Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hentikan Sikap Suka Menyindir Pada Musim PKP

Pandemik, stres dan PKP. Kombinasi ini boleh menyebabkan gangguan emosi kepada sesiapa pun. Dan sesetengah perkongsian di media sosial boleh mengeruhkan lagi keadaan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Jun 2021 12:30PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam berdepan dengan situasi tidak menentu akibat penularan COVID-19 dan juga perlaksanaan pelbagai syarat dikenakan dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang jangkitan virus yang mengakibatkan jumlah kematian itu tidak terus meningkat, tanpa sedar telah mempengaruhi emosi sebahagian besar daripada kita.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini mendedahkan sepanjang PKP yang dilaksanakan kali pertama pada Mac tahun lalu, ia bukan saja menjejaskan ekonomi tetapi juga menimbulkan masalah mental di kalangan masyarakat.

Bukan itu saja Ismail Sabri akhirnya mendedahkan banyak juga kes bunuh diri yang berlaku akibat tekanan emosi yang dilalui sebahagian daripada rakyat yang terkesan akibat pelbagai syarat prosedur operasi standard (SOP) terpaksa dilaksanakan.

Perkara itu bagaimanapun dirahsiakan oleh pihak kerajaan, sehinggalah PKP ketiga ini dilaksanakan. Gangguan emosi di kalangan masyarakat semakin jelas kelihatan.

Buktinya lihat saja di media sosial apabila sebahagian besar meluahkan perasaan tentang pelbagai hal yang kebanyakannya memberikan gambaran negatif terhadap apa yang dilalui.

Ramai daripada kita kehidupan terjejas. Bukan saja dari sudut ekonomi tetapi juga sosial.

Sekali lagi bagi sebahagian daripada kita yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan terjejas apabila PKP dilaksanakan sekali lagi.

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa, tambahan pula sekiranya perusahaan kecil yang dijalankan itu tidak sesuai untuk dipasarkan secara dalam talian.

Kehidupan semakin menekan apabila aktiviti seharian tidak dapat dilaksanakan seperti biasa sekali gus mempengaruhi emosi sehingga menimbulkan tekanan perasaan sehingga mengakibatkan depresi.

Ada antara kita berdepan dugaan besar apabila ibu dan ayah di kampung sakit tenat. Tetapi disebabkan PKP anak-anak tidak dibenarkan ziarah kerana tidak dapat merentas negeri dan daerah. Sehinggalah apabila mereka menerima berita orang yang disayangi telah meninggal.

Begitu juga dengan pasangan yang berjauhan dan mereka tidak dapat bersama isteri dan anak-anak tersayang. Meninggalkan tanggungan dalam tempoh lama sudah tentu ia menimbulkan kebimbangan.

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Bagi ibu yang terpisah dengan suami dan harus menguruskan anak-anak sendirian, apatah lagi dengan situasi pendidikan anak-anak yang harus dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), dengan kurang berkemampuan menyediakan aplikasi diperlukan.

Situasi seperti ini lama kelamaan menjadi satu tekanan buat mereka.

Ini hanya sebahagian situasi yang sering diperkatakan, namun percayalah ada perkara yang menimpa sebahagian daripada kita jauh lebih teruk, kerana apabila pendapatan terjejas ada yang terpaksa bergolok bergadai demi kelangsungan hidup.

Bukan itu saja, tekanan ekonomi dan sosial dialami bertimpa-timpa disebabkan perlaksanaan PKP ini menyebabkan ada yang memilih jalan singkat untuk menamatkan riwayat hidup agar kesakitan disebabkan bebanan hidup hilang.

Dalam berdepan dengan situasi yang berlaku dan banyak luahan yang dibuat di media sosial, diharapkan sebahagian daripada kita lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kenyataan agar tidak menimbulkan rasa kurang senang kepada pihak lain.

Kebelakangan ini juga banyak antara kita yang gemar memuat naik status berbau sindiran buat mereka yang didakwa melanggar SOP.

Tidak kurang yang menyindir-nyindir sebahagian besar mereka yang keluar membeli-belah beberapa hari sebelum PKP 3.0 dengan menyelar mengapa harus melakukan 'panic buying'.

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Pelbagai lagi perkara yang cuba diketengahkan dengan alasan mahu menegur. Sedangkan kita tidak tahu apa yang dilalui orang yang kita sindir itu.

Lebih parah ada yang berani mengeluarkan kamera dan merakam wajah orang yang beratur di pasar raya untuk membeli barang dan sewaktu memuat naik di media sosial mereka menulis kata-kata sindiran dan menuduh mereka yang berada dalam rakaman video itu melakukan 'panic buying'.

Timbul persoalan, bukankah yang merakam itu juga mempunyai niat yang sama, jikalau tidak mengapa dia juga berada di situ.

Lebih memualkan ada yang memuji diri sendiri dalam status dimuat naik sebaik melihat orang ramai di pasaraya. Dia terus pulang dan tidak mahu menyertai mereka yang dituduh tidak mematuhi SOP.

Mungkin ada antara kita berkata, mengapa harus rasa tertekan sedangkan syarat yang dibuat sepanjang PKP ini adalah untuk kebaikan.

“Alah, releks la, bukan lama pun PKP ni! Duduk je lah di rumah. Patuh SOP. Kenapa degil sangat. Layanlah keluarga, habiskan masa dengan anak-anak.

“Masa sebelum ada PKP ni engkau tak puas-puas melepak ke? Apa bebal sangat.”

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Sebaiknya jika kita berhadapan dengan situasi ini, dan kita mahu memuat naik status bagi membicarakan isu semasa sedang berlaku, dinasihati agar memilih perkataan yang paling sesuai agar ia tidak menimbulkan rasa sakit hati mana-mana pihak.

Percayalah dalam situasi menekan sekarang ada status yang tidak punya kaitan dengan siapa-siapa pun akan dirasakan telah menyentuh perihal peribadi orang lain. Tekanan membuatkan seseorang itu menjadi sangat sensitif.

Kata-kata sindiran itu ibarat menjadi minyak api kepada bara yang sedang membara.

Seperkara lagi dalam kita memperkatakan perihal orang lain, kita tidak tahu apa yang sedang mereka lalui.

Percayalah tidak ada orang suka-suka melanggar SOP, kerana semua sayang nyawa. Tetapi dalam situasi mereka tidak boleh lagi berfikir secara waras akibat tekanan hidup dilalui, pelbagai perkara boleh mereka lakukan.

Dalam situasi ini bukanlah kita tidak boleh menegur mereka yang kita rasakan telah melakukan kesalahan. Tetapi sebaiknya kita nilai terlebih dulu mengapa mereka berbuat demikian.

Pilihlah ayat dan perkataan sesuai sewaktu mahu menegur. Dan paling penting hentikan sikap suka sindir-menyindir kerana ia akan menambah api amarah pada emosi yang tidak stabil. - Getaran, 13 Jun 2021

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah