Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

TARA menampilkan wawancara eksklusif bersama dua pelumba kereta F1 tersohor, Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya Valtteri Bottas sempena perlumbaan Grand Prix (GP) Azerbaijan yang akan berlangsung di Litar Lumba Baku hujung minggu ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama kami tidak memaparkan personaliti sukan sebagai sampul digital kami. 

Jadi, kala dihubungi wakil perhubungan media Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selaku penaja utama pasukan Mercedes AMG F1 untuk mewawancara juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya Valtteri Bottas, kami menyambutnya dengan penuh kegembiraan. 

Kebetulan sebelumnya, kami memang tercari-cari personaliti yang sesuai untuk dijadikan wajah TARA yang terbaru. Bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal undangan pihak PETRONAS ini datang tepat pada waktunya.

Maklum sajalah, bila lagi dapat kami tampilkan bintang antarabangsa sebagai penghias sampul digital dalam keadaan pandemik ini? 

Malah pihak PETRONAS juga sanggup memberikan foto khas yang menampilkan Hamilton dan Bottas di dalam satu gambar buat kami jadikan sampul digital kali ini. 

Selain itu kami juga diberi kesempatan untuk menemubual kedua pelumba kereta tersohor ini secara eksklusif. Biarpun ia hanyalah pertemuan maya, namun peluang untuk berbual bersama atlet-atlet ini tidak datang dengan mudah.

Apatah lagi kami ingin mengetahui perasaan mereka menjelang perlumbaan keenam F1 musim ini di Grand Prix (GP) Azerbaijan yang akan berlangsung di litar Baku 6 Jun 2021 ini. 

 

Lewis Hamilton : Pandemik Memanjangkan Karier Saya  

Kali ini, Lewis Hamilton berada di posisi yang asing buat dirinya yang telah mendominasi sukan lumba kereta berprestasi tinggi ini. 

Walaupun menang tiga daripada lima perlumbaan musim ini, Hamilton berada empat mata di belakang pelumba pasukan Red Bull Max Verstappen, selepas hanya mampu menamatkan GP Monaco yang berlangsung pada dua minggu lepas di tangga ketujuh. 

Pelumba yang berasal daripada Britain itu mengakui yang beliau ada ruang kesilapan yang tipis jikalau ingin memenangi kejuaraan dunia kelapannya. 

“Sebelum ini kami ada jentera yang mempunyai kelebihan berbanding pasukan yang lain. Tetapi pada musim ini pasukan Red Bull memiliki pakej yang boleh memenangi kejuaraan dunia. Jika kami alpa, kejuaraan dunia memang milik mereka (Red Bull),” katanya dari Baku dalam satu temu bual yang diadakan di dalam talian.

Walaupun berada di tangga kedua, musim ini menyaksikan pelumba yang berusia 36 tahun itu memecah beberapa rekod F1.

Hamilton memegang rekod kemenangan terbanyak dengan 98 perlumbaan yang dikecapi di GP Portugal pada awal bulan lepas. Beliau juga memegang posisi pole terbanyak dengan 100 catatan masa terpantas yang dikecapi di GP Sepanyol di penghujung bulan lepas. 

Jikalau berjaya memenangi kejuaraan kelapannya di akhir musim ini beliau akan menggantikan pemandu legenda dari Jerman, Michael Schumacher, sebagai pelumba dengan kejuaraan F1 terbanyak. 

Pelancaran jentera Mercedes-AMG F1 W12 E Performance - Lewis Hamilton. © Daimler AG
Pelancaran jentera Mercedes-AMG F1 W12 E Performance - Lewis Hamilton. © Daimler AG

Dengan semua pencapaian yang telah dikecapinya bagaimanakah beliau kekal ingin terus bersaing dan menang di pentas perlumbaan empat roda yang terunggul? 

“Saya tidak pernah terfikir tentang rekod-rekod itu semua. Saya suka bekerja dengan pasukan yang sangat komited. Hubungan saya dengan mereka terutama sekali dalam melalui perjalanan bersama dari awal sampailah akhir musim sangat berharga.

“Cabaran yang kami alami seperti di GP Monaco adalah contoh perkara yang menyebabkan kami lebih rapat dalam memikirkan bagaimana ingin mengatasinya. Saya juga suka apa yang saya lakukan dan saya seorang pelumba yang cemerlang,” katanya. 

Era F1 zaman sekarang menyaksikan grid perlumbaan yang kini dipenuhi pelumba-pelumba muda seperti peneraju kejuaraan dunia Verstappen yang baru berumur 23 tahun.

Di tangga lima teratas kejuaraan dunia hanya Hamilton berada di usia pertengahan 30-an. Jadi secara semula jadi persoalan tentang bila beliau akan bersara pasti akan timbul.

Hamilton menjawab yang beliau sendiri belum tahu bilakah dirinya akan bersara dan menambah bahawa pandemik COVID-19 juga telah memainkan peranan dalam memanjangkan kariernya. 

2021 Spanish Grand Prix, Ahad - LAT Images. © LAT Images for Mercedes-Benz Grand Prix Ltd
2021 Spanish Grand Prix, Ahad - LAT Images. © LAT Images for Mercedes-Benz Grand Prix Ltd

“Saya sedang menikmati persaingan dan cabaran yang saya hadapi musim ini dan secara fizikal pula saya berasa cergas. Jika pandemik COVID-19 tidak melanda, pasti beban kerja saya lebih tinggi dan segalanya akan bergerak dengan rentak yang lebih pantas dan itu sememangnya akan memendekkan kerjaya saya. 

“Saya tak nampak kenapa kita perlu berhenti membuat sesuatu yang kita cintakan terutama sekali jika kita sentiasa menemui cabaran baharu. Saya juga berasa yang prestasi saya bertambah baik setiap tahun, jika itu berubah barulah saya akan bersara,” katanya lagi.

Kami sangat gembira dengan perkongsian Hamilton yang begitu ramah sewaktu ditemu bual.

“Saya sentiasa senang bercakap dengan kamu semua kerana saya jarang ditemu ramah oleh sekumpulan wartawan dari berbilang kaum. Saya sangat menghargai perkara itu terutamanya bila warna kulit kita semua hampir sama,” selorohnya mengakhiri perbualan.

 

Valtteri Bottas Mengharapkan Nasib Yang Lebih Baik

Untuk rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, beliau berharap nasibnya akan berbeza dengan apa yang berlaku di GP Monaco sebelum ini.

Waktu itu, semasa satu hentian pit yang rutin, salah satu daripada tayar di jenteranya tidak boleh dicabut dan menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada perlumbaan dengan tanpa memungut mata.

“Ya, ia satu kekecewaan yang besar buat saya kerana gagal mengutip mata terutama sekali ke atas Red Bull dalam saingan pengeluar. Bagi saya isu seperti ini tidak banyak yang boleh saya lakukan.

“Perkara yang penting adalah untuk melihat kembali apa kesilapan yang kami lakukan ketika minggu perlumbaan itu dan cuba untuk meneruskan saingan.

“Tapi saya akui saya masih kecewa selama dua hari selepas perlumbaan tamat dengan apa yang berlaku, tetapi selepas itu saya sentiasa akan membuka lembaran baharu kerana kita hanya boleh mencorak masa hadapan,” katanya.

Bottas juga berkongsi yang beliau berharap isu pada tayarnya itu sudah diselesaikan.

“Kami telah menganalisa dengan terperinci kerosakan itu dan pasukan ini telah membaiki jentera saya dalam jangka masa singkat yang kami ada supaya ia tidak berlaku lagi. Harap-harapnya ia tidak menjejaskan pit stop kami. Saya yakin penambahbaikan yang telah kami lakukan akan menyelesaikan masalah itu.

Musim ini keputusan pelumba dari Finland itu naik dan turun, penamat podiumnya disulami dengan kegagalan menamatkan perlumbaan seperti yang berlaku di Monaco.

Namun beliau yakin dengan kebolehannya bersama Mercedez-Benz, pasukan jenama Jerman yang berpangkalan di United Kingdom itu untuk bangkit semula, walaupun dicabar hebat pasukan lain.

Pelancaran jentera Mercedes-AMG F1 W12 E Performance. © Steve Etherington for Mercedes-Benz Grand Prix Ltd.
Pelancaran jentera Mercedes-AMG F1 W12 E Performance. © Steve Etherington for Mercedes-Benz Grand Prix Ltd.

“Persaingan musim ini sangat mencabar, Red Bull telah membuktikan yang mereka mempunyai pakej yang hebat. GP Monaco juga menunjukkan yang Ferrari boleh memainkan peranan dalam saingan musim ini. Kesilapan yang kecil boleh mengundang padah kepada kami.

“Secara keseluruhannya pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang baik tetapi kami juga tidak sempurna. Saya pula gagal menamatkan saingan dalam dua daripada empat perlumbaan sebelum ini.

“Itu bukan perkara yang ideal tetapi masih banyak lagi perlumbaan dalam musim ini. Jadi kami perlu belajar daripada kesilapan kami dan meneruskan saingan. Kerana itu saya percaya yang kami boleh lakukannya,” katanya lagi.

Pelumba yang berusia 31 tahun itu sudah bersama Mercedes F1 selama lima tahun dan telah memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan itu menggondol empat daripada tujuh kejuaraan pengeluar. Bottas berkata yang setiap kali pasukan ini menjadi juara semakin sukar untuk mengulangi perkara itu.

“Pasukan-pasukan yang mengejar akan ada motivasi tinggi untuk mengalahkan kami. Pasukan yang sentiasa menang juga berisiko untuk menjadi selesa, jadi buat kami ia sangat penting untuk bekerja sama dan menetapkan matlamat yang cuba dikecapi bersama. 

“Kami juga tidak memberi fokus kepada mana-mana pasukan atau individu spesifik. Kami lebih suka memberi perhatian kepada matlamat kami sendiri. Saya percaya ini adalah kunci kepada kejayaan kami.

Baku merupakan litar jalanan yang sangat mencabar, berbeza dengan Monaco. Perubahan dalam gaya berlumba dan corak pemikiran diperlukan untuk memastikan kejayaan di sini.

Bottas berkata yang pendekatan beliau berlumba di litar ini sangat berbeza kerana risiko tinggi dihadapi jika melakukan kesilapan kecil yang mungkin memberi kesan negatif terhadap minggu perlumbaan.

“Jadi saya harus mengambil langkah meningkatkan prestasi sedikit demi sedikit daripada sesi latihan pertama hingga pusingan pertama dalam perlumbaan. Saya tidak boleh terus mencari had, jadi perlu membina momentum dan keyakinan bila mengambil selekoh jika tidak, kesilapan akan berlaku.

“Ia tentang menyesuaikan diri dengan keadaan trek dan mencapai kemuncak prestasi di sesi kelayakan dan lihat keputusan yang akan dicapai,” ujarnya panjang lebar.

Sesi kelayakan GP Azerbaijan akan berlangsung pada pukul 7.30 malam ini dan akan diikuti dengan perlumbaan esok yang akan mula bersiaran pada pukul 7 malam. 

Kami harap mereka berdua akan memperoleh kejayaan di perlumbaan kali ini sekaligus menjulang jenama kebanggaan negara, PETRONAS. - Getaran, 5 Jun 2021

 

DI SEBALIK TABIR WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas

Editor Getaran: M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Faizal Salim

Suntingan : Shah Shamshiri & Ili Farhana

Pakaian : Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team – Official 2021 Team Kit

Jurugambar : Pasukan ©️ Mercedes-Benz Grand Prix Ltd.

Lokasi :  Lokasi khas di United Kingdom

Rekaletak: Hanif Zahari

Terima Kasih Encik Helmi Majid Ismail, Jabatan Komunikasi Korporat & Perhubungan Media PETRONAS Malaysia serta pihak PETRONAS Motorsports.











 

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut