web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aizat Hassan Kongsi Realiti Menjadi ‘Artis’ Badan Beruniform

Lazimnya kita selalu mendengarkan khabar atau kisah benar dari lapangan oleh pihak berkuasa saja. Tetapi kali ini, kami kongsikan pengalaman seorang artis tempatan yang juga merupakan seorang pegawai polis.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang seorang ini mungkin kurang dikenali di kalangan generasi muda hari ini. Tapi tuan punya nama Aizat Hassan sebenarnya sudah lama bertapak di arena seni hiburan tempatan sejak 12 tahun lalu.

Pernah membintangi filem seperti Aku Tak Bodoh, Keranda Tok Wan Terbang dan macam-macam lagi, Aizat mungkin tidak sebegitu popular rakan-rakan seangkatannya yang lain.

Namun walaupun tidak segah rakan seangkatan, dia pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular.

Maka tidak hairanlah jika dia juga sempat menceriakan beberapa siri drama tempatan seperti 'Qalesya', 'Semusim Rindu', 'Kisah Yang Hilang' dan banyak lagi. 

Sungguhpun begitu, pemuda ini kemudian memilih jalan kerjaya yang agak berbeza. 

Barangkali juga tidak ramai yang tahu rupa-rupanya Aizat atau nama lengkapnya Rohaizat Hassan, kini sudah menyarung seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bukan merajuk atau menggugurkan gelaran pelakon, tetapi itulah pilihannya untuk mencari sumber pendapatan yang lebih stabil dan tetap.

Hidup seorang artis ini tidak segah seperti yang dibayangkan. Senangnya kehidupan artis bergantung atas usaha yang dikerjakan.

Sejauh mana mampu bertahan, terserah pada artis yang punya cara dan pilihan sendiri. Siapa kita nak mengukur kemewahan dan kepayahan mereka bukan?

Kini sebagai seorang polis berwibawa kami kongsikan sedikit pengalaman Aizat sebagai petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) semasa musim pandemik COVID-19 ini.

Berpanas hujan dan ribut, petugas SJR tetap menjalankan tugas mereka dalam menjaga keselamatan dan keharmonian negara yang diserang hendap oleh penularan wabak COVID-19 sejak tahun lalu.

Antara cabaran paling getir membuat sekatan jalan raya sudah tentulah berhadapan dengan beberapa pengguna jalan raya yang sedikit agresif, selain daripada keadaan cuaca sendiri.

“Tapi kalau keadaan itu boleh membahayakan nyawa, kami elak. Nanti berlaku pula kemalangan yang tidak diingini. 

“Bila hujan lebat, ada segelintir pemandu yang memandu dengan laju. Takut-takut malang tidak berbau, jalan licin atau bunga tayar pula haus.

“Selain itu, angin kuat dari kelajuan pemanduan sikap pemandu lori pun bahaya. Boleh menerbangkan payung kemah SJR,” imbasnya tentang detik-detik yang pernah dihadapi.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Berkongsi lebih lanjut antara skrip drama nakal pengguna jalan raya, pelakon 'Kisah Yang Hilang' itu tergelak kecil sebelum menjawab soalan. Geli betul hatinya dengan sikap segelintir orang awam ini ya.

“Alasan paling mencuit hati, ada yang bagi alasan nak merentas atau lalu di SJR ini semata-mata mahu jumpa kekasih. Tentu-tentu saja tidak dibenarkan, boleh tak jangan ambil ringan dengan situasi yang semakin getir ini.

“Antara lain lagi seperti nak ke hospital, pasar dan urusan perbankan. Boleh, tapi tunjukkanlah surat perlepasan pihak berkuasa atau dokumen sokongan berkaitan,” katanya. "Tolonglah beri kerjasama dengan pihak berkuasa."

Dicuit dengan soalan mengenai sikap segelintir rakyat yang tidak menghiraukan keadaan keselamatan diri sendiri seakan-akan kalis penyakit, Aizat tidak menafikan masih ramai lagi yang pentingkan diri sendiri.

“Saya berharap mereka dapat sedar diri dengan mesej dan berita mengenai wabak ini. Acapkali ditegur masih berdegil, menganggap macam tiada perkara serius yang berlaku.

“Petugas barisan hadapan ini sudah jelak dengan tingkah laku sedemikian, penat usah kata, tak nafikan. Apatah lagi makian, ibarat ‘makanan ruji’. Kami sekadar menjalankan tugas untuk menjaga, bukan suka-suka menghalang,” pintanya jujur.

Apa lagi alasan kalian? Keluarga? Ya kita semua punya keluarga. Tetapi apa jaminan kita pada keluarga, sungguh yakinkah dengan kebersihan diri ini yang mungkin boleh menjadi pembawa senyap? Tahu-tahu positif tanpa bergejala. Nauzubillah!

Jelas terbukti alasan-alasan ini sudah muak didengar pihak berkuasa namun tetap ada yang mencuba. 

Semoga perkongsian bekas pelakon ini menyedarkan semua tentang realiti yang mereka hadapi setiap saat bekerja.

Penulis berharap kita semua dapat sedar diri, sama-sama lawan wabak ini dengan duduk di rumah diam-diam. Keluar jika perlu dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan (SOP PKP). - Getaran, 13 Jun 2021.

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

2

Semasa 23 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

4

Semasa 2 hari yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini