web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Tempat Makan Yang Popular di Brunei Darussalam

Sempena edisi istimewa Brunei minggu ini kami kongsikan lima tempat makan popular Brunei yang sering menjadi pilihan penduduk tempatan.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:58AM

Nyonya laksa di RiceBowl

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negara Brunei Darussalam merupakan salah satu destinasi yang harus dikunjungi, bukan sahaja kerana keunikan budaya dan lokasi-lokasi ekopelancongan yang ada, tetapi Brunei juga mempunyai banyak tempat-tempat makan yang terbaik yang selalu dikunjungi oleh rakyatnya.

Di antara 5 tempat yang dikenali sebagai tempat terbaik untuk menikmati makanan adalah seperti berikut:

 

1. Mr BBQ and Grill 

Restoran ini mempunyai dua cawangan yang terletak di medan makan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Foodcourt) dan di Jerudong berdekatan dengan taman permainan Jerudong.

Apa yang menarik, restoran ini menghidang satu set hidangan yang boleh dipilih mengikut selera di antara sayap ayam atau kambing bersama kentang lenyek atau goreng, jagung manis dan minuman sirap.

Setiap hidangan akan diberi sos khas yang boleh dipilih sama ada ‘below original’, ‘original’ dan ‘hot’ –  yang dibuat sendiri. Inilah yang diminati ramai kerana rasanya yang sangat sedap.

 Selain itu, restoran ini juga menyediakan hidangan lain seperti ‘chicken wings in a tray’, beef and lamb skewer, tofu cheese, freedom fries dan sebagainya.

 

2. RiceBowl

Terletak di Batu Bersurat, restoran ini selalu dikunjungi ramai dan penuh semasa waktu pagi dan makan tengah hari.

Terkenal dengan hidangan Kolomee Bombe dan Corned Beef Kway Teow, kedua-dua hidangan merupakan makanan khas atau signature dishes dan hampir semua pelanggan akan memilih hidangan ini.

Kolomee Bombe (supersize) dihidangi dengan sos khas, daging kisar, bebola ikan dan telur mata lembu manakala Corned Beef Kway Teow dihidang dengan corned beef dan telur mata lembu.

Restoran ini juga mempunyai pelbagai hidangan seperti Nyonya Laksa, Chinese Beef Steak, Chicken Aubergine, Soya Chicken dan Vietnamese Beef Curry.

 

3. Bon Appetit Resto & Cafe

Restoran dan kafe ini adalah salah satu restoran yang selalu dikunjungi kerana makanan yang dihidangkan semuanya menarik. Bukan itu sahaja, tempat ini juga menyediakan tempat permainan untuk anak-anak kecil, sesuai bagi kalangan yang berkeluarga.

Antara hidangan yang menarik ialah Nasi Ayam Bakar. Dengan aroma rempah ratus, ayam bakar ini dihidang besama sambal merah dan hijau. Kombinasi sambal ini menambah selera apabila dimakan bersama.

Terletak di Kampong Tungku, harga hidangan-hidangan makanan pula sangat berpatutan. Antara menu makanan termasuk Ayam Penyet, Kari Laksa, Ayam Bakar Iga (dihidang didalam daun pisang) dan Soto Ayam.

 

4. Restoran Lambaian Indah 

Restoran ini mempunyai beberapa cawangan bertempat di Gadong Properties, Menglait dan Sungai Tilong.

Menyajikan hidangan dalam bentuk steamboat dan grill, restoran ini adalah salah satu tempat yang selalu penuh dengan pelanggan.

Dengan harga yang berpatutan, restoran ini menghidangkan daging mentah yang sudah disalut rempah, isi ayam, udang, sotong kunyit dan pilihan sup (tomyam atau ayam) untuk steamboat dan bahan-bahan lain seperti brokoli, bebola ketam, bebola ikan dan cendawan.

Semua hidangan grill akan dimasak oleh pelanggan sendiri, begitu juga dengan steamboat dan hidangan ini cukup untuk 2-3 orang.

 

5. Shinobu Shabu-Shabu

Terletak di Times Square Shopping Complex, Berakas, restoran ini menyediakan hidangan berupa steamboat, dan menghidangkan makanan Jepun dan sushi.

Terkenal dengan hidangan steamboat, ia juga menghidangkan makanan dalam bentuk bento.

Apa yang menarik, ia mempunyai banyak pilihan sup steamboat, seperti red tomyam soup, white tomyam soup, chicken soup dan disediakan secara set, atau ala carte. Red tomyam soup merupakan hidangan yang sangat popular di restoran ini.

Juga terdapat set hidangan sushi bagi mereka yang menggemari menu jepun.- Getaran, 12 Jun 2021                                               

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia