Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Oppa K-DRAMA Yang Boleh Didampingi Ketika Cuti Krismas Ini!

Tak perlu terbang ke Korea, tetapi tatapi mereka di rumah sendiri, mahupun di mana-mana destinasi percutian pilihan!

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 2:39PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menginjak ke penghujung tahun, ramai yang mula mengukir senyuman di wajah kerana inilah waktunya dilimpahi dengan pelbagai hadiah daripada ahli keluarga dan kenalan sebagai tanda meraikan kedatangan Krismas dan tahun baharu. 

Selain itu, ada juga yang mula susah hati apabila mengingatkan perhimpunan keluarga yang mungkin mengundang persoalan yang menjengkelkan seperti bila mahu menamatkan zaman bujang atau siapakah teman istimewa anda ketika ini? 

Jika anda mencari escapism untuk mengatasi tekanan, cubalah pujuk hati dan berdamping dengan oppa K-drama yang menawan dan mempesona.  Tidak perlu terbang ke Korea, tetapi tataplah mereka sepuas-puasnya di ruang peribadi sendiri, sama ada di rumah atau pun dari mana-mana destinasi percutian pilihan. 

Berikut adalah lima oppa idaman yang boleh anda dampingi apabila menonton drama Korea yang disenaraikan di bawah. Ingat! Bawa diri ke dunia imaginasi tanpa sempadan!

1. Kim Jiyong – Vigilante

Watak dark hero, Kim Jiyong mempunyai gabungan sifat yang menarik yang menjadikannya individu yang penuh teka-teki untuk bertemu keluarga anda pada musim perayaan ini. Dia bijak dan tegas, lelaki yang sempurna untuk diminati, terutamanya apabila anda mengetahui bahawa dia didorong oleh rasa keadilan yang kuat.

Seorang pelajar teladan di akademi polis pada siang hari dan seorang penjaga keamanan yang  menghukum penjenayah pada waktu malam, Jiyong membanteras jenayah dan mengambil keputusan sendiri untuk menegakkan keadilan dalam dunia yang tidak selalu adil.

Dengan Jiyong, anda tahu yang anda sudah bersedia untuk hidup, dengan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk mengejar apa sahaja yang difikirkan, yang kini termasuklah kebahagiaan anda. Dan hei, anda tahu dia sanggup membunuh untuk anda!

2. Ji Suho - Soundtrack #2

Pemikir, berdedikasi dan penyayang, Ji Suho ialah lelaki yang ingin anda perkenalkan kepada ibu dan ayah pada Krismas ini. Komitmennya terbukti apabila dia merancang perjalanan santai untuk guru piano, Hyeonseo, semuanya supaya dia dapat melupakan hal-hal kerja buat seketika. 

Apabila merancang perjalanan pulang ke kampung pada Krismas nanti, sebaiknya anda percaya bahawa dia sudah memastikan semuanya sudah dirancang dengan baik - daripada jadual perjalanan, lagu-lagu yang akan dimainkan ketika perjalanan, dan juga makanan ringan kegemaran anda untuk perjalanan jauh.

Etika kerjanya begitu mengagumkan. Hasil kerja kerasnya menjadi dia seorang YouTuber yang berjaya, menubuhkan agensi sendiri untuk membantu artis baharu mencipta kejayaan. Tetapi apa yang benar-benar membezakan Suho ialah hakikat dia tidak dapat menyembunyikan emosinya, jadi anda sentiasa tahu di mana anda berdiri. 

Seorang individu yang menarik, jejaka seperti Suho pasti akan menerima restu ibu bapa anda apabila mereka menyedari bahawa anda berada di tangan yang terbaik.

3. K - Soundtrack #2

Jejaka atau lelaki seperti K akan menghantar anda pulang setiap hari dengan senyuman ceria. Selalu bergantung pada nalurinya, K sangat terbuka dan jujur dalam berinteraksi, dan ini menyemai setiap saat dengan rasa positif.

Walaupun pendekatannya terhadap kehidupan mungkin berbeza daripada kebiasaan, keghairahannya dalam menikmati hidup menjadikannya dia mudah disenangi oleh sesiapa sahaja.  Sebelum anda sedar, mungkin salah seorang ahli keluarga anda akan bertanya soalan yang berbeza, seperti “bilakah anda dan K akan bertunang?"

4. Cha Jinwoo - Tell Me That You Love Me

Temui Cha Jinwoo, lelaki penyayang yang akan menyelimutkan anda dengan sopan sekiranya tertidur di atas sofa. Jinwoo adalah lelaki budiman, menjadikannya  sempurna untuk dibawa ke perhimpunan keluarga. 

Walaupun berdepan dengan prasangka akibat gangguan pendengarannya, dia menunjukkan sifat mudah mesra, meluahkan fikirannya melalui seni dan mencari ketenangan dalam dunianya yang tenang. Sisi sentimentalnya terpancar melalui tindakannya, seperti lawatan ke rumah anak yatim masa kecilnya, dan menghormati ingatan seorang gadis kecil yang meninggal dunia akibat penyakit yang teruk.

Ketenangan Jinwoo menjadikannya dia hero K-drama yang sempurna untuk dibawa pulang pada musim perayaan ini. Percayalah bersamanya anda akan berasa selesa, dihargai dan bahagia

5. Yoo Jeong Jae - Maestra: Strings of Truth

Kehadiran Yoo Jeong Jae mungkin menjadi sesuatu yang tidak dijangka untuk mereka yang baru menemuinya. Secara luarannya, dia mungkin terlihat santai, namun di sebalik ketenangannya itu, dia merupakan seorang lelaki yang berwawasan tinggi. 

Secara semula jadi, Jeong Jae mempunyai keistimewaan yang membolehkan dia berhubung dengan orang ramai dengan cara yang luar biasa. Jika anda sedang mencari seseorang yang boleh menjangkakan keperluan anda sebelum anda melakukannya, biarkan Jeong Jae menjadi pasangan yang boleh dipercayai untuk seumur hidup.

Temui mereka semua ini di Disney+ Hotstar dan bersedialah untuk sebuah pengembaraan yang menyeronokkan, penuh debaran dan juga penuh teka-teki! - Getaran, 16 Disember 2023

Foto : Disney+Hotstar

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

2

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM