pembantu Penerbitan : Nasrah Sahrani

Suntingan Video : Muharram Kassim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  Pantai Serasa, Brunei Darussalam

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 23 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Muzik 2 bulan yang lalu

FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi