Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


5 Soalan Bersama Isz Ahmad: Abang ‘Sado’ Pun Terkesan!

Mengungkap pandangan ahli bina badan profesional sepanjang wabak COVID-19 ini berlangsung.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 8:59AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukanlah menjadi suatu rahsia lagi, semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat turut berasa terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pihak kerajaan di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19. 

Dengan penantian yang tak kunjung tiba. Dengan kes jangkitan yang semakin hari, semakin menggila. Harapan kita untuk menjalani kehidupan normal seperti dahulukala, hampir tidak mungkin menjadi kenyataan lagi. 

Dan sudah lebih setahun sejak wabak ini terjadi, kita sudah biasa mendengar keluh-kesah daripada barisan hadapan, penghantar-penghantar makanan atau golongan marhaen, tetapi tidak ramai yang tahu tentang kepayahan arena sukan, terutamanya ahli-ahli bina badan. 

Siapa bilang, ‘orang kuat’ tidak terkesan? Mereka bukanlah golongan rentan, bukan juga golongan kalis wabak. Seraya itu, kami mendapatkan pandangan ahli bina badan profesional, Muhd Ismail Ahmad (36) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Isz Ahmad (@pro_iszahmad).

Bersama pemilik Legend Beisz Fitness dan Beisz Meal ini, berbincangkan tentang perubahan dalam arena bina badan kala wabak, cabaran-cabaran yang dihadapi dan peri pentingnya pemikiran positif dalam menjalani kehidupan norma baharu yang lebih sihat dan selamat. 

1 – Bila bermula?

Sedari zaman sekolah, saya seorang atlet olahraga dan aktif bersukan. Pada usia 20 tahun, saya mula bersenam di gimnasium secara komited dan seterusnya terus berkecimpung di dalam arena bina badan sehingga sekarang. Sudah 16 tahun saya berada dalam bidang ini secara profesional.

Sekitar 2011, kategori ‘Badan Cantik’ dalam kejohanan bina badan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Buat masa ini sudah 26 kejohanan tempatan saya menangi. Sayangnya, saya tidak sempat bertanding untuk kejohanan antarabangsa pada 2020 lalu kerana wabak COVID-19 ini. 

Sepatutnya saya bertanding di Las Vegas (Jun) dan Paris (November), tetapi buat masa sekarang segalanya tertangguh. Sebelum saya layak bertanding ke peringkat dunia itu, saya sudah pun memenangi empat kejohanan bina badan di peringkat Asia (China, Jepun, Taiwan dan Indonesia). 

2 – Bagaimana dunia bina badan sejak wabak COVID-19 ini berlangsung? 

Pada pandangan saya, terpulang kepada individu. Jujurnya, saya masih lagi melihat bidang bina badan ini diperlukan, meskipun kita berada pada waktu-waktu wabak ini. Bagi saya bina badan adalah satu terapi dan ia boleh meningkatkan lagi dan memperkuatkan sistem imunisasi badan. 

Aktiviti-aktiviti kecergasan yang berkaitan dengan bina badan ini boleh mengurangkan stres dan tekanan perasaan. Jika saya tidak melakukannya, mungkin saya akan murung. Walaupun sekarang kita tidak dibenarkan ke gimnasium, saya tetap melakukan senaman di rumah sahaja. 

Pada saya, COVID-19 tidak menurunkan motivasi dan semangat saya dalam arena bina badan ini. Kita kena belajar terima yang wabak ini akan selalu ada, mahu tidak mahu kita harus belajar menerima dan hidup dengannya. Bersenamlah mengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan. 

3 – Perubahan aktiviti kecergasan sebelum dan selepas COVID-19?

Memang ada perubahan. Perubahan yang paling ketara adalah kita tidak boleh pergi ke gimnasium buat masa sekarang. Bukan nak kata apa, semangat melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium, memang sangat berbeza dengan hanya melakukannya di rumah.

Di gimnasium, saya berlatih dengan penuh semangat, sementara di rumah pula saya hanya melakukan senaman ala kadar. Untuk masa sekarang, saya rasa baiklah daripada tiada, bukan? Cumanya, saya tidak dapat meningkatkan prestasi dan mutu latihan yang optimum.

4 – Sebagai ahli bina badan dan pemilik gimnasium, apa yang anda ingin sampaikan?

Tidak banyak yang ingin disampaikan, tetapi bagi saya yang memang sudah lama berkecimpung dalam bidang kecergasan dan bina badan ini, saya dapat melihat perubahan terhadap penerimaan orang ramai terhadap senaman dan gaya hidup sihat semakin meningkat. 

Semenjak wabak ini bermula, masyarakat sudah mula membuka mata akan kepentingan senaman dan sukan di dalam kehidupan seharian. COVID-19 itu akan selalu berada dengan kita dan tidak akan pergi buat masa ini, jadi apa kata kita teruskan sahaja kehidupan dan bersenam?

Pada hemat saya, lebih bagus jika kerajaan membenarkan pembukaan gimnasium. Paling tidak, ia boleh menghilangkan stres dan tekanan perasaan yang dialami ramai orang ketika ini. Sekurang-kurangnya, benarkanlah pergi ke gimnasium dalam radius 10km dari rumah mereka.

5 – Harapan

Harapan saya tiada yang lain, saya cuma berharap agar kita semua dapat mengambil iktibar daripada penyakit berjangkit ini. Harapan saya agar orang lebih celik dan membuka mata ke arah menjaga kesihatan. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang seimbang. 

Ada hikmahnya wabak ini terjadi kerana orang yang sebelum ini terlalu sibuk dengan kerja, sekarang sudah ada banyak masa terluang dan saya rasa mereka sudah nampak senaman dan aktiviti-aktiviti kecergasan ini sangat penting dalam kehidupan.

Jadikanlah gaya hidup yang menjaga kesihatan ini sebagai satu amalan dan bukan sekadar sampingan. Jadikan kesihatan sebagai keutamaan. Jaga diri, kekal selamat dari COVID-19. – Getaran, 17 Julai 2021

Semua gambar: Isz Ahmad

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Berapalah Upah Oyen Dapat Ni

2

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz