Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PROTON X70 SE – Sangat Istimewa!

Baca ulasan lanjut mengenai Proton X70 SE (Special Edition) dari Shazreeq Alhadi

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang diketahui umum, Proton telah melancarkan edisi khas model SUV mereka X70 pada minggu lepas. Model khas ini dikenali sebagai Proton X70 SE (Special Edition).

Disebabkan pandemik COVID-19 buat masa ini bertambah buruk, saya tidak dapat memandu uji SUV ini. Tetapi jangan risau, pengalaman pemanduan tetap sama dengan Proton X70 yang sedia ada. 

Kita sedia maklum Proton X70 versi 2020 (CKD) telah dilancarkan pada awal tahun lepas dengan keseluruhannya terdapat empat varian untuk pengguna – 2WD Standard, 2WD Executive, 2WD Premium dan varian teratas, 2WD Premium X.

Enjin yang dibekalkan sama untuk semua varian; 4G18 TD 1.8 liter turbo suntikan terus (Direct Injection) yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar automatik (Dual Clutch Transmission). Jadi mari kita lihat apakah pembaharuan yang dibuat untuk model SE ini.

 

PRESTASI & PEMANDUAN

Untuk model SE yang baharu ini, tiada perubahan sistem mekanikal. Maksudnya di sini, model SE masih menerima enjin 1.8 liter yang dipadankan dengan kotak gear DCT pada model sedia ada Proton X70.  

Secara jujurnya, jentera Proton X70 SE ini sangat berkuasa. Kita boleh lihat sendiri bekalan 181hp kuasa kuda serta tork maksima 300Nm daripada enjin mampu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan. 

Perbezaan kuasa enjin ini sangat ketara berbanding model-model saingan seperti Honda C-RV, Volkswagen Tiguan dan lain-lain. Ini membolehkan pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 9.5 saat sahaja. 

Penggunaan petrol pula adalah hanya sebanyak 7.6 liter untuk setiap 100km. Sistem suspensi yang lembut juga membantu meningkatkan prestasi pemanduan.

Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Multi-link (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar Continental UltraContact UC6 bersaiz 225/55R19 (sama seperti 2WD Premium) dengan padanan rim bersaiz 19 inci edisi khas dengan rekaan lebih unik.

 

KESELAMATAN

Untuk sistem keselamatan pula, Proton X70 SE dilengkapi dengan sistem yang sama terdapat pada model 2WD Premium. 

Sistem keselamatan standard seperti enam beg udara (hadapan, sisi dan curtain), ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak, sistem ABS brek bersama EBD dan BA adalah sangat membantu untuk mewujudkan pemanduan yang selesa dan selamat. 

Selain itu, dengan adanya sistem Pegangan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Traction (TC), Hill Hold Assist, Hill Descent Control dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), ia memberikan anda bantuan yang sangat berguna semasa memandu. 

Proton X70 SE juga dilengkapi dengan sistem keselamatan tambahan yang sama seperti varian 2WD Premium termasuk Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS),  Adaptive Cruise Control (ACC), kamera 360-darjah, sistem ADAS merangkumi Brek Kecemasan Automatik (AEB), empat penderia parkir hadapan, Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Pemantau Titik Buta (BLIS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Sistem Amaran Bukaan Pintu (DOW) dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (HBC).

 

KABIN

Ruang pemanduan yang luas dan sangat selesa. Penambahbaikan di bahagian kabin Proton X70 SE ini sangat ketara. 

Pada bahagian dalaman, tempat duduk Proton X70 SE adalah balutan kulit Nappa dalam kekemasan hitam dipadankan pula jahitan benang kombinasi putih dan merah. Ini berbeza dari model 2WD Premium, yang memiliki berbanding kulit Nappa berwarna perang. 

Proton X70 SE juga didatangi dengan satu set karpet lantai edisi khas, dengan sulam logo SE. Untuk roda stereng, Proton X70 SE menerima kekemasan kulit edisi khas yang dipadankan dengan jahitan benang putih. 

Manakala pada bahagian kabin Proton X70 SE menerima paparan instrumen LCD 7 inci, Push-start Button enjin, sistem Air-Cond dual zon dengan blower di bahagian belakang berserta sistem penyegar udara. 

Cermin pandang belakang yang dilengkapi dengan fungsi auto-dimming serta lampu selamat datang menambahkan lagi keistimewaan edisi khas ini. Kedua-dua tempat duduk hadapan dilengkapi dengan electric control setting

Untuk bahagian sistem infotainment pula, Proton X70 SE diberikan skrin infotainment 8 inci dengan arahan suara ‘Hi, Proton’ seperti biasa. Skrin infotainment ini juga membolehkan anda strim muzik dalam talian dan menggunakan sistem navigasi. 

Telefon pintar juga boleh dihubungkan melalui hotspot 4G Wi-Fi. Skrin infotainment ini dipadankan dengan sembilan pembesar suara termasuk subwoofer. Bagi pemantauan status kenderaan serta memberikan fungsi kawalan jauh untuk sistem seperti tingkap berkuasa, Aplikasi Proton Link dibekalkan.

 

REKA BENTUK

Reka bentuk Proton X70 SE tidak berbeza dengan model X70 sedia ada. Rekaannya gagah dan sangat maskulin, sesuai dengan penampilan sebuah kenderaan utiliti sukan. 

Ukuran Proton X70 SE ini adalah 4,519mm panjang, 1,831mm lebar, 1,694mm tinggi dan 2,670mm jarak roda. Ruangan but belakang mempunyai keluasan 515 liter, mampu untuk menampung barangan besar serta barangan keperluan keluarga. Bagi perincian lain, ianya sama seperti 2WD Premium. 

Ini termasuk lampu projektor hadapan LED yang disertakan dengan Daytime Running Light, lampu kombinasi belakang LED, lampu kabus hadapan LED, Automatic Wipers, Smartkey System serta pintu tailgate berkuasa dengan operasi tanpa sentuhan. 

Proton X70 SE juga menerima tema warna badan luaran dengan dua tona warna; cermin sisi, spoiler belakang dan bumbung diberi kekemasan hitam. Emblem SE juga terdapat di pintu belakang.

Proton X70 SE ditawarkan dengan hanya dua warna. Warna yang pertama adalah Ruby Red sama seperti yang ditawarkan pada X70 sedia ada, manakala satu lagi adalah Ocean Blue. Warna biru laut ini tidak pernah ditawarkan pada mana-mana varian Proton X70 sebelum ini.

 

RUMUSAN

Anda perlu hadir ke mana-mana showroom Proton untuk pandu uji sendiri Proton X70 SE dan lihat sendiri kekemasan dan perbezaan yang hadir pada X70 edisi khas ini. Ia ternyata satu pengalaman dan pembelian yang sangat berbaloi. 

Harganya ialah RM116,800 atas jalan (tanpa insurans), termasuk pengecualian cukai jualan oleh kerajaan sehingga hujung tahun ini. Edisi khas ini terhad, dihasilkan hanya 2,000 unit sahaja. Untuk lebih info, layari Proton.com/ - Getaran, 31 Julai 2021


 

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi