Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sekitar Keindahan Danau Toba di Sumatera

Kawasan sekitar Danau Toba bukanlah sekadar sebuah destinasi pelancongan, malah ia menyimpan pelbagai sejarah serta peninggalan budaya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 8:55AM

Gambar: Irfnrdh, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika disebut Danau Toba, tasik terkenal di Sumatera yang menjadi kawasan tumpuan pelancong serata dunia, tidak semua dapat membayangkannya. Ini kerana sungguhpun ia tidak jauh dari Malaysia, masih ramai yang belum pernah ke sana dan meneroka kawasan sekitarnya. 

Di situ juga tersergamnya Pulau Samosir. Sebuah pulau yang mempunyai keluasan sebesar Singapura dan terletak di tengah Danau Toba. Pulau ini mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik. Malah terdapat aneka tempat yang menawarkan pemandangan indah Danau Toba di Pulau Samosir. 

Pemandangan Danau Toba dari Samosir Cottage
Pemandangan Danau Toba dari Samosir Cottage

Buat yang tidak tahu, kawasan sekitar Danau Toba merupakan tempat asal komuniti Batak di Indonesia. Dan di situ, kita dapat mempelajari tentang sejarah orang Batak dan mendalami budaya mereka. 

Untuk mengetahui lebih lanjut singgahlah ke Muzium Huta Bolon Simanindo untuk melihat beberapa artifak purba dari masa lampau yang pernah digunakan oleh generasi orang Batak terdahulu. Selain itu saksikan juga tarian khas tradisional orang Batak yang diiringi dengan alunan muzik tradisional mereka.

Penari kebudayaan Muzium Huta Bolon Simanindo
Penari kebudayaan Muzium Huta Bolon Simanindo

Suasananya juga tidak kurang hebat dengan deretan rumah-rumah tradisional Batak yang berlatarbelakangkan alam semula jadi Danau Toba yang indah.

Rumah Batak tradisional
Rumah Batak tradisional

Kemudian, teruskan perjalanan ke Huta Siallagan untuk melawat makam Raja Sidabutar yang mempunyai banyak kisah-kisah menarik tentang asal-usul kawasan tersebut.

Namun untuk melawat makam raja ini, pengunjung akan dipinjamkan kain tradisional khas bernama Ulos yang harus dipakai secara selempang sepanjang berada di kawasan makam.

Makam tradisional Batak
Makam tradisional Batak

Huta (yang bermaksud kampung dalam bahasa tempatan penduduk di sana )  juga menunjukkan tempat orang penting serta raja bersidang sebelum menjatuhkan hukuman ke atas orang yang bersalah.

Terdapat pemandu pelancong di situ yang boleh menjelaskan cara hukuman pancung dilakukan ke atas penjenayah yang bersalah pada zaman tersebut.

Di beberapa muzium dan pusat-pusat kebudayaan ini terdapat juga patung Sigale Gale. Ia merupakan sebuah patung kayu yang digunakan dalam pertunjukan tarian saat upacara pengebumian mayat kaum Batak.

Patung Sigale Gale
Patung Sigale Gale

Sepanjang patung ini ‘menari’, ia dikendalikan oleh seorang pemain dari belakang seperti patung ‘marionette’ yang menggunakan tali tersembunyi bagi menghubungkan bahagian-bahagian patung melalui podium kayu berukir tempatnya berdiri. 

Menurut kepercayaan orang dahulu kala di situ, patung-patung ini dulu dapat menari dengan sendiri menggunakan jampi serapah yang menyeru roh si mati sebagai tanda bahawa kehadirannya masih ada dan tidak dilupakan.

Selain mempelajari sejarah dan budaya, pengembaraan boleh diikuti dengan sesi membeli-belah di kawasan berdekatan yang bernama Tomok. Di situ terdapat banyak barangan cenderahati yang boleh dibeli.

Kawasan pasar Tomok
Kawasan pasar Tomok

Ini termasuk ajnas bahan kain serta kemeja-T, rantai kunci dan seumpamanya pada harga yang berpatutan. Di sini juga anda boleh tunjukkan kehebatan anda dalam tawar-menawar.

Dari kawasan beli-belah Tomok para pelancong bolehlah ke pelabuhannya untuk kembali ke tanah besar dengan menaiki pelbagai perkhidmatan feri yang ada. Pemandangan sepanjang perjalanan memang indah dan harus dinikmati.

Untuk melihat pemandangan kawasan Danau Toba yang lebih indah dari bahagian atas, pastikan meluangkan waktu sebentar di Menara Pandang Tele Samosir yang merupakan sebuah kawasan peninjau (lookout point) buat mereka yang ingin mengambil gambar.

Pemandangan dari Menara Pandang Tele Samosir
Pemandangan dari Menara Pandang Tele Samosir

Untuk mengetahui sedikit sejarah ketenteraan, singgahlah ke muzium TB Silalahi yang juga ada banyak maklumat sejarah selain pemandangan yang menakjubkan.

Secara umum, ini hanyalah secebis gambaran tarikan yang ada di sekitar Danau Toba dan masih ada banyak lagi yang harus diterokai. Jadi ambillah kesempatan untuk melawat daerah indah ini selepas berakhirnya pandemik nanti. - Getaran, 6 Jun 2021.

Pemandangan umum sekitar Danau Toba
Pemandangan umum sekitar Danau Toba

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: KPU Umum Pengundian Tambahan Di 668 Pusat Pengundian

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi