Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Ruang Untuk Positiviti Toksik Kala Pandemik Ini

Memperakui keperitan dan menzahirkan kesyukuran dalam penjagaan kesihatan mental di tempat kerja.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 9:08AM

Gambar hiasan oleh Hannah Busing, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu kesihatan mental semakin meningkat semenjak pandemik COVID-19 ini berlangsung. 

Majikan dan pekerja perlu berusaha dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif demi menjaga kesihatan mental semua. 

Secara lazimnya, langkah-langkah ini termasuklah komunikasi berkumpulan yang berterusan dan gaya pengurusan yang bukan hanya berdasarkan urusan kerja semata-mata. 

Menurut pensyarah dan pakar psikologi klinikal, Dr. Pamilia Lourdunathan, terdapat teknik dalam cara pengurusan dan komunikasi. 

Seseorang itu juga harus berhati-hati dan peka dengan gaya pertuturan mereka. “Terdapat anggapan bahawa seseorang itu harus sentiasa bermotivasi tinggi dan kekal optimis.

“Namun begitu, pendekatan begini tidak sesuai bagi mereka yang sedang mengalami tekanan emosi dan mental, kesepian serta kelesuan sepanjang tempoh yang mencabar ini.”

“Meminta mereka untuk melihat dari sudut positif mungkin tidak membantu, malahan dapat membahayakan lagi individu itu dari aspek psikologi,” kata Dr. Pamilia. 

Pensyarah dan pakar psikologi klinikal, Dr. Pamilia Lourdunathan
Pensyarah dan pakar psikologi klinikal, Dr. Pamilia Lourdunathan

Tambah Dr. Pamilia lagi, hanya menumpukan kepada sudut positif dan mengabaikan topik serta isu yang membawa kesan negatif terhadap emosi hanya akan mengaburkan punca sebenar masalah.

“Masalah-masalahnya boleh jadi kegelisahan, kemurungan, kesedihan dan sebagainya.

“Kata-kata yang sering diungkapkan seperti ‘perkara ini mungkin lebih teruk’, ‘kekalkan positif’ atau ‘bersyukurlah’ untuk menutup perbincangan tentang keadaan emosi seseorang merupakan contoh bentuk positiviti toksik,” jelas Dr. Pamilia. 

Perbuatan positiviti toksik ini boleh mendorong emosi negatif yang lebih serius jika dibiarkan. Ia mungkin akan mengakibatkan masalah kesihatan mental lebih serius. 

Sebaliknya, Dr. Pamilia mencadangkan adalah lebih baik jika keperitan seseorang itu diperakui dan mereka diberikan ruang untuk mendalami dan meluahkan apa yang mereka lalui tanpa halangan.

Menurut beliau, corak dan nada perbualan perlu diubah daripada kata-kata seperti ‘semuanya akan baik-baik sahaja’ atau ‘anda perlu positif dan terus maju ke hadapan’ kepada ‘tidak mengapa kalau perasaan tidak okey’ atau ‘mari kita cari penyelesaian sama-sama’.

Amalan begini membolehkan kita untuk fokus kepada perasaan dalaman dan seterusnya dengan kasih sayang dapat membawa perubahan yang positif. Itu sikap yang munasabah dan seimbang. 

“Keseimbangan antara memperakui keperitan yang dialami dan memberi ruang untuk bersyukur dapat membentuk tindak balas emosi yang tulen. Kesyukuran yang tulen adalah lebih sihat dan ia mampu mengubah corak pemikiran seseorang ke arah positif,” ucap Dr. Pamilia. 

Berbicara soal kesyukuran, pengasas Signature Market, Edwin Wang berpendapat kesyukuran menjadikan emosi dirinya lebih stabil. Oleh itu, dia dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan membawa hasil yang positif terhadap perniagaannya di kala pandemik. 

Pengasas Signature Market, Edwin Wang
Pengasas Signature Market, Edwin Wang

“Sebagai seorang pemimpin dalam organisasi, mempraktikkan rasa syukur adalah sesuatu yang penting kerana apa yang saya percaya, saya akan menjadikannya kenyataan.”

“Saya memilih untuk percaya yang saya mempunyai pasukan yang terbaik. Walau bagaimanapun prestasi mereka, saya selalu mengingatkan yang mereka telah melakukan sebaik mungkin.”

Tambah Wang lagi, corak pemikiran pemimpin juga adalah sangat penting. Berdasarkan pengalaman, pekerja yang kurang yakin diri akan mempengaruhi prestasi kerja mereka. 

Wang berkata, “Semua pekerja sebenarnya mahu melakukan pekerjaan dengan baik tapi tanpa disedari mereka mungkin atau tidak sedar mempunyai fikiran negatif.”

“Sebagai pemimpin saya menggunakan modul ‘Badan, Emosi, Bahasa’ (BEB) dalam usaha membimbing mereka. Saya wujudkan suasana yang telus untuk membawa kesedaran terhadap pemikiran mereka.”

“Melalui kesedaran itu, mereka tidak lagi bertindak mengikut tingkah laku kebiasaan, tetapi mereka sekarang sudah ada pilihan.”

Pengasas e-dagang langsung-ke-pengguna itu turut mencadangkan supaya diadakan sesi penghargaan bulanan bersama semua pekerja untuk menghargai mereka. 

Apabila pekerja berasa dihargai, mereka akan bangga dengan kemampuan diri. Sikap yakin terhadap diri sendiri adalah penting kerana mereka tidak perlu ada kemahiran luar biasa untuk berjaya. Apabila mereka sudah yakin dengan keunikan diri, mereka sudah pun menjadi luar biasa.

Sebenarnya, budaya ini telah diamalkan di kalangan pasukan Signature Market sejak 3 tahun lalu. Pada masa kini, walaupun bekerja dari rumah (BDR), mereka masih berkerja secara berpasukan, bersama-sama bagi mencapai tujuan yang diimpikan.

“Pemikiran adalah kunci bagi mewujudkan organisasi inovatif yang bertaraf dunia di Malaysia. Syarikat-syarikat tempatan secara umumnya, masih belum mencapai tahap ini.”

“Perihal ini bukan hanya sekadar menyediakan bean bags yang berwarna-warni dan meja ping pong di ruang pejabat. Ia adalah tentang bagaimana pihak pengurusan itu menjaga kebajikan aset terbesar syarikat iaitu pekerja mereka,” akhiri Wang. – Getaran, 25 Julai 2021

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi