web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Berperang’ BTS Meal , ARMY Indonesia Beri Hadiah Untuk Penghantar Makanan

Setakat ini, mereka telah berjaya mengumpul sebanyak sekitar RM43 ribu. Hebat bukan?

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 10:45AM

Gambar: Twitter @McDonalds_ID

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak menu istimewa BTS Meal dilancarkan di Indonesia, orang ramai mula menyerbu restoran makanan segera McDonald’s termasuklah para penghantar makanan yang sanggup menunggu lama di depan restoran itu.

Menghargai usaha yang dilakukan para penghantar makanan itu, para peminat BTS Indonesia iaitu ARMY telah melancarkan sumbangan melalui laman sesawang Kita Bisa bagi menyediakan makan tengahari buat para penghantar makanan yang membantu mereka mendapatkan menu istimewa artis Korea Selatan itu.

Kutipan masih berjalan sehingga 13 Jun nanti. Namun setakat ini, mereka telah berjaya mengumpul lebih RM43 ribu. Sementara menunggu tarikh akhir itu, para ARMY yang lain sudahpun  menghantar beberapa paket hadiah dengan ucapan terima kasih kepada para penghantar makanan. 

Gambar-gambar berkenaan telah dikongsikan dan menjadi tular di media sosial. Para ARMY terharu dengan pengorbanan para penghantar makanan yang sanggup menunggu lama di depan restoran tanpa membatalkan pesanan mereka. 

Namun, berikutan keadaan restoran yang semakin padat dengan kehadiran orang ramai, 30 restoran makanan cepat saji di sekitar Jakarta itu diarahkan tutup bagi mencegah daripada penularan wabak COVID- 19.

Empat buah cawangan di Semarang juga ditutup sementara bagi mengelakkan daerah itu tersenarai semula sebagai kawasan merah.

Sumber foto: Instagram Buku Akik

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas